Bab 51‼️

3.9K 63 7
                                    

TAMPARAN kuat bergema di dalam ruangan itu. Masing-masing terkejut dengan kelakuan Izqea yang telah berani menampar satu-satunya pewaris kepada syarikat penerbangan yang merupakan rakan perniagaannya itu.

"Tengku Derose Izqea!" marah seorang lelaki paruh abad. Dia menarik Liza dan disorokkan di belakangnya.

"Kenapa ni Tengku?! Apa salah anak I?!" Soal lelaki itu dengan wajah yang bengis.

Izqea mengukirkan senyuman sinis.

"You just touch what is not yours, Liza Ardyana. Macam ni sahajalah, Dato' Fikri. I dah tak nak bekerjasama dengan syarikat Dato'. I akan cari business patner yang lain" ucap Izqea dengan tenang.

"A-apa..?" Dato' Fikri terkejut dengan kata-kata Izqea.

"Your daughter has crossed the line. Dia buat adik ipar I sedih. Sebagai kakak ipar yang terunggul, dah tentu I tak akan berdiam diri kan?" Izqea menyoal dengan wajah yang bangga. Bibir wanita itu tersenyum sinis.

"Apa yang anak I dah buat?!"

Izqea menggulingkan anak matanya ke atas. Menyampah!

"You ingat I bodoh ke, Dato' Fikri? You lah yang beria nak anak you dekat-dekat dengan adik I kan?!" bentak Izqea garang. Dia memandang Dato' Fikri seperti ingin ditelan hidup-hidup lelaki tua itu.

"Saya sayangkan Tengku Darian.." Ucap Liza tiba-tiba. Dia mengambil langkah ke hadapan dan menentang panahan mata Izqea. Berani.

"Saya lebih sesuai berdiri di sisi dia"

Izqea menarik hujung bibirnya. Dari senyuman berubah seringai. Dari seringai menjadi tawa. Kuat. Bergema seluruh ruangan itu dengan gelakannya.

"Kau memang tak faham situasi sekarang kan? Sesuai? Don't make me laugh, Liza! Dibanding kau, Hadya jauh lebih baik. She's the right woman for my brother. Kau..!"

"You just an insect..!"

Berubah air wajah Liza. Kelat. Izqea tersenyum kemenangan. Ketika itu seseorang tiba-tiba menerpa dari arah sisinya. Aluna. Wanita itu mendekati Liza dan turut menampar wanita itu.

"Hei!" Liza mencerlung ke arah Aluna. Dua kali dia ditampar dua beradik itu. Rasa amarah memuncak. Harga dirinya seperti dipijak berkali-kali.

"Shut up, whore. Kau tu sedar tempat kau, faham? Abang Iz tu milik Kak Hadya! Aku nak kau ingat ni sampai mati! "

Liza dan Dato' Fikri mengetap bibir. Hilang lagi modal untuk bersuara.

"Jom, Aluna" ajak Izqea. Jelingan tajam diberikan kepada Liza sehingga wanita itu tertunduk ke lantai.

Tak sedar diri..!

Sejurus itu Izqea dan Aluna mengangkat kaki masing-masing keluar dari kawasan ballroom sehingga dia bertembung dengan beberapa orang di luar kawasan hotel. Masing-masing mengukirkan senyuman kepadanya.

"Brilliant work, Rose. Isya " kata Rion sambil menepuk tangan. Arrien dan Elliot juga turut mengukir senyuman yang puas.

"That girl really gets on my nerves. Haa.." kata Izqea dengan keluhan.

"Dia ingat dia boleh dapat Abang Iz? Eww, dia tu orang rendahan je!" cemuh Aluna pula.

Masing-masing hanya tersenyum kecil. Menahan tawa dan rasa puas dalam hati.

"At least kita ada buat sesuatu untuk mereka" kata Elliot.

"Ya. Iz better thank us" sahut Arrien.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now