Bab 48

1.9K 55 6
                                    

SEPERTI kata Darian, mereka akan ke majlis sempena ulang tahun hotel milik keluarga lelaki itu. Sebelum tiba hari event tersebut, macam-macam perancangan yang telah Darian buat.

Bermula dari pakaian mereka yang mendapatkan sentuhan khas dari salah seorang pereka fesyen yang dipercayai lelaki itu. Bukan sahaja pakaian, malah aksesori dan keperluan lain juga turut disediakan oleh lelaki itu sendiri. Juruhias yang akan membantunya bersolek dan menata rambut juga telah diaturkan oleh Darian sendiri.

Hadya pernah menawarkan bantuan, tetapi Darian berkata bahawa dia tidak mahu membebankan wanita itu dengan kerja lain.

"Haa..."

Hadya hanya mampu mengeluh. Hal ini mengingatkannya tentang majlis perkahwinan mereka dahulu. Darian akan menyediakan semuanya. Hadya tidak perlu gerak walau satu jari pun.

Terkadang, Hadya juga merasa ralat. Di usia 27 tahun ini dia masih diuruskan oleh suaminya.

Pasrah sahajalah.

Tiba hari kejadian, Darian ada bersama membantunya. Saat kali pertama Hadya bertemu dengan orang-orang asing yang diperkenalkan Darian, pelbagai komen dan pujian dilemparkan kepadanya.

Salah satunya..

"She's a beauty! Gorgeous! Bila tengok dekat-dekat memang terserlah sangat kecantikan isteri you ni, Darian! Macam model tahu tak?" Puji seorang juruhias yang diupah Darian yang bernama Hana.

"Hm.." balas Darian yang sedang memakai cufflinks di lengan bajunya. Hanya senada. Tanpa reaksi.

"What a cold-hearted man" kutuk Hana perlahan. Dia memandang ke arah Hadya dengan senyuman.

"Dia datang pada I, insist tak nak juruhias lelaki. Dia nak perempuan je" bisik Hana perlahan supaya hanya didengari oleh Hadya.

"Ahh.."

Hadya sekadar tersenyum nipis. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Darian dari jauh. Lelaki itu masih ralit menilik penampilannya.

Lelaki itu mengenakan tuxedo pants berwarna hitam dan dipandankan dengan white pleated dress shirt yang disematkan dengan cufflinks berwarna kelabu di hujung lengan. Hm.

Mata Hadya perlahan-lahan turun ke kawasan pinggang Darian. Lelaki itu mengenakan satin cummerbund berwarna hitam yang menyerlahkan potongan tubuhnya.

Sangat bergaya! Apa orang putih kata..

Elegant!

Mata Hadya naik perlahan-lahan. Dan ketika itu, sepasang mata berwarna biru bertentangan dengannya. Terhincut bahu Hadya dibuatnya.

Darian sedang menatapnya. Tajam.

Hadya terus melarikan pandangannya ke tempat lain. Kantoi, dia tengah skodeng Darian!

"Okay tak ni dear?" soal Hana. Terkejut dia apabila wanita itu hampir meloncat dari tempat duduknya.

"O-okay.." balas Hadya dengan anggukan.

Ekor matanya mengerling ke arah Darian. Lelaki itu sedang mengenakan bow tie berwarna hitam. Fuh, lelaki itu tidak berkata banyak. Rasa nak pecah jantungnya kerana tertangkap seperti itu. Nasib...!

"Okay, done!" kata Hana sambil menepuk bahu Hadya perlahan.

Mata Hadya mula beralih ke arah cermin. Dia melihat pantulan imejnya kini. Terpana Hadya sesaat.

Adakah ini dirinya?

"Err...don't you think this is too much?" Soal Hadya perlahan. Pipinya dipegang perlahan. Biasanya dia akan mengenakan solekan yang tipis sahaja. Tetapi hari ini, dia terlihat sangat berlainan dari sebelumnya.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now