Bab 21

2.1K 55 0
                                    

"A-AWAK kan dah nak pergi kerja. Reward tu malam ni jela ya.." Hadya menolak dada Darian yang kian menempel dekat dengannya.

Menyesal pula dia sebut 'okay'

Sekarang, jantung pula rasa tak okay!

"Aku nak sekarang sayang. Nanti aku tak boleh fokus kerja" usikan Darian semakin menjadi jadi sehinggakan gigi taring lelaki itu kembali tertayang.

Jika Darian sudah senyum sebegitu maknanya memang lelaki itu ingin mengenakan dia cukup cukup!

"Jangan macam ni wak..." Hadya mula bergerak ke kanan untuk lari tetapi Darian menghalang dengan tangannya.

"Cepat. Kalau tak aku tak lepas" ucap Darian dengan nada mengugut.

"Awak..!"

"Bagi aku dekat pipi je dulu" ucap Darian. Hadya memandang Darian lama. Dah kalau lelaki itu cakap macam tu, dia..

Hadya menjingkit kakinya lalu satu ciuman singgah di pipi Darian. Saat Hadya menarik kembali wajahnya, tiba tiba terasa belakang kepalanya ditarik dan tahu tahu sahaja mereka saling berciuman antara satu sama lain.

Cukup lama. Sehinggakan Hadya tercungap cungap mengambil nafas sebaik sahaja Darian melepaskan kucupan tersebut.

Terasa otaknya berpusing pusing setelah aksi panas mereka itu.

"Sweet" ucap Darian. Hadya terus memegang bibir Darian yang terlihat kesan comot disebabkan gincunya.

"Habis lahh" Hadya mula mencari tisu. Tetapi pantas Darian merangkul pinggang Hadya dari belakang lalu mengucup batang tengkuknya.

"Darian..!" terkejut Hadya dibuatnya. Sudahlah dia rasa geli di bahagian itu.

"I.mark.you" ucap Darian lantas melepaskan Hadya. Lelaki itu tidak bercakap banyak dan terus berjalan keluar meninggalkan Hadya yang sudah terpinga pinga dengan sikap Darian.

Hadya memegang belakang tengkuknya yang terasa lembap. Wajahnya merona merah. Dia tidak yakin sama ada dia mampu bertahan lama jika terus bersama dengan Darian.

Mungkin dalam sekelip mata dia akan semakin hanyut dengan kemanisan yang lelaki itu tunjukkan padanya.

***

DARIAN memandang fail yang terbuka luas di atas mejanya. Ianya memperlihatkan beberapa butiran sulit tentang seseorang. Pandangan Darian kembali melihat Vaier yang setia berdiri di hadapannya.

"Ini sahaja?" soal Darian.

"Yes. Nampaknya dia pandai sembunyikan kerja kotor dia dengan bantuan beberapa pakar tanpa lesen. Boleh kata kerja dia dari A sampai Z semuanya clean. Memang tak semudah tu nak cari celah, Tengku " ucap Vaier.

Darian mengeluh perlahan. Sedikit sukar untuk dia teruskan rancangannya jika sebegini. Dia perlukan lebih banyak maklumat.

"Okay Vaier. Kau boleh keluar" ucap Darian. Namun Vaier masih tidak keluar. Itu menimbulkan kehairanan pada Darian.

"Yes?"

"Err...Tengku punya mulut. Nampak comot" ucap Vaier teragak agak sebelum keluar dari pejabat Darian.

Darian mengerut dahi. Setelah beberapa lama otak mencerna kata kata Vaier barulah dia faham.

Memang dia tidak ingat akan kesan comot hasil dari ciumannya dan Hadya sebentar tadi. Mungkin pekerja lain yang melihatnya dengan wajah yang hairan juga hari ini kerana bibirnya.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now