hai si pemberi surat,
terima kasih bagi susu pisang tu. nasib takde racun hehe.
betul la kata kau, lepas minum susu, jadi lega sikit. Rasa sedih aku beransur - ansur hilang.
Siapa pun kau, terima kasih. nah sebagai balasan.
Aku terbeli lebih je sebenarnya kitkat ni. Kau makanlah.
from,
your new friendsaku pun meletakkan surat balasan dari si pemberi surat kemarin. locker 709. Tak berkunci.
Aku pun membuka cepat - cepat lockernya , takut kantoi dengan budak kelas aku pulak. Eh? Bersihnya locker dia.
Hanya ada beberapa pensil dan ada bunga yang dah mengering di dalamnya. Tiada tanda tanda nama kepunyaan locker ni. Selalunya setiap locker pelajar kena letak nama.
Tapi locker yang ni, hanya dia yang tiada nama. Macam baru dicabut je tanda nama itu.
Macam mana aku nak tahu namanya sengal la dia ni.
Aku pun terus menutup pintu locker apabila melihat ada bunyi meresahkan di sebalik dinding berdekatan kawasan locker.
manusia mana yang tak nak ambik tahu kan? rasa ingin tahu aku membuak - buak sia. Mana tahu bole buat gossip baru dengan uncuk ke kan.
perlahan - lahan aku mengintai dan uish, rasa menyesal pula nak menyebok hal orang ni. Kalau pun nak buat maksiat, janganlah dekat sekolah. Siang pula tu.
But wait— something are soooooo suspicious dekat sini. Sus gile.
Tu bukan awek Yoshi ke bodo? Eh eh aku pun mengosok mata ku beberapa kali. Cuba melihat dengan lebih jelas.
Dan selepas adegan bermain dengan mulut masing - masing itu, barulah aku nampak wajah awek yoshi tu, dengan pelajar lelaki lain. Anjai.
Yoshi kena curang guys. dan yang teruknya lagi.
Si yoshi nice timing pergi ke bahagian lockernya dan nampak aku mengintai di belakang dinding.
" Eunjoo! Buat apa dekat situ? "
Ha sudah, awek yoshi dengan pakwe dia pun mengelabah apabila nampak aku.
Nice bodoh, aku nak buat apa ni.
" kau tengok apa— awak?" Ujar yoshi dibelakang ku dan melihat ke arah yang aku lihat sekarang.
Yoshi tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Uish pedih mat tengok awek ko curang depan kau. Aku rasa apa yoshi rasa fuh sakit sakit.
Awek yoshi buat buat muka terkejut dekat situ. Ha tau kantoi ! Sengal dia ni nak curang curang lak dengan yoshi. Tak reti bersyukur siak.
But I feel bad for yoshi , seriously :( bertabahlah ye.
YOU ARE READING
Love Letter | Treasure
Fanfictioningatkan jeongwoo balas surat cinta aku, ternyata bukan © 300422 , wtnabesruto