27.💌

40 11 5
                                    

Aku berlari keluar dari kelas, tak tahan aku lama lama dalam kelas sendiri. Semua duk tanya kalau aku ada apa apa dengan budak yang juga terkenal, sama seperti jeongwoo itu.

Siapa lagi kalau bukan si Haruto tu! Menyusahkan hidup aku bhai.

Aku berlari sehinggalah sampai di belakang bilik kesihatan sekolah. Memang spot aku nak ponteng kelas pun dekat sini, lagipun lepas ni subjek maths, aku tak suka dan benci dengan subjek ni so yeah.

Namun hari ini, spot aku nampaknya dah ada orang tahu. Ni siapa pulak sedap dia nak curi tempat aku lepak ni?

Baru sahaja niat suci murni mahu menghalau orang tersebut terus tak jadi apabila melihat orang itu adalah orang yang aku kenali. Siapa je tak kenal dengan lelaki handsome seorang ni.

Si pemurah dengan senyuman, Kim Doyoung.

" Ehem." Aku berdehem apabila Doyoung tak sedar pun aku ada disitu.

Dia yang nampak macam tergopoh gapah ingin memasukkan barang miliknya, terus menyapa aku, bersama senyuman. Macam biasa ah, senyum itu satu sedekah.

" Eh jatuh. Nah.." ujarku sambil membantu mengutip barang atau lebih spesifik lagi, ubat - ubatan milik doyoung itu. Ubat apa pun aku tak tahu.

Lalu aku terus duduk di sebelahnya. Duduk jarak kita orang jauh tau guys.

" Kau buat apa dekat sini, Doy?" Tanyaku ramah. Entahlah, bila dengan si Doyoung ni, aku jadi peramah sikit.  Vibes doyoung sumpah okay aku cakap.

Doyoung mengeleng kepala lalu menghulurkan aku banana uyu kepadaku.

" Saja, lagipun sekarang maths. Tak suka." Ujarnya. Wah geng baru!

" Wah! Aku pun ponteng sebab tengah maths! Hehehe Apakah ini jodoh?" Sakatku ke arah Doyoung yang tertawa kecil mendengarkan lawak hambar ku.

" Jodoh pun boleh." Balasnya. " Ambil lah, minum."

Aku menyambut huluran banana uyu itu.

" Kau suka minum susu pisang ?" Tanyaku apabila melihat ada lagi beberapa kotak banana uyu disamping Doyoung. Doyoung mengangguk apabila aku bertanyakan hal itu.

" Ye. Aku suka banana uyu. Bila aku sedih or stress, aku akan selalu minum banana uyu." Tambahnya.

Aku mengangguk faham mendengarkan pernyataan lelaki itu.

Entah rasa macam pernah baca pula ayat doyoung itu tapi dimana eh? Pasal banana uyu jugak tapi... lupa lah siot.

" So, kau sekarang tengah sedih ke?" Tanyaku.

Riak wajah Doyoung terus berubah seakan - akan sedih namun dia tetap cuba mengekalkan senyuman di wajahnya. Heh, aku dapat tengoklah Doyoung.

" Kalau aku cakap ya, kau percaya tak?"

" Mestilah. Manusia mana tak rasa sedih."

" Ada. Seorang ni." Kata Doyoung. Keningku terangkat jadinya mendengarkan itu.

" Siapa tu?" Tanyaku lagi.

" Asahi lah. Dia mana ada perasaan."

Pffttt, Okay Doyoung betul kali ni. Asahi manada perasaan, dia kan robot made in japan.

Kami sama sama tergelak dengan lawak Doyoung itu.

Dan tanpa kami sedari, khusyuk sangat berbual pasal diri masing masing, kami dah lepak belakang tu sampai dah hampir waktu balik.

Love Letter | TreasureWhere stories live. Discover now