[w.h]
Aku menumbuk dinding yang tak berdosa itu. Aku rasa sakit hati, rasa diri sendiri ni bodo. Kalau ada orang yang lebih bodo, ia tak sebodoh aku.
Plan untuk bertemu secara bersemuka dengan gadis yang aku suka, dah rosak semuanya.
Aku tak tahu siapa punya angkara, tapi benda ni dah melampau. Aku rasa berdosa dengan gadis bernama Eunjoo itu. Yup, gadis yang selama ini aku berbalas surat dengannya.
Siapa sangka plan yang aku dah atur, siap kumpulkan semangat nak bertemu gadis cantik itu, musnah dalam sekelip mata. Lagi sakit bila nampak Eunjoo tahan air mata. Disebabkan aku.
Tanpa basa basi, aku terus menerjah masuk kelas Jeongwoo.
Iya, lelaki itulah yang buatkan plan aku rosak malam semalam untuk berjumpa dengan Eunjoo.
Asahi cuba menahan aku dari mendekati Jeongwoo yang sedang bermain gitar di dalam kelas. Jeongwoo yang melihat kehadiran ku, hanya tersenyum.
" Kau memang dah tak siuman kan?!" Jeritku di mukanya. Peduli apa aku? Lelaki ni tak pernah berhenti ganggu kehidupanku, asahi dan kawan baik aku, Doyoung.
" Jerit - jerit ni period ke sia?" Balasnya lalu senyum senget ke arah ku. Cuba memprovoke aku.
" Sabar ruto... orang ramai tengok ni." Asahi membisik ke telinga ku. Memberi peringatan bahawa aku telah menjadi pusat perhatian semua orang di dalam kelas Jeongwoo mahupun luar kelas.
" Bawak - bawak masuk hospital, dah makin gila aku tengok!" Ujarku, tak bertapis. Mengena terus ke lubuk hati si Jeongwoo itu. Selama ni aku sabar je.
Aku terus melangkah pergi, sebelum itu Jeongwoo memanggil ku.
" Kau yang patut masuk hospital. Kawan kau tu tinggal nyawa nyawa ikan je. Hahahaha!" Kata Jeongwoo yang kurang ajar itu.
" Eh anak sial, kau jangan nak sebut nama Doyoung dengan mulut sampah kau tu!" Balasku, tidak mahu mengalah. Asahi terus mencubit lenganku, menyuruhku untuk mengikutnya beredar dari situ.
Aku mengetap gigi, geram. Kalau boleh, aku mau bagi penumbuk je dengan budak Jeongwoo tu.
Semakin tak betul otak dia tu.
💌
Haruto, terkedu melihat satu figura perempuan sedang menantinya di lobi itu, kelihatan sangat cantik dengan gaun simple nya.
Ditangan Haruto juga sedang memegang sepucuk surat khas, untuk gadis itu. Dengan ada tulisan huruf pada sampul surat itu, W.H.
Ya, dialah lelaki yang sering menghantar surat cinta kepada gadis itu. W.H adalah singkatan kepada nama betul Haruto.
Watanabe Haruto.
Dan hari ini, mereka berdua bakal bertemu. Haruto ingin lebih mengenali gadis itu dengan lebih mendalam. Dan hari ini, ialah harinya.
Namun baru sahaja Haruto ingin menghampiri gadis itu, bersama dengan hati yang berdebar, kocek seluar miliknya bergetar, menandakan ada panggilan phone.
Haruto segera beredar ke belakang lobi untuk menyambut panggilan mengejut.
Ia panggilan dari Yoshi. Kanemoto Yoshinori.
Hairan dengan panggilan itu tetapi Haruto tetap mengangkatnya.
" Shimo- shimo? Yoshi-san?"
" Tolong aku ruto... Jeongwoo... Uhuks!"
Selepas itu kedengaran bunyi yang kuat, seolah olah besi dan Yoshinori menjerit kesakitan dalam talian. Jeritan dan bunyi besi itu berselang seli, seolah - olah Yoshi sedang dipukul.
" Yoshinori! Yoshi!" Panggilan di matikan apabila Yoshi menjerit meminta pertolongan.
Haruto buntu dan berasa cemas. Mesti ini adalah angkara Jeongwoo. Yoshi bijak kerana sempat menyebut nama lelaki tak guna itu.
Tanpa berlengah lagi walaupun hatinya berat untuk membatalkan rancangan hari ini, Haruto terus berlari ke tempat parkir motorsikal. Tidak lupa juga dia untuk membuat panggilan kepada Asahi.
" Maafkan aku, Eunjoo.. " gumam Haruto lalu menekan pedal dengan kuat.
Motor yang dibawa Haruto meluncur laju membelah jalan raya malam itu. Meninggalkan kawasan tempat wayang tersebut.
another 5 chapters ye kengkawan and yeah done! Maybe malam ni kot habis hehe~
YOU ARE READING
Love Letter | Treasure
Fanfictioningatkan jeongwoo balas surat cinta aku, ternyata bukan © 300422 , wtnabesruto