03.💌

88 14 12
                                    

hi jeongwoo

aku ada recommended lagu hari ni.

tajuk dia Darari by treasure. Best doh. Confirm kau suka.

dalam group treasure tu kan, siap ada mirip kau tau tak? Handsome and cute. Hehe

Dengar la. Even kau tak akan dengar sebab surat aku memang tak pernah sampai dekat kau.

love,
your secret admirer

aku meletakkan sticker kebiasaan yang aku guna iaitu sticker berbentuk hati dan juga berbentuk kartun haiwan serigala pada surat jeongwoo.

kenapa serigala? jeongwoo comel macam serigala hehe.

" weh anak pakcik choi! taknak ikut ke aku hantar ni?" tanya ku, gembira dengan angan - angan sendiri bahawa jeongwoo akan membaca surat ku ini.

hyunsuk yang sedang bergaduh dengan budak kelas lain pasal kipas terus menoleh ke arah si gadis. dikesempatan itu, budak kelas lain terus membawa lari kipas itu pergi ke kelas mereka. Eh shi—

" kau ni kacau je doh!" Marah hyunsuk tapi gadis itu malah semakin tersenyum. " ala suk, bagi chance la budak sebelah pakai kau ni pon. Lagi pun aku nak minta teman ni.. bole ke tak?" Tanyanya.

Hyunsuk mendengus geram. Nasib lah bestaik dari kecil. Kalau tak ada yang kena sibai dengan kipas karang.

" aduh, ha jom lah cepat! nanti kang habis masa rehat." Ujar hyunsuk. gadis itu terus melompat kegembiraan dan merangkul bahu kawannya itu.

" jom hyunsuk!"

💌


" weh minah, bahagian locker clear. Pergi cepat!"

hyunsuk memberi signal dari tingkat atas. Memandangkan dari tingkat atas boleh nampak keseluruhan kawasan tempat penyimpanan locker, tu yang hyunsuk sukarela pergi naik dan jaga - jaga jikalau jeongwoo and the gang lalu disitu.

aku terus berlari macam dalam filem zombie. Ibarat macam kena kejar zombie ah. sampai sahaja aku di locker milik jeongwoo, aku tersenyum lebar melihat locker yang hampir tiap hari aku kunjungi.

Semata - mata ingin meletakkan surat yang tidak dipandang oleh Jeongwoo sama sekali.

Locker bernombor 711.

Aku pun cuba lah buka pintu locker tapi pelik bin ajaibnya, locker itu terkunci hari ini. Lah?

Pintu locker itu aku buka secara paksa beberapa kali namun hampa, masa sama. Terkunci.

Pergh rasa kecewa bhai tiba - tiba. Sampai begitu sekali eh jeongwoo tak suka dengan surat yang aku hantar ini?

Hyunsuk dari atas hanya memerhati gelagat bestie nya itu. Namun tiba - tiba hyunsuk tersentak dengan bunyi suara - suara rancak berbual. Kedengaran jelas suara jeongwoo sedang menertawakan seseorang.

Iaitu kawannya sendiri.

" Lawak bodoh surat - surat aku dapat! Apa dia ingat ni zaman mak bapak dia ke nak hantar surat bagai."

" HAHAHAHAHHA kau ni jeongwoo!"

Aku mendengar bunyi suara jeongwoo and the gang. Terus hyunsuk di atas memanggil aku, menyuruhku untuk beredar dari situ.

Aku pun berlari cepat menyorok di bahagian locker lain. Tak jauh dari locker jeongwoo.

Jeongwoo dan rakan - rakannya itu singgah ke locker jeongwoo. Bodoh nya aku! Baru perasan yang surat tu jatuh!

" baru je kau cakap tadi woo, dah ada dah surat bodoh ni!" Kawan jeongwoo mengutip surat ku lalu diberi kepada jeongwoo. Kawannya lain menertawakan jeongwoo yang bermuka kesal itu.

Kau benci aku eh park jeongwoo?

" kalau aku dapat sial mana bagi ni, memang siap dia!"

Pergh, secara siaran langsung ya aku dengar jeongwoo cakap macam tu dengan muka jijik dia. Aku macam nak nangis. Muka aku panas sia.

Selepas itu, jeongwoo menyuruh rakannya membuang surat ku itu ke dalam tong sampah.

Patutlah tak pernah sampai. Rupanya kena buang hahahahaha.




Love Letter | TreasureWhere stories live. Discover now