21.💌

71 13 6
                                    


Asahi berjalan merentasi jambatan dengan ada sebatang sungai yang jernih itu. Selepas itu, dia berjalan lagi beberapa kilometer sehingga lah tiba di sebuah kawasan terpencil dalam hutan. Dimana ada tasik kecil yang cantik.

Hanya Asahi dan dua orang kawannya sahaja mengetahui tempat itu.

" Siapa tu!?" Jerit kawan Asahi apabila melihat kehadiran Asahi keluar dari semak samun itu. Dahlah takde salam, memang terkejut la member. Ingatkan babi hutan tadi.

" Lah, Asahi. Kau rupanya." Ujar seorang lagi, tersenyum sahaja melihat gelagat Asahi yang tiba - tiba muncul itu. Kebiasaan dah Asahi macam tu.

" Kenapa korang nak jumpa ni?" Tanya Asahi lalu meletak bakul rotan yang dibawaknya dan berbaring di sebelah kawannya itu.

" Ceh, lepak je pun. Takkan takleh Asahoy?" Ujar kawan Asahi yang sedang sibuk melukis pemandangan disitu. Tiba - tiba pensil dia guna patah pula.

" Patah lah pulak. Wei, Doyoung. Bak sini pengasah pensil tu!" Arahnya kepada Doyoung, si jejaka yang pemurah dengan senyuman.

Doyoung yang tengah sibuk mengeluarkan makanan yang dibawa Asahi itu terus memberi pengasah pensil di dalam pencilbox milik Haruto.

Ya, seorang lagi ialah Haruto. Lelaki yang gemar melukis. Dia memerhati apa yang dilakukan Doyoung sambil mengasah pensilnya.

" Macam nak kenduri je kau ni Asahi. Banyak nya makanan." Ujar Haruto sambil kembali lagi melukis.
Doyoung menyusun makanan itu dengan rapi. Maklumlah, budak ni perfectionist. Semua kena tersusun.

" Kira okay ah tu, ruto. Kau kan makan banyak. Dah serupa orang kebuluran tak makan 5 tahun HAHAHAHA — ack!!" Haruto membaling gumpalan kertas ke arah Doyoung itu.

Betul - betul kena di muka Doyoung.

" Ish dia ni!" Doyoung terus bergusti dengan Haruto. Haruto juga taknak kalah, dibukanya stokin sofia the first Doyoung lalu digeleteknya sampai menangis budak tu sebab asyik ketawa.

Asahi tak ikut campur, dia orangnya simple. Tak suka keributan jadi dia hanya menjadi pengadil disitu sambil memakan buah oren. Oneuldo orenji— ok sorry.

Namun siapa sangka, dalam kegembiraan tiga sahabat itu, ada satu figura di sebalik pokok sedang memerhati keakraban mereka? Dengan pandangan penuh kebencian.

Sakit hatinya melihat mereka bertiga itu. Rasa nak hapuskan mereka satu persatu dari muka bumi ini.

Lalu dia pun beredar dari situ sebelum kehadirannya di ketahui oleh mereka.

'Tunggulah korang' monolog figura misteri itu dalam hati.

'Tunggulah korang' monolog figura misteri itu dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Love Letter | TreasureWhere stories live. Discover now