14.💌

73 14 8
                                    

hai kepada si pemberi bunga yang cantik ni,

Aku appreciate apa kau buat ni. Even kita tak kenal dan tak pernah bersemuka lagi.

I wish we can meet and be a friends.

I will waiting for you, if you are ready.

Can i know your name? At least, your nickname?

from,
ryu eunjoo

memang gila sebab aku expose nama sendiri. Nama penuh lagi tu. Aku pun memandang hyunsuk, dia pandang aku dengan senyuman bangga. Bangga dengan tindakan ku yang mengikut saja cakapnya.

Ya semua ini idea hyunsuk. Taktahu apa yang difikirkan nya semasa dia memutuskan hal ini tetapi aku as a bestie ikut jela. Kadang apa hyunsuk cakap ni ada kebaikan disebaliknya.

" kau, kalau ada apa - apa benda tak baik jadi, siap kau eh." Amaran ku kepada hyunsuk itu. Hyunsuk menepuk dadanya kuat tiba - tiba.

" ini choi hyunsuk ah, selagi aku bernafas, bestie aku ni takkan apa - apa." Ujarnya sambil merangkul bahu ku, selamba.

Yelah hyunsuk, sekali penampar tumbang terus kot.

" lagi pon aku dapat rasa lah, pemberi surat yang ni tak merbahaya kot. dari cara penulisan pun dah tau dia baik." tambah hyunsuk lagi. Aku hanya tersengih mendengar kebebalan hyunsuk tu.

Cepat sangat percaya dengan orang.

Tapi, tak beza dengan aku pun. Percaya je orang hantar surat ni minat aku. Hahahhaha realitinya tidak barangkali.

" entahlah, suk. Tengok jela apa jadi. Dia nak bagi nickname dia ke tak?"ujarku lalu bingkas bangun untuk pergi ke bilik seni.

Untuk apa aku ke bilik seni? Untuk berjumpa yoshi lah.

Ingat tak math equation aku dapat hari tu? Ha tu, aku minta yoshi selesaikan. Dia suruh aku datang bilik seni lepas kelas. Taktahu kenapa perlu di bilik seni, macam kelas sendiri dah takde pula jantan tu.

" nak ikut!" Hyunsuk menarik lengan cardigan yang aku pakai. Eh eh dia ni. Koyak kang cardigan mahal aku ni.

Aku hanya mengangguk lemah. Haih terpaksa bawak budak hyper ni sorang.

💌

" hai yosh! Eh anda siapa?"

Aku dan hyunsuk memandang serentak seorang pelajar , agak pendek dari yoshi. Berkulit putih mulus dan berwajah kacak.

Sekali pandang macam member dari group treasure je. Dua kali pandang wah macam muka jodoh aku.

Hehe.

" oh lupa budak ni ada sebelah aku. Ini Asahi. Sahi, yang ni hyunsuk, yang cantik ni Eunjoo. Dorang ni kembar tak seiras dekat kelas kami." Panjang lebar yoshi memperkenalkan asahi kepada kami.

Wah tak pernah nampak pun pelajar hensem macam ni. Hensem dia takleh bawak bincang, macam patung.

" hai aku choi hyunsuk! Abang si eunjoo ni" eh kau, pertalian darah pun tiada, tiber nak claim dirinya sebagai abang. Aku pun menolak lembut hyunsuk, menyuruhnya untuk diam saja.

" ryu eunjoo.. hai asahi." Aku pun berjabat tangan dengan dia. Sejuk tangan dia. " kau orang jepun ke? Macam yoshi?" Tanya ku lagi. Memandangkan wajahnya tak berapa kekorean sangat.

Asahi mengangguk saja. Aku dan hyunsuk pun buat mulut 'O' bila tahu asahi pun orang jepun. Bukan buat asap vape eh.

" kau.. eunjoo?"

Aik dia tanya lagi. Ha ah lah weh. Takkan ju-on lak?
Aku pun tersenyum janggal dan mengangguk.

" kejap ye.." ujarnya lalu menyelongkar beg sekolahnya itu. Dia mengeluarkan sepucuk surat, berlipat dua tanpa ada sampul.

Terbeliak mata ku melihat tulisan w.h pada surat itu. Lelaki ni lagi kirim surat.

" siapa bagi ni sahi?" Tanya Hyunsuk, mewakili aku yang diam saja. Terkejut setelah lama surat dari si w.h tiba tiba ada dan tambahan pula, asahi yang jadi tukang posmen hantar surat tersebut.

" tengok weh tengok."

jumpa aku dekat rooftop sekolah. Jam 5 p.m

Lambat, aku terjun.

" what the forkkkkk!!!" Jerit Hyunsuk dan aku serentak.

Asahi dan yoshi menutup gegendang telinga mereka akibat jeritan kami.

Bende dia ni nak terjun bagai woi.!!!

Love Letter | TreasureWhere stories live. Discover now