hi jeongwoo,
Kau tak rindu ke surat aku ni?
Aku rindu nak menulis untuk kau.
Have a nice day, jangan lupa makan waktu rehat nanti.
love,
r.e.oaku dengan hati berdebar - debar memasukkan surat itu ke dalam locker jeongwoo. Macam biasa, aku letak surat itu paling atas daripada banyak surat lain bertimbun dalam locker tersebut.
surat ni aku hantar tanpa pengetahuan hyunsuk ya. pasti dia marah jikalau aku hantar lagi dekat dia.
Aku menutup perlahan pintu locker, namun tiba - tiba aku merasakan ada satu objek dibaling ke arah ku. Objek itu landing di kepala ku lalu ia pecah mengeluarkan cecair kuning.
Lah telur mentah ke?
Dan saat itu, beberapa lagi telur dibaling ke arahku tanpa henti. Aku terus terkaku. Tak tahu mahu berbuat apa. Sumpah aku rasa takut sekarang.
Kenapa aku kena baling ni?
Stoplah... busuk lah bau telur basi ni.
Aku menutup wajah ku dari terkena telur yang dilempar.
" gotcha! dah jumpa pun orang yang hantar - hantar surat bodo ni." ujar jeongwoo sambil berjalan ke arah ku. Aku dapat rasakan even aku tak berani angkat muka.
Perlu ke sampai macam ni kau malu kan aku jeongwoo?
" kau ke minah tak guna tu yang duk hantar surat dengan aku hari - hari?!" jeongwoo berteriak membuatkan aku automatik menutup telinga.
Bodo, aku terkejut bodo.
Aku menutup mata, tak mampu nak pandang apa - apa sekarang. Lebih baik buta je terus. Aku malu sangat dah ni. Kantoi teruk.
Semakin ramai datang berkumpul. Menyaksikan jeongwoo memalukan aku di depan khalayak ramai.
" aku cakap tu pandang lah!" Jeongwoo memaksa wajah ku memandang wajahnya. Dagu ku diangkat secara kasar.
Berdebarnya... aku terkejut sampai tahap nak mati on the spot.
Aku tutup mata rapat. Tak berani weh.
" kau memang tak malu kan? Dah macam pervert dengan surat - surat kau tu." ujar jeongwoo. Kata katanya seakan akan mencucuk - cucuk organ dalaman ku. Sakit.
" eh bisu pulak dah dia!"
" HAHAHAHAHAHA " Semua orang menertawakan aku. Seolah olah ini adalah jenaka biasa bagi mereka semua. Aku rasa sakit hati, aku malu, aku nak menangis.
Bodonya aku sebab terlalu berharap dengan dia. Kenapa cinta perlu menyakitkan macam ni?
" lagi sekali kau hantar, aku akan—"
" stop , park jeongwoo." Tangan jeongwoo yang mencengkam dagu ku terlepas akibat tepisan seseorang.
Dapat aku rasa orang itu berdiri di hadapanku, menjadi tembok tinggi memisahkan aku dan jeongwoo.
Aku menahan ketakutan dalam diriku. Cuba untuk kuat. Air mata ditahan walaupun mata dah berair nak menangis.
perlahan - lahan aku membuka mata.
Seseorang berdiri di depan ku, bersemuka dengan jeongwoo yang kelihatan sinis itu.
" nak jadi hero pulak kau eh? "
" haruto?"
BBUK!
tanpa salam perkenalan dan tanpa pendahuluan, lelaki di depan ku itu menumbuk wajah jeongwoo sekuat hatinya.
Kuat bunyi tumbukkan itu. Jeongwoo yang tadinya nampak macho dan kuat terus nampak lemah dengan satu tumbukan berbisa.
Sampai jatuh terpuruk jeongwoo itu akibat lelaki yang tiba tiba hadir untuk membantu aku yang menyedihkan ini.
YOU ARE READING
Love Letter | Treasure
Fanficingatkan jeongwoo balas surat cinta aku, ternyata bukan © 300422 , wtnabesruto