1- My Playlist #0

253 13 0
                                        

- ( playlist can find it from my profile )People Watching by Conan Gray

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

- ( playlist can find it from my profile )
People Watching by Conan Gray

" Satu kotak rokok " aku memandang orang yang menjaga kaunter dengan tatapan kasar . Tidak sabar mahu menghisap sebatang rokok .

" N-nah " selepas sahaja aku sudah siap membayar . Aku keluar dan duduk di kerusi yang berada dihadapan kedai .

Memikirkan keluhan yang sudah banyak aku keluarkan selama ini tidak bermakna pun . Keluhan hanya boleh didengari untuk diri aku sendiri , walaupun orang lain dengar tetapi tidak bermakna . Aku tidak pernah menjadi orang bermakna untuk seseorang.

Baru sahaja aku mahu menyalakan api di hujung bahagian rokok , seseorang merampas rokok itu dan membalingnya di dalam tong sampah . Membulat mata aku memandang tong sampah dan kearah mata manusia yang menganggu masa sendirian aku .

" Hei ! Kenapa buat macam tu !? " jerit aku dengan nada marah .

Melihat lelaki yang dihadapan aku ini tersenyum nipis seperti tidak membuat salah apa apa menyampah kan aku .

" Maafkan saya Cik , tapi saya tengah makan . Saya tak suka dengan bau asap rokok yang menganggu selera makan saya . Kalau Cik nak merokok boleh ke tempat lain . "

Oh ! Macam itu pula ye ! Selama ini tak pernah pun orang kisah dekat mana aku nak merokok sekarang ada sibuk sibuk baling rokok yang harganya mahal tu dalam tong sampah macam itu sahaja ?

Woah . Woah . Woahhhh

Aku tersenyum sinis dan mengambil kotak rokok membuangnya ke dalam tong sampah dan pergi beredar dari kedai ini .

Menyampah betul aku dengan lelaki itu . Aku hanya harapkan tidak jumpa lagi dengan lelaki yang berperangai sama seperti lelaki tadi .

Ataupun lebih tepat Sim Jake .

Tangan aku dimasukkan ke dalam poket hoodie dan tersenyum senget . Mengingatkan nama itu buatkan aku mahu ketawa sahaja . Haih ... Sim Jake .

Dia betul tidak berubah . Dia memang Jake yang aku selalu tertanya pasal nya dari dulu .

Sampai sahaja di rumah besar yang aku sedang menginap , laju aku masuk membuka kasut . Pembantu rumah yang mahu menolong aku membuka jaket dan kasut aku hanya hiraukan mereka .

Aku boleh buat sendiri .

" Yang Haesun . " dengan mendengar suara , aku sudah tahu itu dimiliki oleh ibu aku . Correction . Ibu tiri aku .

Melihat wajah wanita itu yang tersenyum senget mahu sahaja aku menampar nya .

Aku hanya berjalan menaiki tangga .

" Esok malam pakai baju cantik cantik , kita akan keluar makan malam sekeluarga . "

Aku hanya teruskan berjalan dan mengeluarkan keluhan mengejek . Ingat aku nak ikut lah kata dia . Memang tak dek nye , keluar dengan dia pun tak pernah ni sekali dengan ayah ? Dia ingat kita sekeluarga ni macam lah keluarga mesra , bahagia macam yang lain .

५ Another One - Sim JakeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang