3- Useless Man

74 9 0
                                    

- Feels ( Pharell Wiliam , Katy Perry , Big Sean ) by Calvin Haris

" Kita berjumpa lagi right ? " Haesun mendecit dia duduk memandang dalam mata Jake .

Perlahan dia menjawab " yea . " Jenis Haesun yang tidak mahu bercakap dengan orang yang dia tidak berapa rapat memang kembali terus . Muka lelaki itu berkerut sebelum mengeluh . Payah betul nak buka mulut .

" So , Nama awak ? " Pertanyaan Jake hanya membuatkan wanita itu masih diam . Agak agak lah nak bagitahu nama sendiri dekat orang yang baru kenal ? Kalau dia saja saja stalk or maybe buat apa apa dengan informasi yang sikit ni ? Ha kan dah naya kat sana .

" Haih . Apa yang payahnya ? Tanya nama je pun . Macam lah aku nak buat apa apa dekat nama awak tu . Sunghoon rapat dengan awak . So kita kena lah berkenalan . Kawan Sunghoon , kawan aku juga . " panjang Jake menerangkan sebab kenapa dia nak tahu nama wanita yang di hadapannya .

" Nevermind . Aku boleh tanya Sunghoon lagipun . " Tak terfikir pula lelaki ini sebelum tanya . Kalau tidak tak yah membazir air liur dengan orang yang tak terjawab soalan yang dia tanya dari tadi .

Lelaki itu masih mahu membuat wanita di hadapannya bercakap . Sepatah . Hanya sepatah , dia sudah gembira .

" Dah berhenti rokok ? " Haesun memandang Jake . Soalannya .. terlampau .. personal ?

Mungkin dia risau ? Eh tak mungkin . Dia baru kenal wanita itu . Dia hanya mahu tahu keadaan .

Wanita itu mendecit . Agak menyampah dengan soalan yang tiba tiba terlibat dengan benda yang dia dah lama tidak buat . Dia beli rokok hanya untuk menahan diri dari menghisap nya .

Dia tahu rokok adalah salah . Dia hanya membeli untuk menggigit bukan membakar dan hisapnya .

" Penat lah cakap dengan orang diam ni . Nah no phone . Anytime , telefon . " Jake letak kad yang tertulis nombor nya dan bangun mengambil kotnya dan pakai . Sebelum keluar dari kafe .

Dia berhenti di pertengahan jalan sebelum memandang wanita yang diam dari tadi di luar kafe . Tak tahu apa yang jadi dengannya . Tapi wajah wanita itu buat dia susah untuk bernafas , jantungnya laju berdegup .

Jake menggeleng hilangkan perasaan yang tiba tiba pelik untuk dirinya dan teruskan langkahnya .

Haesun melihat lama kad yang lelaki tadi beri padanya . Dia senyum senget sebelum menyimpannya di dalam poket kot nya .

" Useless . "

Teringat pasal dia ada perjumpaan dengan seseorang bersama keluarganya wanita itu laju membayar dan keluar memandu ke rumahnya .

" Puan Yang arahkan kamu memakai gaun ini , Cik ." Haesun berdehem sebelum mengambil kotak besar yang cantik dan kemas terikat dengan riben warna merah jambu . Dia berterima kasih kepada pembantu sebelum masuk ke dalam biliknya dan pantas membuka ikatan riben .

Gaun hitam kosong paras lutut membuatkan mata Haesun bersinar . Lengan tutup . Dia suka . Agak benci kerana hanya paras lutut tapi tak pe lah dia pakai kot untuk menghalang cuaca yang sejuk pada malam hari .

Dia melihat jam dinding sebelum masuk membersihkan diri dan bersiap untuk perjumpaan dengan bakal suaminya . Entah kenapa dia tidak sabar . Macam bakal suaminya orang yang dia sudah kenali .

Sopan dia duduk menunggu kedatangan orang yang dia akan jumpa lepas ini . Ayahnya kemas membetulkan sut dan sekali sekala memandang wajah isterinya yang senyum nipis .

Haesun mengigil kerisauan . Dia takut untuk berhadapan dengan orang yang dia tidak kenal . Dia hanya takut .

" Tuan . Keluarga Sim sudah sampai . " Pembantu yang menjaga bilik makan keluarga Yang membisik ke telinga Tuan Yang .

Kening Haesun terjungkit . Sim ? Sim- Jake ?

Ini sebabnya jantung dia tak berhenti berdegup kencang . Sebab Jake ? Dia menghembus nafas sebelum pintu di buka .

Terlihat Tuan Sim dan Puan Sim berjalan menyilangkan tangan . Mereka berdua senyum ramah dan duduk di atas kerusi . Tempat duduk di hadapan Haesun yang kosong dia renung kosong .

" Jake masuk lah . "

Lelaki tinggi terlihat tampan tersenyum manis duduk di hadapan Haesun . Baju sut warna hitam ternampak segak sekali . Perempuan itu merenung Jake sebelum sambung membaca menu .

" We have no choices Mrs. Sim . "

" Kita memang kena kahwinkan mereka berdua " dari lubuk hati Haesun dia dah menyumpah seranah juga bencikan hal ini . Lupakan lah tentang dia tak sabar mahu kahwin . Dia bagai mahu bunuh diri saja .

Ya tuhan dia sungguh benci kan waktu ini . Dengan muka tenang Jake , dia memang benci . Bibir bawah dia gigit , tangan digenggam .

" Haesun , kamu setuju kan ? " Nak geleng , nak angguk . Dia angguk senyum sinis .

Selepas sahaja perbincangan itu , Haesun meminta diri mahu keluar mengambil angin . Sempat dia memberitahu ayahnya dia mahu balik dahulu .

Memang susah mahu elakkan diri daripada Jake , ayah dia suruh Jake menghantar dia balik . Dia tajam jeling lelaki itu sebelum dia menjejak keluar .

" Nak ambik angin pergi mana ni ? " Jake bersuara . Wanita yang di sebelahnya diam memandang luar tingkap. Lampu jalan menemani langit yang hitam .

" Kelab malam . Boleh ? " Suara perlahan dan dalam Haesun menyapa telinga Jake . Lelaki itu tertawa kecil .

Memang gila dengar permintaan seketul wanita yang kecil baginya itu . Sejak pertemuan pertama mereka , Jake hampir syak dia berumur 13 hingga 14 tahun begitu . Terkejut apabila dia tahu dia akan mengahwini wanita yang rupa kecil di matanya tetapi sudah pun melonjak usia 20 ke atas .

Bila fikirkan balik , mahu sahaja dia menekup mulutnya disebabkan malu .

" Kau nak buat apa ? "

Mendengar pertanyaan Jake , wanita utu menggulingkan biji matanya . Nak usya laki lain , nak cari bini orang , nak buat maksiat . Haesun senyum sinis sebelum menjawab .

" Nak buat maksiat dengan lelaki lain . " Agak terkejut Jake , dia memandang Haesun dengan mulut terbuka luas .

" Whatever lah . As long you good or make you feel better . "

Haesun memandang luar tingkap kereta semula . Dia tersenyum nipis , mendengar ayat Jake buatkan dia fikir semula sebab dia benci akan lelaki itu . Dia rasa , Jake tidak lah teruk mana . Haesun harap , apabila mereka sudah kahwin , perangai Jake yang membenarkan setiap langkahnya akan kekal berterusan .

Tetapi mungkin . Salah satu mereka akan memang jatuh cinta . Tetapi cuma hanya dia keliru . Siapa agaknya yang akan jatuh cinta dahulu ? Lelaki itu atau perempuan itu ?

Ataupun mereka berdua tidak akan jatuh cinta ?

Jake memandang Haesun yang berada di sebelahnya , tertidur dengan lena . Lelaki itu dah agak , wanita ini tiada semangat pun mahu pergi ke mana . Dia hanya rehat . Nasib dia memang ambil laluan mahu membawa wanita ini pulang ke rumah Haesun .

" Haesun ... Tch . " Memang dari tadi , sebut sahaja nama wanita itu . Jake akan berdecit kuat . Dia menyampah tetapi bukan begitu . Dia mungkin hanya tidak suka ataupun menyebut perempuan lain di hatinya berkali kali buatkan dia rasa dirinya lain . Buat dia rasa yang dia pentingkan perempuan itu .

" Nak buat maksiat dengan lelaki lain "

Kalau mereka berdua berkahwin . Adakah Haesun akan buat benda itu lagi ? Kalau betul dia buat maksiat dengan lelaki lain . Adakah Jake akan dapat isteri yang mengandungkan anak orang lain ? Oh tentunya dia akan cemburu .

Apatah lagi apabila Jay dan Sunghoon yang sentiasa rapat dengan kekasih hatinya , Hera . Ini kan pula isterinya sendiri .

" Aku tak kan jatuh cinta ngan kau . Kau bukan Hera . Kau tak kan ganti dia , sebaik manapun atau sesama mana pun kau dengan Hera .. "

Bisik Jake .

Mengangkat Haesun ke dalam rumahnya .

[ author ]

Next chap memang akan lama so mohon sabar skgdjshs

५ Another One - Sim JakeWhere stories live. Discover now