18- Rose

47 5 3
                                    

Aku bermain dengan jari jemari aku , sekejap aku memandang figura Sunghoon yang sedang bercekak pinggang berdiri di tepi katil aku . Kepala aku tertunduk kembali , takut mahu memandang ataupun bertembung mata dengannya .

" So sebenarnya kau ingat dia ? Tapi kau saja nak buat macam itu ? " Nada Sunghoon kedengaran tinggi .

Aku angguk dengan perlahan . Alah saja saja je mahu main main .

" Macam lah dia layan kau sangat . " Mendengar sinihan ayat Sunghoon aku terkejut . Tangan aku mula mahu menampar belakang badannya .

" Okay lah aku nak balik dah . Bye "

Aku angguk dan hanya melambaikan tangan , mata memandang keluar tingkap .

Dalam hati aku teringin mahu ke bawah dan bermain dengan kanak kanak ribena berlari mengejar sesama sendiri . Mereka kelihatan bebas .

Aku memandang kaki aku yang berbalut . Kalau turun bawah katil ni mahu tercium dengan lantai . Aku memejam mata rapat .

Apa lah yang terjadi . Kenapa semua jadi macam ini .

Apa yang terjadi dekat Eunsoo selepas kejadian itu semua . Sudah berapa banyak kali aku mahu persoalan aku dijawab oleh Sunghoon , tetapi tidak satu pun di jawab .

Heeseung pun hilang tanpa jejak langkah .

Jihyo tidak pernah melawat aku. 

Jihye pun memang lama sudah tak melawat aku . Entah dia tahu aku masuk wad ke tidak .

Nanti aku bagi cerita palsu yang aku hilang ingatan mahu dia curi semua botol expensive ada logo enciti terukir dekat botol tu dengan gambar abe ecan lagi disebabkan aku dah hilang ingatan , mana tahu sampai corak botol kesayangan aku pun dah lupa dia nak curi .

Tahu lah kena berkongsi satu abe bersama sama . Nasib bukan Jake yang kena share .

Hari ini terasa kosong sekali . Hanya doktor dan jururawat datang memastikan keadaan aku baik .

Aku masih menunggu kedatangan Jake . Kedatangan si dia untuk menatap wajahnya dan bercakap empat mata . Banyak kali aku mengeluh dan memikirkan tentang apa yang sudah terjadi. 

Adakah Jake juga masuk ke dalam hospital selepas kejadian itu ?

Aku mengalihkan pandangan apabila pintu bilik hospital aku kedengaran terbuka . Mata aku menyepet memandang figura feminin yang berjalan menghampiri aku. 

Lupa pula nak bawa cermin mata sekali . Memang rabun jauh dari kecil tapi sengaja tak mahu tunjuk .

" Eunsoo ? "

Ye , dalam banyak banyak manusia . Yang perangai setan ni lah nak lawat aku . Aku menyandarkan semula belakang tubuh aku ke katil . Tidak mahu memandang wajahnya ataupun berkata mata empat dengannya .

" Miss me ? " Nyaring juga suara dia ni walaupun tak kuat . Gatal telinga aku .

Kelihatan Eunsoo dengan berpakaian hospital , dia masuk hospital juga ke ?

Lagi satu , siapa je yang rindukan dia ? Heleh , bawah tapak kaki aku pun tak rindukan kau ! Berangan !

" Siapa je rindukan kau ? " Hampir tergelak nada suara aku meleraikan kata kata itu .

Melihat muka tak puas Eunsoo aku hanya pandang dia dengan senyuman sinis .

" Kalau lah malam tu aku dapat bunuh kau sudah lama aku rampas semua kebahagiaan kau dahulu , tapi di sebabkan oleh jantan tak guna tu dia dah rosakkan plan jahat aku ! " Terkejut juga apabila betina kurang waras mengetuk meja yang disediakan di hadapan aku .

" Kau mesti pelik kan Haesun ? Kenapa aku tak mati lagi ? Kan ? Walaupun kau dah tikam aku dua kali kan ? "

Aku berfikir sejenak memandang muka Eunsoo , serious . Ye tak ye , seingat aku malam itu juga aku menikam dan berlawan tangan dengannya , tetapi kenapa dia masih hidup ?

" You will never know , even how much you think . Kau tak kan tahu macam mana aku boleh hidup balik . " Kembali dengan nada sinis nya .

Tajam aku memandang mata Eunsoo . Apa rancangan jahat dia akan musnahkan hidup aku . Cukup pada waktu kecil dia dah hancurkan apa lagi dia mahu ?

" Haesun , kau kena ingat-- yang aku ni membunuh dari kecil . Aku boleh buat daripada tikam ibu bapa aku sendiri ... " Tergamak anak bercakap begitu tentang ibu bapanya yang sudah berkorban demi anaknya . Eunsoo tidak berhati perut .

Tiada belas kasihan .

Yang dia tahu hanyalah kebahagiaan dirinya. 

Selfish .

Setelah berabad lamanya , aku dapat keluar dari bilik aku . Tapi bukan dari hospital . Saje mahu mengambil nafas di luar , selain terperap menghirup udara penyaman udara yang sudah berhabuk itu . Bukan nak perli , tapi sudah di perli .

Aku melabuhkan punggung di salah satu kerusi bangku panjang yang berada di tepi taman . Kelihatan ramai kanak kanak berlari dan berkejaran bermain di taman .

Aku tersenyum nipis .

Rambut pendek aku ditampar perlahan oleh angin yang sempoi . Menyenangkan lagi suasana .

Tiba tiba sorang budak perempuan yang comel penampilannya datang ke arah aku .

Dia mengeluarkan aku sekuntum bunga mawar berwarna merah dan mekar . Aku jungkitkan kening , kenapa tiba tiba kasi ni .

Dia menyuruh aku datang dekat dengan wajahnya . Aku akur arahan dia . Perlahan aku dekat . Lalu dia membisik sesuatu .

Hampir geli dengan nafas nafas nya .

Aku tersentak mendengar ayat budak perempuan ini . Aku terdiam , dia tersenyum memandang reaksi terkedu aku .

" How are you ? "

Mulut aku terkatup rapat .

५ Another One - Sim JakeWhere stories live. Discover now