23 - Decision

48 4 0
                                    

" Baru balik nampak . " Jake sandar di pintu depan . Fuhh aku terkejut melihat kelibat dia .

" Haah tadi jumpa orang . " Selamba aku melepasi bahu dia .  Tiba tiba je tunggu kedatangan orang ni apahel . Selalunya dah tidur berdengkur sedap sampai keluar air liur dah sekarang .

" Siapa ? "

" Tak yah ambil tahu . "

" Hera kan . "

" Haah . " Alang alang dia dah tahu aku bagitahu je lah . Malas nak berahsia bagai bagai ni .

Bagi pihak Jake pulak . Dia risau akan perempuan itu . Ye dia risau . Sunghoon tadi ada telefon dia cakap pasal keadaan Haesun pada perbicaraan hari ini . Dia berkerut .

" Kau okay tak Haesun ? "

" Tak aku mengantuk . So tolong ke tepi . " Perlahan aku menolak bahu dia .

" Lantak lah . " Jake pun penat mahu menjaga wanita itu . Dia menyerabutkan rambut dia lalu berlari naik ke atas .

Haesun mengintai dia dari bawah . Kemudian dia mengeluh . Sedikit rasa tenang , tak dek lah dia nak tanya banyak soalan sangat . Aku mengambil sebiji epal dan mula memotong nya .

Sambil itu termenung .

Hera dah ada . . Patut ke aku gadaikan nyawa aku supaya Jake kekal hidup ? Boleh lah dia dengan Hera selamanya . Bahagia , sambil itu aku bunuh Eunsoo .

Aku memikir terlampau jauh sampai tak sedar aku terpotong sedikit jari aku . Terus aku meringis perlahan . Tch , kau Haesun , kena pisau pun dah sakit ni nak gadaikan hidup kau semata mata orang lain ?

Aku dah kira puas dapat hidup dengan orang yang aku suka sejak sekolah menengah . Orang yang aku pandang senyap senyap dulu.  Tidak sangka dia akan kenal aku sebegini . Sampai jadi suami sendiri ? Kelakar nya .

Aku mahu ketawa melihat Jake setiap hari . Sambil itu aku fikir , bagaimana aku boleh bersama dengan dia .

Mesti lah aku sedar yang dia akan sentiasa sayangkan Hera . Tapi dia tahu aku , dia kenal aku . Aku tahu aku tak setanding Hera . Tapi kiranya aku pengganti Hera ?

Tapi sekarang Hera dah ada . .

Patut ke aku lepaskan dia ? Mak ayah aku mesti tidak kisah punya .

Diaorang tidak pernah kisah pasal aku . . Tanpa aku sedar perlahan mata aku tertutup di meja makan . Air mata mengalir perlahan .

Menyedihkan

-

" Sempurna . " Aku senyum melihat diri aku di hadapan cermin . Kali ini aku berketrampilan lain . Aku mengikat ala ala ribon di rambut aku . Baju aku pula gaun sut paras lutut warna putih hitam . Kasut but hitam dan tidak lupa kaca mata aku .

Terus aku bergegas ke kereta tanpa mengendahkan Jake yang baru sahaja bangun dan tidak dapat proses sama ada ni aku ke siapa .

Pantas Jake mengambil telefon bimbit apabila dia sedar yang itu isterinya . Bibir dia perlahan mengukir senyuman . Cepat dia sorok .

" Cantik nya . " Memang tak boleh tahan . Dia tetap tersenyum dan cuba untuk telefon Haesun tanpa henti .

Haesun terkejut mendengar telefonnya berdering kuat . Dia berhenti berjalan untuk menjawab telefon tersebut .

" Ya Jake ? "

" Pegi mana ? "

" Kenapa sibuk sangat nak tahu kau ni ? " Memuncung bibir Jake . Salah ke dia nak tahu perempuan itu menuju ke mana dengan pemakaian dia .

५ Another One - Sim JakeWhere stories live. Discover now