" Uhm so- " Haesun menguatkan bunyi hisapan chewing gum yang berada di dalam mulutnya . Sengaja mahu menganggu masa perbualan Jake dengan maknya .
" Haesun . Duduk sopan . " Bisik Puan Yang sambil mencuit pehanya . Haesun yang duduk bersila di atas sofa meringis kesakitan sebelum mengeluh duduk secara sopan dan tegak . Dia menjeling maknya senyap .
Lagipun bukan dia yang nak berjumpa dengan lelaki ini . Dia nak duduk terperap dalam bilik , lantak lah digelar koala ke monyet ke beruk ke asalkan dia dapat duduk dan baring di atas syurga tilam empuknya .
" And also Jake dah beli rumah untuk Jake dan Haesun duduk . " Terbeliak mata gadis itu . Dia mengetuk meja yang di tengah mereka .
Tajam dia jeling Jake .
" Aku tak nak duduk , tidur , makan , pagi hingga petang jumpa muka kau yang hodoh . " Haesun renung mata lelaki yang terkejut dengan perbuatan tidak sopam Haesun . Wajah mereka hampir dekat , dengan renungan tajam Haesun di pasang .
Hampir sahaja Puan Yang mahu memarahi kelakuan anak tirinya sendiri .
At least cuba lah pandai pandai jaga diri , sopan sikit . Dia mengeluh memicit kepalanya dan bangun untuk ke dapur minum segelas cawan .
Haesun masih pandang dalam mata Jake . Dia cuba memang sentiasa cuba menahan marah . Dia mengigit bibirnya dan duduk semula sebelum mendecit menyampah . Apalah , benci betul dunia ni dengan dia .
Sampai orang yang dia nak kahwin pun terbantut kena kahwin dengan orang yang dia suka dahulu ? I mean mungkin dahulu ? Tapi dia memang betul tak kisah pasal Jake . Noktah .
Dalam hidup dia Sim Jake adalah pengganggu yang menghancurkan segala hidupnya .
" Haesun , memang macam itu lah kehidupan selepas kahwin . Memang muka aku yang kau akan tengok . " Kening gadis itu dijungkitkan dan melihat wajah lelaki itu pelik belum sempat dia bangun untuk keluar rumah . Ayat Jake berhentikan langkahnya .
" Apa yang kau benci sangat dekat aku ni ha ? "
Gadis itu pusing memasukkan kedua tanganya ke poket hoodie nya . Dia tersenyum sinis , ketawa kecil dibuatnya apabila wajah tampan Jake membuat muka cemberut .
Haesun duduk di sofa dia semula hanya untuk memandang wajah Jake lebih lama . Entah kenapa dia berasa terlampau bosan sangat hari ini , nak keluar tapi entah kemana dia nak tuju .
" Ma- "
" Ma ?! " Terbeliak mata Haesun . Cepat betul dia ni . Belum kahwin dah gelar mak dia seperti mak diri sendiri . Entah Haesun ni mahu ke tak Jake kahwin dengan dirinya .
Puan Yang memukul bahu Haesun . Dia menjeling tajam anak perempuannya sebelum duduk di sebelah dia . Matanya teralih ke arah Jake , bakal menantu dia . Senyuman manis diukir .
" Ha apa dia nak cakap ? "
" Erm .. Teman wanita Jake macam mana ? "
Hendak tergelak Haesun mendengar ayat Jake . Ooohh dah ada makwe rupanya ? Tak sangka muka hodoh ni laku juga . Eh tak- mungkin dia ada guna sihir hitam . Tapi kalau dia guna sihir hitam Haesun mesti dah terpikat . Gadis itu menahan gelak .
" Mama buat syarat lagi satu . Korang boleh bercinta dalam kontrak perkahwinan ini . Setuju ? " Puan Yang menulis sesuatu di atas kertas .
Haesun yang sudah habis ketawa memikir sebentar . Idea tu macam bagus je . Tak dek lah dia rasa lonely sangat dengan orang macam Jake ni .
" Setuju . " Jawab Jake .
" Haesun ? "
" Setuju . "
-
Tergerak juga hati Haesun mahu menelefon adiknya . Tapi dia rasa macam tidak perlu- sebab jarang sekali gadis ini akan bersikap sayang akan adiknya . Sebab adik dia penyebab utama ayah dan mak tirinya makin bersama .
Haesun lama memandang kaca telefon bimbitnya . Perlu ke tidak-
Memang lama betul tidak mendengar khabar sang adik yang tengah belajar di Australia sana . Dia bangga akan adiknya yang pandai berdikari dan masih mahu tidak putus asa walaupun sedikit mana kasih sayang yang dia dapat untuk keluarganya .
" Hei . " Pintu biliknya berbunyi seperti ada orang di sebalik kayu itu. Mengerut dahi Haesun , sibuk pula Jake ni . Belum balik lagi ke dia ?
Pantas gadis itu bangun dan buka pintu memandang Jake tajam . Agak terkejut sebab benda yang pertama dia dapat adalah dadanya bukan wajahnya . Tinggi betul lah . Mendongak gadis itu .
" Nak apa ? " Dingin Haesun bertanya .
" Can we talk ? "
" About ? " Jake menggulingkan matanya ke atas dia menarik lengan gadis itu kasar . " Not at here . " Jake membawa gadis itu ke dalam keretanya .
Haesun terkelu . Agak menyampah tapi hanya sabar dan tenangkan diri . Tingkap kereta itu dia pandang , melihat setiap pokok yang berbeza bentuknya . Suasana kereta itu memang sunyi dan tegang .
Makin menyampah gadis itu . Apahal lah nak cakap benda tapi diam bisu jer . Sakit hati juga letak harapan yang lelaki di sebelah dia ni akan cakap lepas tu terus hantar dia balik rumah dia semula .
" Nak pergi mana ni ? Cepat lah cakap apa benda yang nak cakap sangat tadi . " Kasar suaranya .
" Aku nak bawa kau ke satu tempat . Sabar sekejap . " Suara kasar yang tadinya di balas dengan suara yang lebih kasar , dingin dan dalam .
Memang masing masing malas mahu melayan sesama sendiri . Diaorang berdua memang tak nak timbul apa apa perasaan juga cinta di hati masing masing . Diaorang dah berhajat kahwin dan buat seperti hidup biasa .
Seperti perkahwinan itu tak wujud .
" You know that , walaupun kita kahwin disebabkan kontrak . Kita perlu act macam suami isteri . Kawan aku dekat Australia sana dah dengar aku akan kahwin . Lepas kahwin dia nak makan malam dengan kita . So we must practice to act like a couple . " Haesun mendengus kasar mendengar ayat Jake .
" Kenapa tak berterus terang je yang kita berdua kahwin paksa ? Atas sebab kehendak keluarga ? " Pening gadis itu menyoal . Tak dek lah merumitkan keadaan .
" Nanti tak pasal pasal dia terpikat dengan kau- "
" Hello ?? Aku dengan kau pun tak terpikat lagi ni dengan orang entah mana aku berjumpa . Fikir sikit lah , aku bukan seteruk mana yang kau fikirkan . " Pantas Haesun mencelah .
Dia ingat gadis ini yang senang tergoda ke ? Lelaki tampan dan berduit macam Jake pun dia dah menyampah . Ni nak pula orang luar , memang sah sah dia tak kisah . Walaupun orang itu berminat akannya dia akan cuba jatuh kan minat itu dan buatkan orang makin benci akan dia .
Gadis itu kembali memandang ke luar tingkap . Nampak sudah samar samar seperti Jake membawa dia di sebuah sungai yang tiada penghuni .
Jake yang sedang memandu agak terkejut mendengar ayat Haesun . Dia tak sampai hati pun nak bersangka buruk macam itu . Cuma , dia rasa berdiam diri pasal kahwin paksa antara dia dan Haesun lebih baik . Cukup kawan rapatnya tahu .
Lelaki itu ingin membawa gadis di sebelahnya ini ke sebuah sungai yang dahulu dia selalu bawa mendiang Hera . Dia mahu melawat kerana dia suka tempat macam ini . Tenang dan damai . Tambahan pula sungai ini tiada orang yang lawat disebabkan keadaannya yang di belakang hutan juga dalam jalannya .
Berkerut Haesun , kemana pula Jake nak bawa dia ni . Jumpa bomoh ke apa ? Dia menggeleng buang perasaan negatif . Suka sangat fikir terlebih buruk .
YOU ARE READING
५ Another One - Sim Jake
Misterio / Suspenso᧙ enhypen malay fanfic ᠀ - status : completed ! original ch0ngmine 𓂅 ៹ 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢