6- Enemy

100 10 0
                                        

" Bapak kau , aku nervous gila nak mampos ni . " Memang tak nye lah aku tak nervous , lagi lagi hari perkahwinan dia . Mampu tercabut jantung aku . Belum lagi jalan mendekati Jake dah mahu pengsan dah ni .

Gaun putih yang dibeli oleh Jake dibelek-belek . Boleh lah cantik juga , pandai lah dia cari gaun yang tak terdedah sangat . Simple jer .

" Alah , Sekejap jer benda ni . Nanti bahagia lah kau sehingga ke German dengan dia . " Aku menjeling tajam Jihye yang bersahaja duduk tersenyum lebar . Nak ejek lah tu .

Dia pun sama , kahwin lambat juga . Aku kahwin dulu , hiks macam dah tua sangat ni kahwin dulu .

Pintu bilik dibuka tanda ada orang masuk . Aku perlahan memandang . Harap jangan Jake . Mana boleh dia jumpa aku dengan keadaan yang macam dah kucing hilang anak ni .

Oh , Sunghoon rupanya .

Aku menghela nafas , tenang sikit jantung ni . Lelaki tinggi lampai yang terlihat tampan memakai baju sut aku mendecit menyampah . Tak masalahnya ni , aku tengah tak tenteram ni . Cuba cepatkan sikit masa boleh tak , tup tup dah sampai rumah ke .

" Good luck on your first night . "

" Ew . " Geli aku pandang wajah Sunghoon yang senyum sinis .

Memang aku tidur kat bawah lantai lah , tak dek nak berkongsi satu katil dengan Jake . Pagi pagi dah tengok muka dia , mampu terkejut aku . Ingat pocong , rupanya suami .

" Taehyun datang tak ? " Aku tanya labuh kan punggung di sebelah Jihye yang khusyuk makan makanan yang tersedia di atas meja . Sunghoon angguk , dia tersenyum manis . Tangannya mengusap kepala aku lembut .

" Congratulations .. semoga bahagia . " Aku pandang kawan aku pelik , sebelum balas senyuman dia kekok dan mengumam perkataan terima kasih .

Kaki aku tidak berhenti bergetar . Tetamu yang ramai memang menunggu sudah kedatangan aku . Apakah begini juga perasaan Jake ? Oh , segannya nak bertembung mata dengan si dia .

Tak per Haesun . Sekejap je .

Aku menelan air liur .

" Diminta pengantin perempuan untuk masuk ke dewan . "

Dalam aku menarik nafas . Selepas sahaja ayah aku memberi aku ke Jake . Aku cuba mengelak pandangan dia .

Kenapa dia nampak tampan ??!?!? Oh tuhan aku tak boleh bertahan . Panas sangat keadaan sekarang ni .

Tangan aku digenggam kuat oleh Jake . Aku berdehem perlahan . Selepas sahaja masing masing mengungkap kalimah sah bergelar suami isteri. Ini lah masanya , masa yang aku paling takut .

Dikucup perlahan oleh si dia .

" Look at me , sayang . "

Mendengar panggilan yang dia gunakan . Hampir tercabut jantung aku yang sudah berdegup kencang . Apa sebabnya dia buat macam ini ? Adakah ini salah satu lakonan ? Semestinya ya Haesun .

Hati dia bukan milik kau . Hati dia masih milik Hera .

Aku cuba membalas pandangan Jake . Perlahan dia mengucup dahi aku , lembut dan perlahan . Terasa nafas hangat dia di dahi aku .

Aku tak patut jatuh cinta dengan kau , Jake . Aku akan sentiasa bencikan kau .

-

Badan aku laju merebah di atas katil . Lantak lah Jake nak kata apa pun . Aku tengah penat ni . Sakit belakang aku duduk tegak sambil melayan tetamu .

Pantas aku menarik selimut dan tidur dalam berkeadaan masih lagi berbaju gaun pengantin dan solekan yang tak ditanggal . Aku keluh lembut sebelum mata dipejam .

५ Another One - Sim JakeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang