Damai betul sungai ini . Hanya terdengar ombakan dan percikan air sungai . Sungguh tenang dan menyegarkan minda . Haesun tidak pernah rasakan seperti ini , hidup yang tenang . Dia mahu sahaja terlelap .
Cuaca yang tidak begitu panas tidak begitu sejuk , dia membuka hoodie nya yang sudah empat hari pakai corak bintik yang sama . Bukan malas mahu basuh , tapi sayang mahu tukar . Lagipun koleksi hoodie dia tidak banyak , nak beli pun malas betul nak keluar rumah .
Mata Haesun tercari cari mana Jake . Tadi ada lah waktu nak turun dari kereta , jalan jalan tiba tiba lelaki itu suruh Haesun duduk di atas batu yang besar ini . Lepas tu hilang entah kemana .
Gadis itu fikirkan sesuatu . Mesti ada benda yang related dengan apa yang Jake lakukan ini . Semestinya pasal gadis kesayangan dan tersanjung lelaki itu , Hera . Haesun tahu , dia masih tak berhak hati Jake . Dia tahu bertapa sayangkan lelaki itu dengan Hera .
Gadis itu bak bidadari , sempurna di luaran juga dalaman .
Dia benci akan ini , tapi dia cemburukan gadis itu . Gadis yang sudah tiada di bumi ini . Entah kenapa dia cemburukan gadis itu .
" I wish i were her .. "
Pandangan gadis itu bawah melihat air sungai yang jernih . Gatal juga kaki dia mahu merendam , tapi dia tak nak . Rasa malas pula . Mata dia beralih melihat Jake yang duduk di batu berhadapan dengan dia . Namun badan lelaki itu pusing memandang sungai .
Haesun menghiraukan apa yang lelaki itu buat . Dia sambung termenung memandang air sungai .
" Who ? " Kening kanan Haesun terjungkit .
" Who ' her ' ? "
Haesun menahan gelak . Perlu ke lelaki itu ambil tahu ? Semestinya tidak . Hal dia , tiada siapa perlu ambil tahu dan tanya benda yang sama . Menyemak betul .
Jake mengeluh . Pantang betul gadis ini dengan menjawab soalan soalan yang dia tuju . Dia tersalah kata ke ? Mampu mati lah dia macam ni kahwin dengan gadis seperti Haesun . Hari hari bercakap dengan patung , tak patung macam tiang .
Gigit kuku lah dibuatnya .
" Tempat ni dulu .. aku selalu pergi dengan orang yang aku paling sayang . " Entah kenapa ayat itu buatkan Haesun berbunga dan penuh dengan rama rama di perutnya .
Dia maksudkan yang gadis ini orang yang dia sayang ke ? Haesun tersenyum kelat , mengeluh dengan fikiran dia yang melayang sangat . Orang seperti dia tak berhak untuk disayangi . Dia dilahirkan untuk berseorangan . Walaupun dia sudah berkahwin dia tetap akan berseorangan , sebab sah lagi betul yang Jake tiada hati dengan dia .
" Kenapa bawa aku ? Kenapa tak bawa dia ? " Sengaja mahu tanya soalan begitu . Takut Jake tahu yang dia sudah kenal lelaki itu dari dulu lagi .
" Dia dah tak dek . " Haesun menarik nafas .
Hera .. dah tak dek ?
Bergetar bibir Haesun mahu membuka mulutnya . Dia rasa bersalah . Dia mahu minta maaf tapi tidak dapat mengeluarkan ayat itu .
Dia tak tahu gadis yang lelaki itu sanjungi sudah tiada . Dia ingat yang Hera masih dengan Jake . Dia ingat teman wanita yang Jake katakan itu adalah Hera . Hancur luruh hati dia . Dia masih inginkan Jake .
" Tak pe lah .. but ini lah tempatnya . " Haesun faham kenapa Jake suka dengan suasana seperti ini . Nyaman dan tidak mudah kena ganggu .
Mereka habiskan masa duduk di sana . Tetapi banyak kata kata dan mukut dibuka oleh Jake . Gadis itu hanya berdiam diri dan senyap menikmati suasana yang dia inginkan . Walaupun suara Jake menganggu dia punya ketenangan tapi apakah daya ? Lelaki itu juga yang membawa dia datang ke sini .
Satu persatu ayat yang Jake keluarkan dia hirau . Terlampau jatuh hati dengan suasana .
Haesun baring di atas tikar yang Jake baru sahaja aparkan . Mata dia memandang awan yang berarak berjalan ke arah lain . Kagum .
Jake yang selesai sahaja mengemas bakul makanan yang dia bawa . Dia baring di sebelah Haesun . Sama sama memandang langit biru yang luas . Yang dihiasi dengan awan .
Mereka terlelap buat seketika .
-
" Sunghoon , kenapa aku macam pernah dengar nama Haesun eh ? Yang Haesun . " Jake melabuhkan punggung nya di sofa yang berhadapan dengan Sunghoon . Mereka berdua di pejabat Jake , saja mahu menghabiskan masa bersama .
" Oh , kau tak kenal ke dia ? " Tidak percaya , Sunghoon bertanya . Jake perlahan geleng. Betul dia tidak kenal gadis itu , dia hanya pernah dengar nama tapi muka tidak berapa nak terang di ingatan nya .
Sunghoon mengeluh . Jenis kawan dia ni tidak boleh dipercayai betul lah .
" Dia gadis yang duduk kat belakang kelas kita tu . "
" Wait ?? Haesun ? Yang Haesun tu ? " Terkejut lelaki itu , hampir terjerit nada suaranya .
Sunghoon angguk sambil mengurut batang hidungnya . Boleh tercabut hidung dia dengan suara jeritan Jake .
" Yes . Yang pendiam tu . " Alangkah terkejutnya dia . Seperti pantas dan laju memori sekolah dahulu dia dimainkan .
Memang adalah Haesun tapi bukan semua , kebanyakan hanya Sunghoon yang sebutkan nama gadis itu . Woah- apa yang dia dah buat dalam hidup dia sampai gadis sekelas dengan dia , dia tak perasan ?
Betul ke dia ni ?
Tangan dia masih menekup mulut . Masih tidak percaya . Terlampau bodoh ke terlampau malas ? Ke dua dua . Rasanya dua dua , tapi bodoh tu lebih .
Dia masih tertanya tanya dengan gadis seperti Haesun itu . Dia tersenyum lebar apabila teringat yang dia akan kahwini gadis itu . Dia mahu tanya lebih lanjut .
Dia mahu selidik latar belakang dia .
Dia menarik akan gadis itu .
Kenangan semalam agak manis baginya . Melihat Haesun terbaring dengan mata terlelap sungguh cantik dan tenang di lihat . Dia seperti terpegun dengan wajah gadis itu .
Mesti lebih cantik kalau dia senyum .
[ author ]
so senyum lah
ANDA SEDANG MEMBACA
५ Another One - Sim Jake
Mystery / Thriller᧙ enhypen malay fanfic ᠀ - status : completed ! Sequel Heather " Susahnya nak buat kau jatuh cinta kat aku " " No one will replace her " original ch0ngmine 𓂅 ៹ 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢
