" Mak kau pun sama je rampaskan ayah aku . " Haesun bertindak untuk menumbuk wajah gadis itu namun dia sempat elak.
" Your mom are the most cruelest person ever . " Sinis , Eunsoo berkata sebelum memegang pergelangan tangan Haesun . Ketat dan kuat .
Mata Haesun tertancap pada adiknya yang merengek seperti baru bangun dari tidur .
" Lepaskan adik aku . "
" Haesun ? " Suara letih adiknya bergema perlahan di seluruh kilang .
" Ingat Eunsoo , kita berdua adik beradik . " Di hujung bibir gadis itu terjungkit mengatakan ayat yang buatkan musuhnya membuak buak marah . Mak tirinya adalah mak Eunsoo . Memang dia benci akan perkara itu tetapi demi arahan ayahnya dia tidak pernah sesekali menganggu wanita itu .
Cuma wanita itu mengganggu nya .
" Ayah kau punya company dan suami kau . "
" Ha ha ha ha ha , suami aku ? Tak dek makna aku nak kasi kat tangan kotor kau ! " Dia meniup menyebabkan rambut musuhnya kebelakang . Haesun mendengus geram .
" Yan , kau uruskan Jake . Aku akan hapuskan betina ni . " Dia hanya boleh percayakan suaminya untuk berdikari sendiri . Tolong , Heeseung datang sekarang .
Kaki Eunsoo cepat ingin menyepak lutut Haesun . Gadis itu tersungkur melutut . Dia meringis kesakitan sebelum bangun menghadap Eunsoo yang bersedia mahu belasah dirinya .
Sekejap dia berpaling melihat suaminya yang sedang payah menumpaskan orang belakang Eunsoo . Dia mendecit , pantas dia kearah Eunsoo . Tindakan dia ingin memukul tekak nya di elak oleh Eunsoo , Haesun tidak berputus asa dia buat aksi yang sama sehingga masa dia tumbuk wajah gadis itu hingga berpaling ketepi .
Darah mengalir dihidung Eunsoo . Haesun ketawa berpuas hati .
" Nak lagi ? " Haesun senyum sinis . Musuhnya yang terlutut di bawah menackle kakinya membuatkan wajah dia tersungkur mencium lantai . Dia menarik hembus nafas yang panjang sebelum bangun .
Eunsoo menumbuk perutnya , Haesun memegang perut yang menjadi mangsa tumbukan gadis itu . Eunsoo masih tidak berpuas hati , dia mahu hancurkan wajah musuh ketat dia . Dia seperti sudah dirasuk , membuak buak amarahnya .
Tangan dia hampir menampar pipi Haesun namun gadis itu sempat merentap tangannya . Dia menyepak perut Eunsoo menggunakan kaki kirinya dan bangun pantas . Melihat Eunsoo yang terbaring dia pantas ke arah lelaki tegap yang tidak mahu kalah . Bahu yang tegap itu dia rangkul dan cepat mengcekik tekaknya . Lelaki itu meronta ronta mahu dilepaskan . Cepat Jake mengambil papan besi yang dia jumpa dan memukul wajah bengis lelaki yang ganas itu . Sempat sebelum badannya tumpas lelaki tegap itu menyiku perut Haesun yang masih sakit . Dia menjerit kesakitan .
Haesun turun dari belakang sebelum badan lelaki itu tewas . Dia tersenyum sinis kemenangan . Sebelum kembali memegang perutnya .
Eunsoo yang masih tidak boleh berdiri dia pandang .
" Haesun ! " Taehyun dan Heeseung yang baru sampai dia memapah Jungwon yang masih lemah pergerakan badan dia .
" Bawa Jungwon ke kereta . "
" Diaorang nak buat apa ni ? "
" Kita tinggalkan mereka . " Tegas Heeseung menjawab . Sunghoon yang tercedera di papah oleh Jihyo .
Risau Haesun masih memegang perutnya yang tidak hilang lagi sakit , dia kearah Sunghoon .
" Kau cedera dekat mana ? "
" Perut hehehe " Haesun mendengus apabila kawan lelakinya masih boleh tertawa dalam kesakitan dan keadaan yang teruk . Jake yang mengutip pistolnya yang terjatuh lelaki itu ambil dan masukkan di poket .
Tidak sangka dan masih keliru dengan situasi yang berlaku .
Haesun memaut lengan lelaki itu dan membawa dia ke kereta mereka .
-
" Argh ! " Gadis itu meringis kesakitan apabila dia merebah badannya ke katil tetapi masih rasa sakit di perut .
Pulang sahaja dari perbalahan tadi . Haesun mahu Jungwon duduk di rumah bersama dengan Heeseung . Kalau nak bawa balik dekat rumahnya mahu runtuh rumah dengar sesi lawan mulut antara adik dan kakak .
Jake menanggalkan kotnya sebelum duduk di birai katil , memandang wajah Haesun yang merenung siling putih biliknya .
" Kau tak payah bangun . Kata je kat aku , kau nak apa . Aku ambilkan . " Jake bangun apabila sudah mengarahkan isterinya supaya duduk baring di atas katil . Dia pantas ke dapur untuk membawa ais yang akan dituam di bibir lebam Haesun dan beberapa air mineral . Jake mengambil beberapa buah mangga untuk dipotong .
Gadis yang terbaring hanya diam , tidak mahu membantah arahan Jake . Lagipun , dia memang penat mahu bangun .
Sambil menunggu lelaki itu , dia bangun mahu membersihkan diri dengan berhati hati .
Daun pintu di buka perlahan oleh tidak lain dan tidak bukan Jake . Dia menjungkit kan keningnya , kemana pula si Haesun ni . Pintu bilik tandas dibuka terlihat wajah lemah gadis itu sudah siap mandi . Rambut dia yang masih basah membuatkan keadaan dia macam orang yang tidak sihat .
Jake mengeluh . Dia kearah meja katil dan menunggu isterinya siap pakai baju.
Sudah berapa minit , pasangan suami isteri ini tidak bercakap langsung . Masing masing menutup mulut dan tidak mahu berkomunikasi . Haesun yang sedap makan buah hanya memandang televisyen yang menyiarkan saluran yang dia tidak tahu .
Lelaki yang di sebelah nya hanya termenung sekejap memandang tv sekejap memandang isterinya . Dia bosan .
Nak tidur pun masih awal . Baru pukul 9 malam . Jake menelan air liur sebelum memulakan perbicaraan .
" Sakit lagi ke ? " Suara maskulin suaminya mengambil perhatian .
Gadis itu tunjuk perutnya dan perlahan geleng . Memang dah kebah cuma kalau bangun rasanya akan sakit kembali lah .
" No i mean your heart . "
Kening kiri gadis itu terjungkit . Dia mengemam bibir . Sakit . Sangat sakit . Lagi lagi apabila ingatkan kisah silam dia dan ibu bapanya . Dia hampir bunuh diri kerana stres tentang itu . Dia hanya cuba tolak dan berbuat baik . Supaya tidak merisaukan- no supaya tiada siapa kasihani dia . Dia benci orang yang kasihan akan dia .
" No . Im okay . "
" Kau simpan cincin kahwin kita kat mana ? " Pertanyaan Jake dijawab dengan bibir yang dijuih ke almari besar .
" Dalam kotak kecik . " Pinggan yang sudah kosong dia letak di night stand dan ralit memandang badan belakang suaminya .
" Pakai . " Cincin perak Jake hulurkan . Haesun hanya angguk perlahan dan sarungkan cincin itu di jari manisnya .
" Bahagia ? " Dia tunjukkan tangannya dengan senyuman paksa . Jake tersenyum sinis sebelum angguk .
" Terlampau bahagia . "
" Kau suruh aku duduk by your side . Tapi kau yang tinggalkan aku . " Haesun menahan gelak mendengar ayat Jake .
" Only I can disobey the instructions I gave "
[ author ]
for next update lambat lagi yaa , sorryy !
ANDA SEDANG MEMBACA
५ Another One - Sim Jake
Mystery / Thriller᧙ enhypen malay fanfic ᠀ - status : completed ! Sequel Heather " Susahnya nak buat kau jatuh cinta kat aku " " No one will replace her " original ch0ngmine 𓂅 ៹ 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢
