9- Forgive

53 8 0
                                    

" Kau masih tak boleh lupakan Hera , don't you ? " Jake sekilas memandang Sunghoon yang risau wajahnya.

Betul , dia tidak boleh lagi lupakan gadis pujaannya .

Perlahan Jake gelengkan kepalanya . Menghembus nafas supaya kekal tenang . Dada dia yang sebak juga sedih akan kehilangan orang yang dia cintakan .

Dia tak tahu apa yang terjadi . Dia seperti tidak boleh lupakan gadis itu . Dia macam mahu gadis itu masih hidup dan berada di sisinya .

" Aku tak boleh hoon . Sebanyak mana aku cuba untuk lupakan Hera . Aku tak boleh . Aku masih sayangkan dia . " Jake meraup wajahnya kasar .

" Ya , aku tahu kau masih sayangkan dia . Tapi cuba tolak ego kau dan cuba cintakan Haesun . Dia isteri kau . "

" Aku cuba Sunghoon . Aku tengah cuba . " Perlahan lelaki itu bernafas . Nafas dia ternyata laju dan kuat.

" Tapi dia terlalu keras hati .. beku orangnya .. "

Sunghoon mendengar sahaja ayat yang di tabur dari mulut kawannya . Bahu dia disentuh perlahan . Terkejut melihat kelibat Haesun .

Gadis itu menyuruh Sunghoon bangun dan tinggalkan mereka berdua sahaja . Lelaki itu angguk patuh .

Selepas sahaja memastikan Sunghoon hilang dari pandangan dia .

Dia mendengar ayat yang Jake mahu keluarkan lagi .

" Macam mana aku nak cairkan hati dia hoon ? Aku tak pandai nak cairkan hati perempuan .. tambahan aku yang bersikap dingin dengannya . " Haesun mengeluh .

" Mungkin kita tak payah nak cintakan satu sama lain . Aku tak kisah kalau kau tak sayangkan aku pun . " Dingin gadis itu berkata . Tersentak Jake dia memandang Haesun yang duduk bersilan tangannya di dada .

Padangan gadis itu menghala ke televisyen .

Jake menelan air liur kelatnya . Dia menahan diri mahu bersikap lemah terhadap isterinya . Entah kenapa sikap dingin gadis ini satu persatu buat kan dia sakit .

" Tapi aku nak- "

" Hera dalam hati kau Jake . Jangan berubah hati dari dia . Tunggu kau jumpa orang yang betul betul buat kau rasa macam kau dengan Hera . "

Dahi Jake berkerut mendengar kenyataan Haesun .

" Jake , aku tak layak disayangi . Jangan sayang aku . "

-

Lelaki itu dari tadi diam tidak bercakap dengan isterinya . Dia marah akan ayat yang Haesun katakan .

Bagi dia semua orang layak disayangi . Sejahat mana pun orang itu .

Haesun yang baru sahaja siap mandi terkejut melihat lelaki itu yang duduk di atas katilnya . Salah bilik ke ni ? Cukup cukup dia buat bilik , sorang untuknya , sorang lagi untuk Jake . Tubuh badan tegap Jake dihampiri .

Dia terdiam melihat wajah lelaki itu yang mencebik berkeadaan merajuk .

" Jake , ni bukan bilik kau . "

" Suami dan isteri berhak untuk tidur bersama sama . Kalau tak nak berdendam dengan suami sendiri tidur dengan dia . " Gadis itu mengerutkan dahinya . Sejak bila yang suami dia ni pentingkan akan bab bab kahwin ni . Ingat ke dia akan bebas kalau dah kahwin jauh dari keluarganya .

Oh lupa , Jake itu pengganggu hidup dia .

Dia mengeluh , perlahan mengambil bantal dan selimutnya sedia untuk keluar , tidur di ruang tamu . Kening Jake terjungkit melihat tindakan Haesun . Tak silap , mulutnya kata yang dia nak tidur dengan isteri dia tapi ini makin jauh pula.

" Lantak lah perempuan tu . Beku sangat . " Terlihat nada lelaki itu menyampah . Keras hati betul lah isteri dia sorang tu . Nanti cari isteri baru kang .

Haesun mencari sofa yang akan menjadi katil tidurnya . Dia mengeluh . Dia tak nak pun tidur dekat ruang tamu ni , dia takut sebenarnya . Tapi tak kan lah nak paksa Jake yang degil dan dalam keadaan merajuk pasal apa entah itu tidur dengannya . Memang dingin dan tak kan tidur lah mereka berdua .

Gadis itu berdiri merenung bantal yang di pegangannya . Dia berfikir apa yang dia mahu buat .

Bibir Haesun tersenyum senget .

Keluar dan minum .

Pening kepala gadis itu mendengar lagu yang di pasang oleh dj sangat kuat . Jarang dia nak pergi kelab malam di negara lain selain negaranya , memang berbeza sangat . Lagipun dekat sini ada lah mat saleh yang aum wajahnya , perempuan murahan yang tergedek gedek mencari lelaki godaannya .

Haesun meneguk air alkohol yang baru sahaja dia order . Dia perit memejam mata , air itu seperti panas di dalam tekak nya . Namun perasaan itu bertukar dengan lebih segar . Dia tersenyum lebar .

Kerusi dia memusing pandang seluruh keadaan di kelab malam ini . Dia bagai sudah mabuk , ketawa keseorangan .

" Hei pretty girls . " Seorang lelaki yang berbadan tegap juga memiliki wajah yang tampan merangkul pinggang Haesun . Tersentak gadis itu , dia cuba menghalang tangan besar itu dari memegang dia tanpa kebenaran . Dia jijik sedikit .

" Ey chill .. anyways you don't want me ? "

" Tsk .. my husband more better than you ! " Tepis Haesun cuba mahu menumbuk lelaki itu . Tetapi dengan tenaga yang sudah sedikit dia tidak dapat menumbuk dengan kuat , hanya buatkan lelaki ibarat orang inggeris itu marah menyampah .

" Oh . Already have a husband ? So where your husband ? " Lelaki itu memegang kedua pipi mulus Haesun . Kasar gadis itu mahu mempertahankan dirinya , tidak mahu disentuh oleh lelaki gerangan .

Tiba tiba mat saleh yang tidak berputus asa mengorat Haesun itu menampar pipi gadis itu . Apa lagi ? Terlopong lah Haesun , dia memegang pipinya yang terasa pedih . Bibir dia pecah akibat tamparan yang kuat .

Orang sekeliling berhenti menari dan menikmati apa yang mereka lakukan , hanya tumpuan pada Haesun dan lelaki pelik itu .

Haesun senyum sinis . Dia ingat gadis itu akan berlari menangis ke ? Tidak . Melihat muka bengis orang lelaki tegap dihadapannya , mahu sahaja dia lunyai lunyai kan .

Baru sahaja selangkah lagi kearah mat saleh itu , lengannya direntap kasar . Dia mengadu dan menjeling tajam tuannya .

Terbeliak biji mata melihat wajah beku Jake . Pandangan lelaki itu memang tepat tepat , dan dalam pada lelaki yang sudah pelik .

" Oh- that's your girl . Im sorry " lelaki itu laju bertunduk hormat tanda seperti meminta ampun. Jake hanya mendecit sebelum mengangkat Haesun ke belakangnya yang sudah terlena di lantai .

Jake masih diam . Gadis dibelakang dia masih tidak henti bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah dan tak masuk akal. Haih , pelik lah sekejap boleh jadi baik sekejap boleh jadi beku .

" Oh lagi satu . Kau nak tahu tak ? " Haesun yang berkeadaan mabuk , memandang sisi wajah suaminya .

" Apa ? " Nada lembut Jake bertanya .

" Taehyun lookin fine sejak kebelakangan ni . And .. dia juga sangat caring dekat aku . Fuh dengan skill dia tu . Oh cekik saya abah . " Mampu merah wajah Jake mendengar kenyataan isterinya . Yang betul keluar di bibir Haesun .

Memang dia tahu , mabuk orang akan bercakap perkara yang tak berfaedah tapi dia tahu juga yang mabuk akan buatkan seseorang jujur tentang benda .

Tangan Haesun mengeratkan lagi , peluk tengkuk suaminya .

" Tapi suami aku lagi cool dari dia . "

[ author ]

comel gila weh

५ Another One - Sim JakeWhere stories live. Discover now