2; tiba tiba

608 11 0
                                    

"Hah kau Nawra bila nak kahwin?". Tergelak aku bila mama tanya soalan macam tu dekat Nawra. Member tu dah la baru lepas break dengan kekasih hati. Datang rumah, kena soal siasat dengan mama.

"Ish makcik ni! Daripada makcik tanya saya, baik makcik tanya Seroja tu. Dah tua bangka pun memilih lagi"

Nak aja aku baling minyak wangi ni biar headshot, benjol kepala. Apa tiba tiba mention nama aku.

"Dah jom. Kang lambat pula. Nak singgah watson lagi. Risau sesat dalan tu nanti"

"Kami gerak dulu makcik. Pakcik". Sebaik sahaja kami berdua menyalami mama, terus bergerak ke watson berdekatan. Haritu nampak ada sales, alang alang tu Nawra nak beli moisturiser dia.

"Kau tak kesian ke dekat mak kau?". Aku kerutkan dahi. Cuba memproses soalan yang dilemparkan Nawra.

"Maksudnya apa?"

"Mak kau nak menantu lelaki". Berguling mata aku keatas. Kalau nak sangat, tunggulah Bunga nanti. Dapatlah satu!

"Kak long ada"

"Ish bukan menantu perempuan! Lelaki". Nasib baiklah aku ni manusia biasa je. Kalau Hulk, dah lama aku cabut rak ni lepastu hempuk Nawra. Cakap tak serupa bikin. Mak dia hari hari membebel nak menantu, tak ada pula aku bising!

"Cepatlah bayar. Aku nak singgah family mart beli air. Panas pula tekak aku ni. Macam mendidih didih!"

"Ceh terbakar la tu. Banyak dosa"

Fuh sabar Seroja sabar. Tak sabar kang, beraya dalam lokap nanti.

"Ha! Kelakar betul!". Nak mengamuk juga aku bila peti yang biasanya penuh dengan frape tiba tiba kosong. Biasanya tinggal lah juga beberapa perisa tapi ini kosong! Apa ada orang borong satu peti ke apa tadi!?

"Hahahaha air kau takde". Ejek Nawra.

Ya Allah kau tebalkan iman aku harini. Tak mahu nyawa satu satunya sahabatnya itu hilang.

"Beli ayaq bunga ja la"

"Buat apa? Mandi bagi dekatkan jodoh ka?"

Tak cakap banyak, memang kat situ juga aku sepak bontot dia walaupun kedai sesak dengan orang

---

"Spicy Aglio olio chicken. Okay tu ja". Aku sandarkan badan ke belakang dan on telefon. Kot lah ada yang mencari tapi aku tak perasan. Leh

"Weh adik aku nak guna kereta". Adu Nawra. Kacau daun lah adik dia ni. Daripada zaman motor ke zaman kereta. Bukannya tak ada kereta lain dekat rumah dia. Ada je! Dua lagi.

"Biar lah dia. Serabut aku". Sudah la Nawra kerja luar KL jadi susah untuk kami berdua keluar berdating macam ni. Lainlah aku join dia pindah Kelantan hehehehe.

"Weh tu telefon kau bergetar". Terus aku angkat call daripada Bunga. Ni pun satu hal. Bagi aku keluar rumah dengan aman boleh tak?

"Maaf tak terima sebarang order"

"Tak nak order pun". Aku dapat dengar bunyi bising di belakang Bunga. Jangan kata mama ajak kawan dia datang, lepastu tak cukup tangan lepastu nak suruh aku balik. Ah sh sh tak nakkkk.

"Hah dah tu nak apa?"

"Balik sekarang". Wah! Panas sungguh hati saya. Sesuka hati je suruh aku balik.

"Bunga. Akak baru order makanan. Kerusi yang akak duduk ni pun tak sempat panas lagi. Kau ni sengaja buat aku panas ke apa? Dah kalau tetamu mama datang tu, layan je lah. Suruh Melur buat kerja sekali. Kau tarik je rambut karat dia tu"

Okay sejujurnya aku cemburu dengan Melur sebab mama dengan ayah bagi dia warna rambut sedangkan masa zaman aku dilarang sama sekali. Padahal aku pakai tudung kot.

"Ini bukan tetamu mama. Ini tetamu kau". Pelik. Aku tak ingat pula aku ada ajak orang datang rumah. Act, aku tak pernah bagitahu rumah keluarga atau rumah aku sendiri dekat sesiapa. Musykil!

"Pahal". Sibuk Nawra. Dia nampak lah kot muka aku macam nak makan meja. Geram.

"Haha kelakar kau ni Bunga. Aku memang takkan balik selagi aku tak puas dating dengan Nawra"

"Oh tapi ada orang masuk meminang kau ni. Kira setuju lah ni? Ma! Kakak kata on"

"HOI HOI HOI SABAR-". Tak sempat aku nak minta penjelasan, panggilan ditamatkan dramatically.

"Kau pahal?"

"Jom balik weh!"

Pinang Where stories live. Discover now