"Jadinya Seroja ni nak kahwin ke tidak?". Terkelip kelip mata Seroja bila ibu yang tanya soalan tu. Jangan kata kalau aku nak lambatkan, nanti ibu kenen Ezhar dengan perempuan lain? OH NO NO NO!
"Nak!". Semangat jawab soalan ibu sehingga melayang buah pear yang berada diatas tangan orang tua itu.
"Hehe sorry". Seroja kutip semula buah bear yang jatuh diatas katilnya. Ibu pula hanya tersenyum dan sambung potong buah macam tiada apa yang terjadi.
"Ibu kalau boleh tak nak paksa Seroja. Ezhar pun pernah bagitahu yang dia akan sentiasa tunggu Seroja. Whenever you ready dear". Buah yang telah kemas dikupas dan dipotong, diletakan di atas pinggan.
"Ye ke? Ezhar tak pernah cakap macam tu pun dengan Seroja?". Ibu terdiam. Seroja pula tak habis habis sumbat buah pear kedalam mulutnya.
"Ezhar nak cakap macam tu kat ibu? Hm hampeh. Ibu curi curi dengar masa Seroja tak sedarkan diri. Eh nak tahu tak?"
Maka kami berdua menghabiskan masa dengan mengumpat dan mengutuk Ezhar sekeras kerasnya.
"Esok Seroja dah boleh balik kan? Singgah kejap rumah ibu". Aku kalau boleh nak balik terus. Tak suka tinggalkan rumah lama lama tanpa penghuni. Walaupun nampak macam selalu aku ada dekat rumah along, tapi aku balik juga sekali dua tapi bulan ni terlalu sibuk sampai tak ada masa nak jenguk rumah. Tapi takkan nak tolak pelawaan ibu? Entah bila lagi boleh jumpa ibu.
"Nanti Seroja tanya driver Seroja". Tak lain tak bukan sudah semestinya Ezhar.
Ikutkan Fiy nak hantarkan orang untuk ambil aku tapi Ezhar berkeras tak mahu kekasih hati dia dijaga orang lain. Makanya dia lari keluar sekejap untuk pungut aku dan hantar pulang ke rumah.
"Tak boleh pakai driver Seroja tu. Ibu ni sihat lagi nak kehulur kehilir Seroja. Biar ibu je yang ambil dan hantarkan Seroja balik"
"Eh tak sedap lah bu". Sudahlah ibu sanggup habiskan annual leave untuk aku, menantu yang tidak tahu akan menjadi menantu atau tidak.
"Seroja—"
"Jangan dipaksa budak tu kalau dia tak mahu". Muncul suara garau dari arah pintu masuk. Alhamdulillah, suaminya datang menyelamatkan aku. Suami aku? Eh tidak, suami ibu.
"Tapi bang nanti Ezhar nak kahwin baru kita boleh tengok muka Seroja ni". Ibu tekup kedua pipi aku dan telengkan kearah suaminya. Terjuih bibir aku kedepan.
"Biar Ezhar selesaikan masalah dia. Tak perlu kita masuk campur dalam hidup dia". Tegas sahaja suaranya menyebabkan bulu roma aku meremang. Nasib baik ayah tak setegas ni kalau tak mau menangis juga hari hari.
"Hm yolah"
Minit dan jam bertukar tempat sehingga tamat waktu untuk pelawat habiskan bersama insan yang tersayang. Sekarang ni tinggallah aku berseorang di dalam wad. Nak buat apa pun tak tahu apatah lagi nak keluar jalan jalan area hospital ni.
"Rindu—"
Aiya ya I'm little butterfly
Laju aku melompat atas katil dan cari telefon bawah bantal. Gotcha ! Tanpa berfikir panjang aku terus angkat panggilan telefon tersebut.
"How's your day honey?"
Alangkah indahnya kalau Ezhar betul betul ada dekat sebelah aku sekarang. Peluk ciu— EUW HARAM! NO SEROJA!
"Honey?"
"Y—ye ada ni. Okay je tadi ibu datang jenguk"
Diam tak bersuara. Pantang aku sebut ibu dia terus diamkan diri. Tak tahu nak borak apa ke?
"Ibu datang sebab nak suruh saya balik rumah dia kejap. Katanya selagi awak tak kahwin, selagi tu dia tak boleh jumpa saya"
"Cause you don't need to. Honey you need something else? Perhaps food? Melur cakap awak tak nak makan makanan hospital harini sebab craving buah pear"
Nak aja aku tendang bontot si Melur. Mentang mentang Bunga dengan Fiy honeymoon berbulan bulan, terus dia tak ada tempat nak bergosip. Memang lepasni aku sebarkan gambar aib Melur masa harijadi dia nanti.
"Tak apa ibu dah bawakan petang tadi"
"Why am I keep losing to her?"
Apa yang menyebabkan Ezhar benci terhadap orang tua itu? Bagi aku dialah ibu yang ramai orang inginkan. Memahami, menyayangi dan selalu sokong apa yang anak anak dia buat. Meskipun hubungan ibu dan Ezhar sekadar ibu tiri dengan anak tiri tapi tak pernah sekalipun aku dengar Ezhar burukkan ibu. Ataupun Ezhar sendiri yang ingin menutup aib ibu.
"Kenapa awak tak suka dengan ibu?"
"Cause she's the reason my mother die"
- - -
Ezhar Bin Esmael, anak kedua daripada dua orang anak Esmael menjadikan dia anak bongsu. Mempunyai seorang abang yang baik dengan beza umur sebanyak 10 tahun. Tidak menjadi asbab bagi mereka berdua untuk tidak berbaik seperti adik beradik yang lain.
"Ibu tengok ni abang dapat A-!" Sebagai seorang ibu sudah semestinya dia bangga tapi memperlihatkan anak anak rakannya yang lain jauh lebih baik berbanding anaknya, menyebabkan dia tidak puas.
"A- je? Ezhar umur 6 tahun dah mampu buat darab dan bahagi. Apa yang nak dibangga sangat dengan A- abang?" Kecewa tapi tidak menyebabkan semangatnya patah.
"Abang Eidhar okay?" Tanyanya dengan muka yang polos. Dilihat meja belajar abangnya berselerak dan buku buku kebanyakan berada diatas lantai.
"Abang okay". Ezhar ditarik masuk kedalam pelukan seorang abang. Dia yang tidak tahu apa apa dan hanya mahu abangnya terus berada disisinya hanya mendiamkan diri.
"Ezhar boleh buat lebih bagus daripada kau!"
"Ezhar lagi pandai"
Ezhar itu dah Ezhar ini. Sedang rakan rakan sebaya Eidhar bergembira diluar rumah, dia pula sedang sibuk mengulangkaji bab yang belum diajar guru. Cuba untuk mencari secebis rasa sayang ibu terhadap dirinya.
"Sudah Anisah! Kalau awak terus menerus layan Eidhar macam ni saya tak teragak agak untuk ceraikan awak!" Marah si suami
Dan dengan itu semuanya berakhir. Eidhar tidak lagi dimarahi ibunya malah keputusannya menempatkan dia ditempat pertama disekolah. Ibu mana yang tidak bangga dengan pencapaain yang cemerlang begitu bukan?
"Eidhar belajar dekat universiti nanti jangan lupa ibu dengan ayah dekat sini. Belajar elok elok". Eidhar hanya tersenyum dan perhatiannya dialihkan kepada satu satunya adik yang dia ada.
"Janji dengan abang yang Ezhar akan jaga ibu dengan ayah. Boleh?"
"Boleh!"
Walaupun hidup serba serbi kekurangan, Eidhar berjaya juga menjejakkan kaki ke dalam dunia universiti seperti rakan rakan yang lain.