"cantiknya anak mama!". Puji mama sebaik sahaja aku turun daripada tingkat atas, dimana terletaknya bilik aku. Aku tak tahu nak bagi reaksi apa sebab mama dengan ayah memang jarang puji anak anak dia.
"Memanglah cantik, isteri Ezhar"
Tak pasal pasal satu rumah sunyi sepi. Affan yang tengah merengek dan Afrina yang tengah main dengan Bunga pun terus terdiam. Ezhar pula macam biasa, senyum bangga.
"Amboi. Isteri eh?". Along datang daripada tepi dan genggam bahu Ezhar tapi disebabkan bahu member tu macam keras semacam, along tarik balik tangan dia.
"Melur. Mana boyfriend kau ni?". Tanya Bunga. Semalam dia mengadu dekat aku yang Fiy, merangkap tunang dia ajak jumpa tengahari ni. Bincang pasal wedding. Tahu tahu kena postpone sebab boyfriend si Melur nak datang. Kesian Bunga.
"Kau lapar tak?". Ezhar menggeleng. Aku tanya sebab aku lapar tapi tak nak makan sorang. Nanti kalau so boyfriend si Melur tu datang tengok aku melantak sorang sorang, apa pula dia fikir. Awal awal tak boleh tunjuk diri sebenar. Dah lama nanti baru boleh.
"Kau lapar ke?". Aku anggukan kepala.
Tunggu boyfriend Melur ni, mahu lagi sejam baru sampai. Ikutkan si Melur, boyfriend dia sepatutnya sampai pukul 11 pagi tadi tapi sekarang dah masuk pukul 1 pun belum sampai lagi. ARGHHH LANTAKLAH
"Nak pergi mana tu kak?". Tanya mama. Aku pula terus meluru kearah meja makan dan cedok nasi. Ezhar pula ikut aja aku kemana dan dia tarik kerusi disebelah aku.
"Nak lauk apa?"
"Cedok je. Aku makan tak memilih macam orang tu". Syukur aku ni tengah lapar. Mood nak sepak anak orang dah hilang sebab tak cukup tenaga nak buat.
"Sayur nak tak?"
"Letak je". Aku letak sayur dan beberapa lauk lain atas pinggan dia.
"Nak air panas ke sejuk?". Tanya Ezhar. Dia dah siap sedia nak tuang air dalam cawan. Bagus. Tak payah disuruh.
"Air sejuk. Aku tengah panas ni"
"Bismillahirrahmanirrahim"
Aku tadah tangan bila Ezhar mula baca doa makan. Ya Allah merdu gila suara dia. Siapalah yang bengap sangat reject di Ezhar ni. Sayang sayang. Mesti orangnya very very stupid.
"Kau tak makan ke semalam?". Tanya along. Aku gelengkan aja sebab memang tak makan.
Disebabkan kekurangan staf, aku terpaksa masuk dan cuba untuk cover mana yang boleh. Kebetulan pula semalam ramai customer sebab cafe aku dijadikan tempat shooting sebuah drama. Meletup kau.
"Kenapa tak makan? Aku tak tanya terus tak makan eh? Manja betul sayang saya ni". Dia lemparkan bahagian shawl aku yang terjatuh ketepi. Senang sikit nak makan. Serabut betul asyik jatuh.
"Tak-"
"Assalamualaikum". Semua orang terus tertumpu pada pintu masuk rumah. Aku pula sambung makan lepas nampak orang lain yang datang rumah.
"Eh Fiy buat apa datang sini?". Tanya mama. Bunga pula terkejut nampak tunang dia datang mengejut.
"Awak buat apa datang sini?"
Aku siku siku lengan Ezhar dan dia pandang aku sambil jongketkan kening. Aku pula juihkan bibir kearah Fiy dan Bunga yang buat drama depan pintu rumah.
"Uhuk uhuk!". Terbatuk pula mamat ni. Cepat cepat aku tuang air ke dalam cawan dia yang dah kosong. Itulah makan gelojoh lagi.
"Eh Ezhar?"
"Fiy kena Ezhar?". Aku pandang Ezhar yang baru dapat bernafas dengan tenang. Dia pula pandang aku dan gelengkan kepala sebelum pandang Fiy dan buat muka macam nak telan orang. Apa masalah budak ni?
"Eh- err- kenal? Eh tak adalah! Mana ada. Haritu Bunga bagitahu Fiy yang kak Seroja dah bertunang. Haaa jadi Fiy agak je sebab makan sebelah sebelah kan. Hehe"
Aku nampak yang Ezhar anggukan kepala macam berpuas hati dengan jawapan Fiy. Betul ke tak kenal dah kalau begini perangainya?
"Dah alang alang datang tu, masuklah kita makan tengahari sekali". Pelawa ayah. Jarang jarang ayah nak pelawa orang. Ini mesti kes lapar juga tapi aku tak ajak. HAHA. Maaflah ayah, siapa suruh ayah duduk jauh daripada kakak.
"Boyfriend Melur tu?"
"Ntah ntah dia berhalusinasi ada boyfriend. Biar je dia". Jawab aku sambil tambahkan nasi untuk Ezhar.
Kuat juga makan dia ni. Biasa kalau keluar makan, mesti makan sikit je. Kadang tu tak habis lepastu suruh aku habiskan. Eh memang tak lah!
"Masuk je! Mama I tak garang"
"Bercakap dengan siapa tu Melur! Meh masuk makan". Ajak mama.
"Sayang tak nak tambah?". Aku gelengkan kepala dan sambung makan. Lepas 5 saat aku terus pandang Ezhar dengan mata yang membulat. Macam biasa. Ezhar, senyuman berpisah tiada.
"Geli lah aku nak makan ni". Marah along. Hak alah padahal masa dia awal awal kahwin dulu pun macam tu!
"Kenalkan. Boyfriend Melur!". Nak tercabut jantung aku bila nampak Melur tarik seseorang daripada belakang pintu.
"Hoi!"
Tak cakap apa, aku terus meluru kearah Melur dan lempang boyfriend Melur. Terciduk semua orang. Dengan Ezhar sekali terciduk.
"Adik aku ni Kevin!"