20; Happy Ending ?

255 4 0
                                    

"SEROJAAAA"

Terjaga Seroja daripada lenanya. Ramai orang menarik nafas lega lebih lebih lagi doktor dan jururawat yang sedaya upaya menyelamatkan dia. Lemah lutut Ezhar ketika melihat tunangnya hampir dijemput ilahi. Bunga dan Melur pula tidak habis habis menadah tangan, berterima kasih pada Allah SWT.

"Bunga nak bagitahu mama". Berlari dia mendapatkan si ibu yang sudah membawa diri. Tidak sanggup melihat anak yang dia sayang, dijemput ilahi.

"Jadi Seroja dah boleh keluar wad icu ke doktor?". Tanya Ezhar.

"Belum. Kami kena pantau dia semalaman lagi takut takut perkara yang sama berlaku lagi". Bahu anak muda itu ditepuk perlahan dan dia berlalu pergi.

"Tak apa bang. Janji kak Seroja masih hidup. Melur percaya, kak Seroja mesti bangun. Diakan kuat. Macam fiona, bini shrek tu". Ezhar hanya senyum dan gelengkan kepala. Ada ada je adik ipar dia ni. Eh. Bakal adik ipar. Haaa baru betul.
.
.
.
.
.
.

"Kau bahagia?"

Lahh? Aku kat mana ni? Ni anak siapa pula duduk tepi aku? Dengan gaun wad—

"Seroja? Dah tu aku siapa?". Dah kalau dia Seroja, aku ni? Seroji? Lah!

"Dah tua pun bangang lagi. Aku lah. Seroja masa zaman rempit kau dulu"

"Eh elok sikit! Aku tak pernah terlibat gejala rempit mahupun sap gam! Memandai je kau". Aku ni murid terpuji tau?! Mana pernah buat benda benda sedemikian. Dah tua je terjebak dengan agenda jedag jedug dengan bermodalkan muka Nawra. Hehe.

"Apa apa lah. Yang penting kau bahagia". Aku tersenyum memandang muka sendiri. Takkan pernah aku lupa mata macam panda, penuh dengan luka yang datangnya daripada diri sendiri, dan trauma yang ditinggalkan Kevin untuk aku.

"Aku percaya Ezhar bukan macam Kevin. Ezhar bukannya Kevin"

"Hm". Aku kembali duduk disebelah dia dan menghayati matahari terbenam yang entah datang daripada mana. Sunyi. Hanya kedengaran bunyi ombak dan burung burung berkicauan. Tenang sangat.

"Kau... Masih salahkan diri sendiri ke pasal Kevin?"

Terhinjut bahu aku bila ditanya soalan sedemikian. Aku senyum dan usap kepalanya perlahan. Perkara yang sama aku mahukan ketika aku berada ditempat Seroja muda.

P/s: aku tak tua. Tua sikit je.

"Tak. Bukan salah kita Seroja. Salah Kevin". Tangannya aku tarik dan terus bawa masuk ke dalam dakapan. Dia pun buat perkara yang sama dengan balas balik pelukan aku. Awww. Boleh tak nak adik macam Seroja ni?

Tiba tiba Seroja tolak bahu aku dan pelukan yang penuh kasih dan sayang (ceh) tadi terlerai. Dia pandang aku dengan tajam. Dia ni kena sampuk ke apa?

"Kau sayang Ezhar?"

Ha sudah

"Errr". Aku elak daripada pandang mata dia. Siot. Ini ke Seroja yang budak sekolah takutkan dulu? Kalau aku, aku pun takut!

"Haihhh. Kalau macam ni, sampai bila bila kau dihantui dengan Kevin". Seroja gelengkan kepala dan mengeluh. Mengeluh dia bukan pendek eh tapi panjang. Kurang ajar betul

"Eh—ehhh kau tahu apa? Haaaa. A—aku—"

"Aku percayakan Ezhar dan kau juga kena percayakan dia. Dah berambus"

Tak sempat aku nak counter attack dia, dahi aku dijentik dengan kuat dan apa yang aku tahu... Aku tak tahu apa apa.

"Mama! Mama! Kakak dah bangun!"

"Mana?!"

Aku dapat dengar suara riuh yang datang daripada mulut Melur. Dia ni aku dah nak mati pun memekak lagi. Masa hidup memekak, nazak memekak, bila nak aman tak tahu.
.
.
.
.
.

"PFTTTT. 3 BULAN?". Habis bersepah cebisan cebisan bubur yang aku makan ke serata muka Ezhar. Aduh buat perangai kotor pula kau ni Seroja. Ke aku ni kena sampuk dengan Seroja muda? AHH SUDAH!

"Ye honey. 3 fuc—"

"Language". Tegur Bunga. HAHAHA KENA MARAH.

"Sian Ezhar aku". Muka dan baju Ezhar yang tersisa cebisan tadi, dilap Fiy. Eh dia ni? Dia tunang Ezhar ke, aku tunang Ezhar? Nak ajak gaduh pe dia ni?

"Kalau kakak nak tahu, abang Ezhar sanggup cancel semua show dia semata nak tunggu kakak bangun"

"3 juta melayang". Adu Fiy dalam nada yang perlahan. Risau Ezhar dengar lah kot.

"Yang penting isteri saya dah sedar"

Belum sempat aku jatuhkan sudu daripada tangan, ada benda lain yang jatuh dulu.

"Hah?!"

"Mak ngah!". Afrina terus berlari kearah Ezhar dan panjat pehanya. Amboi? Aku pun tak rasmi lagi peha tu. Sob sob.

"Mak ngah..."

"Ye sayang". Dia pandang Ezhar yang tengah senyum padanya. Dipandang pula si ibu yang sedang cuba tenangkan si ayah.

"Fina nak duduk dekat mak ngah boleh?". Aku senyum dan depakan tangan ke depan. Rindu betul anak buah aku yang sorang ni. Biasalah, dia comel macam mak ngah dia kan. Itu yang sayang lebih sikit. Sikit jer.

"Fina sayang—"

"Ouch aw awwww! Sakit yang". Ditekan pula kaki aku yang tak baik lagi. Sudahlah ditikam, terbakar pula tu.

Kata doktor, aku akan mengambil masa yang agak lama untuk berjalan macam orang biasa. Jadi buat masa ni kalau nak kemana, kena pakai kerusi roda. Eh memang tidak lah Ezhar bagi. Kalau boleh dia nak dukung aku kesana kemari tapi disebabkan Bunga dan Melur yang asyik pantau aku, jadi niat dia tak kesampaian. Hehe

"Sowwy—". Aku gelengkan kepala dan lap air matanya perlahan. Alololo kesian dia. Aku senyum dan pandang Ezhar. Lah? Dia dah kenapa nak menangis sekali?

"Maafkan saya"

Lah? Saya?

Fiy dan Bunga keluar tanpa banyak bunyi. Melur pula rampas Afrina daripada tangan aku dan tinggalkan kami berdua. Bersendirian. Dah la ni wad vvip. Memang tak lah ada jiran kiri kanan depan belakang.

"Aku sepatutnya ada dengan kau"

Aku kau balik?

"Kahwin dengan aku Seroja". Dia pegang tangan aku dengan berlapikkan selimut. Ini nak kira romantik ke creepy?

"Kahwin dengan orang lain tak boleh ke?". Aku rasa, aku nampak air mata dia macam kena sedut tadi. Muka dia yang macam budak hingusan tiba tiba berubah serius. Lah? Aku main main je kot?

"Aku tak nak paksa kau Seroja tapi aku berharap sangat kau boleh terima aku dalam hidup kau". Ezhar letakkan cincin disebelah aku dengan kepalanya yang menunduk. Macam budak sekolah menengah nak confess kat crush tapi malu malu tahu anjing. Menci. Be a man lah woi—

"I love you Seroja. No one else"

"I love you Seroja"

Suara Kevin tiba tiba bergema di dalam kepala aku. Melantun ke segenap pelusuk, memenuhi fikiran aku.

"Aku cintakan kau. Faham tak?!"

"Seroja~ my baby girl"

"Seroja"

"Seroja"

"Seroja!". Seroja?

"Aku percayakan Ezhar dan aku percaya, kau pun sama"

"Ezhar bukannya Kevin"

"Seroja, you okay?". Aku tarik nafas panjang bila kembali ke dunia realiti.

Risau. Itu sahaja yang boleh digambarkan melalui wajah Ezhar ketika ini. Air matanya kembali mengalir, melihatkan keadaan Seroja yang tiba tiba sesak nafas.

"It's okay if you—"

"I love you too"

"Huh?"

Akhirnya aku berjaya tersenyum gembira dihadapan Ezhar tanpa perlu berlakon lagi. Senyuman yang penuh rasa gembira. Rasa yang Seroja muda tidak pernah alami dan rasa yang dia mahukan sejak daripada dulu lagi.

Bahagia

𝓣𝓱𝓮 𝓔𝓷𝓭

Pinang Where stories live. Discover now