Side story 2; ibu

180 4 0
                                    


"Adeh sakit"
"Aw aw awww"
"Doktor saya malas la"

Aku tersengih memandang doktor pelatih yang terpaksa melayan aku. Kalau aku asyik main main, mesti dia kena marah dengan doktor senior tapi itulah memang terasa sakit dekat kaki. Takkan aku nak tipu pula?

"macam mana harini? Ada apa apa perubahan ke?". Aku sedut air cookies and cream lepas paksa Ezhar beli dekat boost tadi. Alang alang dah lalu, singgah le beli.

"Macam tu". Aku dapat rasakan yang Ezhar cuba menahan diri daripada menjeling aku. Nasib baik dia tengah bawa kereta. Kalau tak jangan kata jeling, silap haribulan dia kecik aku. Ehe.

"Bila saya nak salam tok kadi ni". Aku berpura pura tak dengar soalan Ezhar dan belek belek cawan boost aku. Pergh memang warna hijau ke sebelum ni?

"Sayang"

Tak jalan.

"Honey"

Lagi aku tak kisah

"Seroja binti—"

"Eh tanya kita pula. Awak tu tak bawa jumpa keluarga awak lagi". Berpeluh ketiak mat kalau dia dah main binti ni. Ayah pun jarang nak sebut nama anak dia penuh melainkan waktu subuh. Malu satu kawasan tahu anak dara dia liat nak bangun subuh.

"Tak payah. Masa masuk minang haritu dah jumpa"

"Alah masatu tak formal. Dah la masuk masuk rumah cari awak dulu. Bukannya nak salam ibu ke adik awak ke—"

"Tak ada adik. Saya anak tunggal"

Nohhh terdiam kejap aku. Nak bagi alasan apa lagi ni nyah?

"Tak kira. Saya nak juga jumpa ibu awak. Minta maaf sebab haritu terasa diri ni rude sangat. Nak jadi menantu dah pun?". Heh hebat betul Seroja ni. Malas lah nak caka—

"Tak payah kenal pun takpe. Apatah lagi jumpa". LAHH???

——

"Kau ni. Orang pergi jumpa mak mertua kena lawa lawa. Ini yang kau pakai hoodie dengan tudung sarung mak kau dah kenapa?". Marah Nawra. Dah nak buat macam mana? Memang ini je yang aku ada sekarang. Baju yang lain semua baju yang aku dah biasa pakao pergi hospital. Tinggal hoodie yang baru sampai semalam dengan tudung mama yang tertinggal kelmarin.

"Takkan kak long takde baju? Abang kau dah miskin ke lepas jaga kau?"

"Hoi! Aku lupa nak jemur baju. Aku ada ni je hee". Nadhirah tahan diri dia daripada hempuk satu satunya rakan yang dia ada. Risau sampai ke rahmatullah. Tak sempat Ezhar nak naik pelamin.

"Kau pakai je lah baju kurung aku ni"

"Eh tapi kau baru beli semalam"

"Pakai je"

"Tapi"

"PAKAI JE LAH". Tersentak Seroja bila dia dimarah. Period ke?

Dengan terpaksa tapi rela, Seroja sarung juga baju kurung milik Nawra. Masalah dia satu je. Baju. Kurung. Ni. Warna. Pink! PINK OKAY? Warna yang Seroja rasakan tidak sesuai untuk dirinya.

"Assalamualaikum isteri saya". Laju aja Nawra julingkan matanya keatas. Belum jadi isteri dah gedik nak panggil macam tu.

"Elok elok jaga kawan aku ni. Kalau balik ada calar sikit, jangan harap kau boleh kahwin dengan dia". Bahu Nawra ditampar Seroja. Dia pun teringin juga nak kahwin. Nak nak lagi bila dapat tangkap anak ikan. Bukan anak ikan yang cikai cikai perangai rempit tu. Ini anak ikan yang sama taraf dengan sugar daddy.

"Tahu lah aku nak jaga isteri aku macam mana". Tak sempat si Nawra nak hempuk bahu Ezhar, kerusi aku dah ditarik dan rasa macam nak tercampak daripada kerusi ni. Fuh syeram.

"Kau ni kalau tercampak aku macam mana?"

"It's okay honey. Nanti I campak diri biar kita sama sama terlentang atas jalan raya okay?"

Anak syurga ni kalau tak minta ditampar memang tak sah.

- - -

"Mak long! Ni uncle dah sampai! Dia bawa balik nenek!". Kuang ajo budak ni label aku nenek. Aku ni muda lagi tau! Tersilap langkah dalam hidup je sampai kena guna kerusi roda.

"Ish. Wawa ambil adik kau ni!". Marah seseorang. Kami berdua disambut oleh seorang perempuan yang hampir sama tinggi dengan Ezhar. Tinggi siot.

"Meh masuk sayang". Tak sempat aku nak salam dia, Ezhar tolak aku masuk ke dalam rumah dan park aku sebelah sofa single. Dia pun ikut duduk disebelah aku sambil silangkan kaki dan tongkat dagu memandang aku.

"Errrr. Mana satu mak awak?". Ezhar diamkan diri dan terus tenung aku. Ini dah macam tenung jiwa, bukan jasad. Dalam benau.

"Assalamualaikum!". Aku hanya balas salam sekadar dalam hati sebab aku tak nampak empunya suara. Kang kalau antu komkom macam mana? Aku nak hidup lagi!

"Tu dah sampai". Aku hampir nak bangun daripada kerusi tapi lupa kaki pun lemah lagi. Jadinya aku pandang Ezhar nak minta tolong tolakkan tapi dia hanya tenung aku sambil tersenyum. Siot dah macam pervert.

"Ehem". Aku tolehkan kepala ke sebelah kiri dan muncul sepasang suami isteri tersenyum manis pada aku. Aku tolehkan semula kepala ke Ezhar, dia buat muka batu dia. Ceh.

"Err". Aku hulurkan aja tangan nak bersalaman dan disambut baik si isteri. Isteri siapa tak tahu. Ntha ntah kakak LAHH

"Ezhar". Panggil si suami. Aku pula pandang Ezhar yang masih dengan muka dia yang begitu. Taknak salam ke hoi?!

"Awak dah jumpa keluarga saya. Dah jom balik". Dia naikkan break dan nak bawa aku pergi. Ah memang tidaklah!

"Eh ehh eh—". Aku pegang tangan si isteri tadi, menyebabkan Ezhar terpaksa berhenti. Ada yang jatuh tersungkur depan orang ni nanti.

"Honey—"

"Nama saya Seroja". Kata aku sambil mengelak daripada pandang Ezhar. Pura pura tak dengar dia panggil aku.

"Oh inilah Seroja?". Tiba tiba sahaja wanita separuh abad itu melutut dihadapan aku. Cantiknya tak boleh nak banding dengan aku.

"Eh sayang". Si suami memegang bahu si isteri. Aku pula rasa serba salah buat orang tua melutut dihadapan aku.

"Eh jangan macam ni". Aku cuba angkat bahunya. Kut lah dia terbangun ke. MEMANG IDOKLE.

"Kenalkan. Saya Rauziah. Ibu tiri Ezhar merangkap your mother in law"

NOH?

Pinang Where stories live. Discover now