5; makan luar

407 9 0
                                    

Aku henyak punggung atas sofa yang aku curi daripada rumah ayah dan letakkan cawan berisi ayaq kopi atas meja. Baru nak tenangkan diri sambil tengok Netflix, tiba tiba ada panggilan masuk. Nombor tak dikenali. Ini kalau scammer, memang kena maki membuta khinzir ja dengan aku. Kacau daun sungguh!

"Assalamualaikum hello. Saya dah ada insurans. Saya ada kereta tapi baru lepas bayar saman semalam. Harini pergi kerja naik grab sebab malas bawa kereta. Balik tadi pun bakal suami hantarkan. Saya tak beli barang apa apa. So far lah. Jadi encik, cik, madam, puan nak apa kacau saya tengah malam ni?"

Sunyi. Agaknya scammer ni terciduk kot dengan penjelasan aku yang panjang lebar. Itu pun nasib baik tak cakap satu nafas. Mahu pengsan aku kat sini sebab tak cukup nafas.

"Jadi kau terima pinangan aku?"

Ah sudah. Ini modus operandi terbaru ke macam mana ni? Apa aku nak buat ni? Kena call Nawra dulu macam ni.

"Honey? Are you there? You okay? You want me to come over?"

"Eh awak ni siapa nak datang rumah saya? Jangan main main eh! Ayah saya polis! Abang saya akauntan!". Macam tak ada kena mengena tapi tak apa! Asalkan dia rasa takut sebab tahu ayah aku polis. MUAHAHAHA

"Takkan tak cam suara bakal suami sendiri kot? Kata tadi bakal suami hantar balik"

"Ekzoz?". Sunyi 4 saat lepastu tiba tiba dia gelak sakan. Aku tak tahu apa yang kelakar tapi itu lah Nawra kata aku memang ada bakat jadi pelawak pun tapi masa aku try masuk audition dulu kena reject. Katanya suara aku sumbang.

"Hm kelakar betul Seroja aku ni"

Tak tipu. Hati aku tengah berdegup kencang. Lagi kencang lepas lari satu taman sebab kena kejar dek anjing orang.

"Nah it's okay if you can't remember. So esok sibuk tak?"

"Esok? Esok nak test menu baru. Jadinya sibuk. Jangan datang. Main jauh jauh"

"Okay"

----

Ntah la. Aku tak mampu nak kata apa apa. Eloklah kalau tangan aku ni je yang bagi sepatah dua kata dekat di ekzos ni.

"Hee". Dia senyum nampak gigi, konon nak tunjuk muka innocent dan tak serba salah. Sedangkan aku dah halang dia jangan datang harini.

"Lambat lagi ke nak siap? Dah masuk waktu lunch ni". Aku toleh belakang, tengok jam yang melekat dekat dinding.

11.30

"Jadi? Ada masalah ke kalau dah nak masuk waktu makan tengahari?"

"Eh ada lah! Saya tak biasa makan tanpa isteri di sisi". Tangan aku baru nak diangkat, akak Raudah dah tahan pakai dulang. Dia senyum pada aku dan gelengkan kepala.

"Haih encik ekzos"

"Ezhar"

"Ya apa apa je lah. Sekarang ni awak mengganggu urusan saya. Urusan kedai ni dan masa depan perniagaan saya!". Membulat mata anak buah aku termasuk kak Raudah tapi dia tenang dan tersenyum.

"Seroja. Seroja. Seroja". Aduh ni apa ni? Malaikat maut memanggil?

"Dah keluar keluar". Aku pusingkan badan dia dan tolak hingga ke luar kedai.

"Aku serius ni. Jom lah keluar makan. Aku tak makan daripada semalam ni"

"Masalah aku ke masalah kau ni? Dah balik balik". Tak sempat aku nak masuk dalam balik, pintu dah dikunci dari dalam. Kerjaan kak Raudah and da genk.

"Hah alang alang keluar tu tolong bungkus sekali ya! Akak nak nasi ayam"

"Nasi goreng!"

"Nasi kosong lauk ayam pedas. Sambal belacan asing". Apa ingat aku ni rider foodpanda tak pun grab ke?!

"Honey?"

Oh tuhan. Tolong buat dia berhenti panggil aku honey. Geli!

Pinang Where stories live. Discover now