13; hari sukan

226 5 0
                                    

"Boleh tak kalau kami nak minta untuk kosongkan cafe ni? Just for one day"

"Tapi saya rasa kalau cafe ni beroperasi seperti biasa, tak ada masalah yang berlaku. As long as pelanggan yang lain tak buat bising". Kak Raudah juga bersetuju dengan idea aku. Lagipun setiap kali shooting diadakan, mesti ramai orang yang keluar masuk ke sini. Jadi aku dapat untung lebih sikit.

"Ya tapi sebab tu lah kami nak kosongkan kedai. Supaya kami dapat fokus pada pelakon sahaja". Bantah pengarah.

"Okay cuba bayangkan kalau cafe kami ni kosong dan sunyi. Suasana melepak dekat cafe tu tak ada. Kosong. Macam dunia ni hanya ada mereka berdua je. Tak syok lah macam tu". Bersungguh si Taufiq anggukan kepala sambil lap meja yang kotor. Padahal tak ada orang nak layan dia pun. HAHA.

"Hmm. Okay lah kalau begitu"

Maka perbincangan kami pun menemui kata putus dan bersetuju dengan cadangan aku. Memanglah bayaran yang diterima daripada pihak mereka agak lumayan, tapi kalau boleh aku nak memaksimakan keuntungan. Kalau buat chart, sampai terkeluar keluar slide. Fuh!

"Boss! Telefon berbunyi!". Jerit Taufiq dengan melodi Wonderpets nya.

"Siapa telefon?". Terus aku meluru kearah kaunter depan tempat dimana aku letak telefon.

"Dia tulis sini Ezhar. Saya angkat eh boss?"

"Eh jangan-". Entahla. Sama ada aku ni sememangnya jenis yang perlahan atau orang yang terlalu laju. Ada je benda yang tak sempat nak halang.

"Hello? Kopikirlah sendiri cafe. What can I help you"

"Hoi sini!". Aku rampas balik telefon yang asalnya memang milik aku. Eh budak ni. Tak disuruh angkat, sibuk nak mengangkat.

"Shuh sana. Tu topup balik macaroons tadi"

"Ai ai boss!". Maka, tinggal aku bersama Ezhar berdua duaan. Okay tak lah takde lah berdua sebab dia call guna telefon kan tapi orang sekeliling takde ah sibuk ah sana ah. Apa function aku terangkan tapi orang tak nampak?

"Assalamualaikum hello?"

"Waalaikumussalam. Ingatkan kena culik tadi"

Berkerut dahi aku dibuatnya.

"Kena culik?"

"Haah sebab tiba tiba suara Seroja bertukar jadi garau. Eh? Ntah ntah tadi jadi Hulk and then bila kau nampak nama aku dekat skrin telefon, terus bertukar jadi fiona. Oh my god honey. You so sweet"

Bahagian hujung kaunter aku gengam dengan kuat, cuba untuk tidak mencarut atau memaki. Nanti sia sia aku bina reputasi cafe ni tapi end up merundum sebab tuan punya cafe kaki carut. Rugi!

"So kau nak apa call aku ni? Dah 5 hari tak nampak batang hidung, tiba tiba call harini"

"Never thought you gonna miss me Seroja". Katanya dengan nada yang penuh manjahh.

"Straight to the point Ezhar!"

"Selamat datang!". Aku berikan ruang kepada Kak Raudah untuk gunakan kaunter sebaik sahaja orang mula memasuki cafe kami. Mungkin dah masuk waktu makan tengahari, jadi ramai yang datang untuk lunch disini.

"Aku nak ajak kau pergi hari sukan tempat aku kerja"

"Tokan dadah pun ada hari sukan eh?"

Klang!

Terkejut aku bila dengar bunyi dulang jatuh. Rupanya si Taufiq yang jatuhkan sambil pandang aku dengan muka yang tak percaya.

"Boss kata apa tadi?". Aku gelengkan kepala dan halau dia pergi ke depan. Lebih baik tolong kak Raudah yang tak cukup tangan nak melayan pelanggan daripada sibuk hal aku.

Pinang Where stories live. Discover now