Side story 9: The day

187 7 1
                                    

Sudah 3 bulan berlalu dan alhamdulillah proses borang pernikahan mereka berjalan dengan lancar. Hantaran dan baju kahwin juga telah disiapkan. Hanya tinggal pelamin kecil buat mereka berdua sahaja yang belum dipasang dirumah. Awal lagi katakan.

Ezhar pula semakin dekat tarikh pernikahan, semakin sibuk kerja yang harus disiapkan. Sudah dua minggu juga mereka tidak bersua muka atas alasan mama tak bagi dan begitu juga mummy. Seroja? Fokus pada cafe keduanya yang selalu diabaikan. Kedua? Ya kedua.

"Ingatkan sampai bila bila boss tak lepak sini je"

"Sini bosan. Takde spaget". Jawab Seroja selamba. Sedangkan tak ada public transpot berdekatan cafe ini. Kalau nak bawa kereta pula dia tak berani sebab terlalu jauh dari rumah.

"Boss lah kejap nak buka restaurant lah cafe lah itu lah ini lah". Balas Syarifa, salah seorang pekerja disitu. Boleh tahan juga budak yang satu ini. Kerja menjawab sahaja.

"Biaq pi lah den kayo". Rambutnya yang panjang, dilibaskan ke muka Syarifa. Ikutkan hati dia nak kunyah aja rambut Seroja tapi risau kalau kalau gaji kena potong separuh. Siapa nak bagi anak dia makan? Dah la demands nak makan royal canin aja.

"Boss bila nak tunjuk big boss baru?"

"Amboi. Aku kahwin takde kena mengena dengan boss baru ya. Ini masih aset aku. Itulah kita ni perempuan kena ada aset sendiri. Jangan terlalu bergantung harap dengan lelaki—"

"Tapi kereta dengan rumah boss tu bukan ayah boss ke bagi?"

Seroja terdiam sebentar. Iya tak ya juga

"Rezeki ayah, rezeki aku. Gitoq! Eh kau ni pergi buat kerja lah. Sibuk pula". Dan suasana kembali sunyi.

Nak call Ezhar, takut dia busy. Bila dia busy memang dah tak ada masa nak tengok telefon. Lepastu bila tak berangkat mulalah terasa nak merajuk. Adat lah bertunang. Manja kalah isteri.

"Boss, apa kata boss promote kedai ni macam boss buat dekat cafe lagi satu. Barulah gaji saya ni boleh dinaikkan. Tarik director director dulu ke shooting kat sini"

"Tak naklah. Aku nak rehat. Buatnya perempuan yang bakar aku tu tahu aku hiduo sihat walafiat boleh berlari macam mana? Mesti dia cari aku balik"

Walaupun kes kebakaran cafe pertamanya tidak disiarkan berita, tapi Seroja pasti perempuan itu akan hadir dalam hidupnya. Beria Ezhar sekat semua media daripada serang aku. Apatah lagi aku memang rapat dengan beberapa wartawan dan jiga pengarah drama. Biasalah cafe famous.

"Kita closing awallah harini. Kesian pula kau hari hari balik lambat. Minggu depan ada final kan?". Terkebil kebil mata Syarifa. Tak percaya hari dimana bossnya itu akan menjadi seorang yang memahami telah tiba.

"Lepas magrib kita balik"

"Tapi boss nak balik dengan siapa?"

Eh ye tak ye. Dia datang tadi pun si along yang hantarkan itupun sebab dia yang paksa. Nak naik grab, telefon dah mati. Lupa pula nak cas.

"Aku tumpang rumah kau kejap boleh? Nak cas phone". Telefon kenapa iPhone 14 diangkat ke udara. Syarifa pula cekak pinggang.

"Saya pakai android". Nak menangis pun ada. Kenapalah waktu waktu begini dia terlupa nak bawa powerbank? Tak pun charger telefon ke? Sumbat je dalam beg galasnya. Kan senang?

"Tu boss pakailah charger ipad". Loh! Boleh pula dia terlupa yang cafe ni gunakan ipad untuk ambil order.

"Hah kau balik dulu. Ada duit tak nak balik ni?". Laju kepalanya digelengkan. Kut lah Seroja nak hulur sekeping dua not berwarna ungu ke kan?

"Itulah duit gaji tu guna elok elok. Bukan shopping je 24 jam". Seroja keluarkan RM20 daripada poket seluarnya. Jadilah daripada takde.

"Beli makanan sekali"

Pinang Where stories live. Discover now