18; The Truth Untold

177 5 0
                                    

TW: mentioning blood and suicide attempt

"jangan lupa makan ubat ni!"

Pil yang berada diatas tangannya ditenung sepi. Angin meniup beberapa daun terbang berhampiran Seroja dan akhirnya mendarat diatas tangan.

"Seroja?". Panggil Kevin.

"H-hm?". Pil tadi terus dicampak entah ke mana.

"Kau okay tak? Sorry kalau Akmal bla bla bla". Rama rama yang kebetulan terbang berhampiran bahu Kevin menarik perhatian Seroja. Langsung tidak memberi perhatian kepada bebelan Kevin.

"Seroja!". Tersentak gadis untuk dan terus bangun, melarikan diri daripada Kevin. Ubat. Dia kena makan ubat!

"Seroja wait!". Mahu dipegang tangan Seroja, tapi dia takut. Akhirnya dia ambil keputusan untuk berlari melintasi Seroja dan berhenti dihadapannya.

"Ow!". Maka berlakulah pelanggaran diantara mereka berdua.

"Sorry!". Cepat cepat Kevin bangun dan hulurkan tangan. Seroja bangun dengan sendirinya dan berlalu pergi.

.
.
.

"Saya nak awak hantar buku nota dan buku latihan untuk semakan sebelum hantar ke pengetua". Semua pelajar mula ke depan untuk menghantar buku buku mereka. Kevin letakkan bukunya diatas buku Seroja dan dia perasan sesuatu.

"Err Seroja". Bahu rakan sekelasnya itu ditepuk perlahan supaya dia tak terkejut.

"Ini buku matematik tambahan". Bagaikan masa terhenti, semua orang tidak bergerak. Yang baru nak hantar buku ke depan, yang baru nak salin jawapan dengan kawan sebelah, yang gelisah buku tak bawa. Semua orang memandang Seroja dan Kevin.

"Awak lupa ini kelas Sejarah ke Seroja"

"Ah- no madam. Sorry". Dia merampas bukunya daripada tangan Kevin dan kembali ke tempat duduknya. Cuba mencari buku yang betul.

"Kau nampak Seroja tadi?"

"Nampak! Aku tak pernah tengok Seroja macam tu"

Kevin cuba untuk curi curi dengar perbualan diantara rakan semeja Seroja. Mana tahu dapat info baru.

"Aku tak pernah nampak dia tak fokus dalam kelas"

"Iya! Aku nampak dia main lukis lagi dalam kelas Madam Nori. Kalau dia kantoi tadi mesti teruk kena maki"

Seroja main main dalam kelas?

"Eh baguslah dia kena maki. Tak payah kita belajar"

"Ye tak ye kan? hahahaha"

.
.
.

"Saya perlukan wakil daripada kelas ni untuk upcoming event". Semua orang diamkan diri. Tidak mahu melibatkan diri. Termasuk dengan Seroja.

"Seroja?". Langsung tiada reaksi yang diberikan.

"Seroja Binti Fattah?". Bersama rotan ditangan, cikgu Zai melangkah ke meja Seroja. Remaja itu hanya termenung ke luar kelas tanpa menoleh apabila namanya diseru.

"Aduhhh". Keluh rakan semeja Seroja.

Dah kalau cikgu Zai mengamuk, sama naik dengan madam Nori. Boleh bergegar satu sekolah. Habis tersebar berita kelas mereka kena marah, satu sekolah.

"Saya panggil awak, awak buat apa?". Kepalanya dipanjangkan untuk melihat Seroja. Masih termenung. Maka, rotan milik cikgu Zai bertemu meja Seroja menyebabkan satu bunyi pap! yang sangat kuat lalu mengembalikan Seroja ke dunia realiti.

"Saya sibuk bincang pasal hal kelas dekat depan, awak sibuk termenung pula!". Tak sempat Seroja mahu bersuara, wanita separuh abad itu menghentak semula rotan diatas mejanya.

Pinang Where stories live. Discover now