3; siapa?

512 8 0
                                    

"Assalamualaikum! Fuhh". Aku lap peluh di dahi bila penat berlari daripada pagar rumah ke pintu rumah. Eceh padahal dekat je. Saja nak berdrama.

"Ha tu Seroja. Meh sini anak mama". Pergh. Selama 28 tahun aku hidup, ini kali pertama mama gunakan gelaran tu dekat aku. Biasanya guna dengan along dengan adik adik je.

"Tumpang lalu". Aku jalan membongkok dihadapan orang tua dan terus menuju ke mama. Saya memerlukan explanation!

"Ma apa ni ma? Kawan mama masuk minang kakak ke? Cancel cancel. Kakak tak suka". Bisik aku pada mama. Tak pasal pasal kena cubit dekat bontot. Aku tahan pedih dengan memberikan senyuman pada tetamu.

"Ish apa pula kawan mama. Kawan kakak lah". Dah. Aku bukan nak cakap apa lah tapi aku ada sorang je kawan. Takkan Nawra nak pinangkan aku untuk adik dia tapi kalau ya pun, mana mak dia? Tak nampak pun.

"Terima kasih bagi saya pinjam tandas"

"Ha ni kawan kakak". Terus aku toleh kearah tandas sebab aku dengar bunyi orang baru lepas flush + buka pintu.

"Hai Seroja!". Duh. Siapa kau?

"Sabar jap ma. Kau ikut aku". Aku terus keluar rumah guna jalan belakang. Jalan dapur.

"Siapa kau?". Dia telengkan kepala ke kiri. Dah tu? Ingat comel ke? Rasa ringan je tangan ni nak naik.

"Sampai hati Seroja tak ingat Ezhar". Hah sudah. Aku tak suka orang bercakap dengan aku dengan membahasakan diri dia guna nama. Aku kekok. Nak nak lagi kalau dia lelaki.

"Sampai. Ish tak payah main main lah. Kau siapa siot?". Aku campak tas tangan aku atas bangku yang terletak dihadapan taman ibu. Nak aja aku lipat lengan baju ni tapi kang nampak aurat pula.

"Serius lah kau lupa aku? Wah. Kau perempuan pertama berjaya lupa orang sekacak aku". Dah tu dia nak suruh aku buat apa? Kahwin dengan dia sebab jadi perempuan pertama? Lagipun muka macam dia ni bersepah dekat tik tok tapi banyak red flag. Eiiii takut.

"Come on Seroja. 7 years ago?"

7 tahun lepas aku umur berapa eh? 28-7. Oh okay 21. Baru habis diploma, otw sambung degree.

"Sorry lah saya tak simpan memori dengan orang handsome"

"Oh my god honey. You call me handsome? Malu lah". Izinkan. Izinkan aku tumbuk seseorang harini untuk melepaskan semua kemarahan aku.

"It's okay. Aku faham. Kau pun dah tua, memori dah berhabuk. Aku tak apa. Aku muda lagi"

"Hek eleh muda konon-"

"Aku 25". Terbeliak mata aku. 25? Aku 28 kot! Eh kejap kejap. Dia lagi muda lah daripada aku?

"Tak apa yang penting sekarang kau terima pinangan aku"

"Eh? Buat apa aku? Tak nak aku bertunang dengan orang yang aku tak kenal". Dia gelak kecil sambil main dengan rambut dia. Aduh hot. Aku tak boleh la laki hot ni. Lemah iman.

"Sebab tu lah kita bertunang. Kau boleh kenal aku dengan lebih dalam. Jauh lebih dalam daripada lautan pasifik. Kalau kahwin, kau tak ada peluang dah". Eh betul juga. Bertunang ni bukan sahaja satu langkah sebelum menghalalkan seseorang tapi juga proses bagi mengenali pasangan masing masing dengan lebih terperinci. Aduh tapi-

"So?". Tanya Bunga daripada pintu dapur. Bersamanya, si Melur yang sedang menghabiskan makanan untuk tetamu. Tak tahu malu punya adik.

"Terima je lah kak. Bukannya kau ada boyfriend nak bawa balik, kenalkan dekat mama pun". Aku acah acah angkat tangan, nak lempang budak berdua tu. Tak cakap banyak, memang lari tak cukup tanah.

"Amboi. Garang. Suka suka". Aku terus ambil langkah ke belakang. Menambahkan lagi jarak diantara kami berdua. Takut aku.

"Eh jangan lah takut. Aku tak gigit orang". Lagi lah aku takut!

"Hoi kakak! Lama benor bersembang. Cepatlah terima ke tak?"

Aduhhhhhh.

Pinang Where stories live. Discover now