TW: suicide
.
.
.
.Ezhar berjaya menamatkan zaman sekolahnya tanpa sebarang masalah. Hanya menunggu keputusan SPM miliknya dikeluarkan.
"Adik abang sihat ke?"
"Sihat je. Abang dah lama tak balik sini. Ibu hari hari tanya Har bila abang nak balik. Ini Har pula nak tanya bila abang nak balik?" Soalan Ezhar hanya dibalas dengan bunyi deruan angin sahaja. Sepertinya Eidhar berada di pantai.
"Nantilah bila abang dah habis honeymoon dengan kak Sumayyah. Ayah?"
"Ayah sihat tapi—". Ezhar tahu yang ayahnya berkelakuan pelik semenjak dua ini tapi mungkin hanya bisikan syaitan sahaja. Jadi dia abaikan dan meluangkan masanya ditelefon bersama Eidhar.
.
.
.Tidak mengambil masa yang lama untuk Ezhar menghabiskan masa sekolah menengahnya. Ketika semua orang menarik nafas lega, Ezhar terpaksa menyimpan hasratnya untuk meluangkan masa bersama rakan sebayanya.
"Apa maksud awak ni?". Akhirnya Ezhar jumpa jawapan kepada soalannya sebelum ini.
Habis bersepah ruangtamu dengan serpihan kaca yang datangnya daripada pasu bunga. Majalah yang tersusun diatas meja juga bersepah diatas lantai.
"I—ibu"
Secara tiba tiba Anisah melutut dihadapan suaminya. Bertanyakan soalan yang Ezhar sendiri tidak mampu tanya.
"Jadi betullah awak dengan janda tu selama ni? Apa kurangnya saya!? Apa lebihnya dia daripada saya?!"
"Saya sayang kedua dua isteri saya!"
Kedua dua? Jadi hubungan ayahnya dah janda itu lebih daripada seorang scandal malah mereka sudah bernikah? Adakah Eidhar tahu akan perkara ini? Sebab itu dia larikan diri daripada Anisah?
Bzz bzz!
Bergetar telefon Ezhar yang ada ditangannya sejak daripada tadi dan nama abangnya terpapar pada skrin telefon. Terus diangkat tanpa menghiraukan keadaan sekitarnya yang bising.
"Assalamualaikum bang! Ibu—"
"Ini adik Eidhar ke?"
Telefonnya terus jatuh ketanah. Kini lututnya pula yang terasa lemah. Otaknya kosong apabila menerima berita yang mengejutkan itu.
"Abang..."
Tak lama kemudian suasana yang bising tadi menjadi sunyi. Anisah dan Esmael berhenti bertekak, menumpukan perhatian pada anak bongsu mereka.
"Kenapa dengan Eid?". Tanya Anisah. Esmael pula mendekatkan dirinya dengan Ezhar lalu bahu anak muda itu dipegang kuat.
"Kenapa dengan anak aku?!"
"Abang kemalangan"
Hati ibu bapa mana yang tidak lemah bila mendapat khabar berita sebegitu? Laju kaki mereka melangkah kearah kereta dan terus memandu ke hospital yang disebutkan Ezhar. Kebetulan, ambulans yang membawa mangsa kemalangan juga baru sampai.
"Tolong selamatkan isteri saya!"
Anisah dan Esmael sibuk mencari kelibat Eidhar. Lain pula Ezhar, memerhati mangsa perempuan yang baru sahaja dibawa keluar daripada ambulans bersama suara yang dirinduinya
"Kak Sumayyah?"
Ezhar hanya berdiri diluar bilik, memerhatikan Sumayyah yang berdarah. Abangnya pula selamat namun langsung tidak perasan kewujudan Ezhar disebelahnya.
"Tolong selamatkan isteri dan anak saya". Rayunyaagi.
Beberapa doktor keluar dan masuk ke dalam bilik namun tiada keputuasan yang mampu diberikan mereka. Sehinggalah seorang doktor datang dan memeriksa kandungan Sumayyah. Perbincangan dilakukan ditempat lain dan akhirnya nama Eidhar dipanggil.
"Pesakit menunjukkan tanda tanda yang dia mungkin tidak akan sembuh". Jawab doktor sebelum Eidhar sempat melemparkan soalan.
"Mungkin kan? Maksudnya masih ada possibility untuk isteri saya sembuh. Kan? Tak boleh ke kalau doktor bedah isteri saya?". Bergetar suara lelaki itu. Tidak pernah sekali Ezhar melihat abangnya begitu. Abang yang selalu tersenyum sehingga ke telinga. Abang yang tak pernah tunjukkan rasa sedih dihadapan sesiapa termasuk dirinya.
"Saya takkan buat"
"Kenapa tidak?!". Bergema suara Eidhar disitu. Mengejutkan beberapa pesakit lain yang sedang berehat.
"Kalau saya bedah sekalipun, dia tak akan sembuh"
Diam. Mulut Eidhar seakan terkunci. Tidak mampu bertanya soalan atau lemparkan amarahnya.
"Dan kalau saya lakukan pembedahan, anak encik takkan selamat"
"Kami bersusah payah untuk dapatkan anak. Betapa gembiranya Sumayyah semalam bila doktor beritahu yang kami akan jadi ibu bapa". Teringat wajah gembira Sumayyah apabila usaha mereka berjaya. Mereka bakal menimang anak! Jika semua perkara ini tidak berlaku.
Dan ketika itu, suara tangisan Eidhar memenuhi tempat tersebut. Merayu agar isteri dan anaknya dapat diselamatkan. Merayu agar isterinya sihat seperti dulu kala dan terus berdiri disisinya.
4 bulan berlalu dan Eidhar setia berada disisi isterinya. Entah bagaimana, Sumayyah masih mampu terus hidup bersama anak didalam kandungan walaupun dia disahkan mati otak. Miracle mungkin.
"Terima kasih". Ucap Eidhar sebaik sahaja seorang jururawat yang ditugaskan untuk menjaga Sumayyah masuk kedalam wad itu.
"Kerja saya". Jawabnya dengan tersenyum.
"Doktor! Air ketumban Sumayyah dah pecah!". Eidhar yang baru sahaja ingin keluar daripada wad, serta merta berlari kearah Sumayyah.
Beberapa orang jururawat masuk ke dalam wad dan menolak katil Sumayyah jauh daripada situ. Eidhar hanya mengikuti mereka daripada belakang.
"Encik tolong tunggu disini". Dan Eidhar hanya akur. Menanti berita baik buat dirinya. Berdoa pada Allah agar kedua dua isteri dan anaknya selamat.
Dipendekkan cerita (sebab saya malas :P) Sumayyah berjaya melahirkan cahaya mata lelaki. Ketika Eidhar sibuk meneliti indahnya ciptaan tuhan, namanya dipanggil dan dibawa ke wad Sumayyah.
"Sumayyah". Panggil Eidhar perlahan. Melihatkan keadaan mesin yang bingit, dia terus memegang tangan Sumayyah. Berharap yang isterinya itu akan terus bertahan.
Tit......
Muncul satu garis panjang pada mesin yang sentiasa disisi Sumayyah. Mahu atau tidak, satu satunya kekasih hatinya telah pergi menghadap Ilahi.
.
.
.Ezhar berjalan dihadapan bangunan gah yang menjadi tempat abangnya mencari rezeki. Kehilangan Sumayyah hanya selang seminggu sebelum keputusan SPM nya dikeluarkan. Harapnya kegembiraan yang ingin dikongsinya dapat tolong Eidhar serba sedikit. (Tolong pa tak tahu dia ni. Innocent katakan).
Baru sahaja telefon bimbit berjenama nokia dikeluarkan daripada poket, bunyi orang menjerit mula kedengaran bersama bunyi seperti sesuatu jatuh diatas kereta (APA AYAT NI ASTAGA TAKDE IDEA)
"Siapa tu?". Tanya seseorang. Orang ramai mula menggemuruni kereta yang rosak itu.
"Tolong tepi sikit". Ezhar menolak beberapa orang dihadapan demi melihat sendiri apa yang terjadi.
"Abang..." Perlahan sahaja suaranya apabila jasad Eidhar yang terbaring diatas kereta itu.
"Abang!". Slip keputusannya dilepaskan dan dia berlari sekuat hati kearah jasah Eidhar yang sudah tidak bernyawa.
"Telefon ambulans!". Jeritnya lagi. Mengharapkan Eidhar berjaya diselamatkan walaupun peluangnya tipis.