Aku dan Bunga tenung Ezhar dan Fiy yang sedang melutut dihadapan kami. Minta penjelasan tentang perkara yang baru jadi tadi. Agak agaknya ni memang plan berdua atau secara kebetulan? Ah menipu lah coincidence.
"Honey/Bunga". Panggil mereka serentak. Aku silangkan kaki dengan penuh gayanya. Bunga tak kisah kalau kena tipu sebab aku dulu pun suka tipu dia. Jadi dia dah kebal. Aku ni. Mana boleh kena tipu.
"Saya innocent". Jawab Fiy. Menggeletar kaki dia. Baru melutut 10 saat. Lemah lah bakal suami kau ni Bunga.
"First of all. Ezhar ni siapa?". Aku sumbat sandwic dalam mulut Ezhar bila dia nak bercakap. Aku nak dengar jawapan Fiy, bukan Ezhar!
"Kawan aku". Jawab Fiy
"Tak!". Tersembur sisa sisa roti pada aku. Harap harap dia gosok gigi lah sebab aku ni penggeli sikit.
"Nah". Aku sambut tisu pada tangan Bunga dan kesat sisa yang bersepah tadi.
"Err pekerja?"
"No!". Marah Ezhar. Emo betul
"Partner?"
"Still no"
"Dah tu kau boyfriend aku ke?". Tersedak Bunga bila Fiy bertanyakan soalan yang panas tu. Kesian. Muka handsome tapi gay. Adik aku pun satu, pilih yang gay.
"Eh- tak tak! Tak Bunga! Err dia kawan! Sumpah sumpah!"
"Sumpah sumpah. Kena sambar petir baru tahu!". Ugut aku sambil tarik badan Bunga dan peluk dia. Tudungnya aku rosakkan sikit sebab awning dia cantik.
"Kak! Kak tudung aku!". Aku lepaskan dan acah acah caring.
"Eh sorry sorry. Kuat sangat eh?"
"Kot ye pun marah abang Ezhar, janganlah lepas dekat bunga"
Wah? Abang kau. Sama naik dengan si Melur. Aku agak ada benda lah Ezhar bagi dekat depan dua sampai sanggup panggil dia abang.
"Aku pernah selamatkan Fiy sekali lepastu dia melekat dengan aku sampai sekarang". Aku dan Bunga pandang Ezhar dengan muka yang tak percaya. Alah muka macam ni
"Haah! Alah Bunga kan tahu Fiy dulu macam mana"
"Ntah. Macam mana?". Bunga jongket bahu beberapa kali dan lipat tangan ke dada. Eh jangan kata kau, aku pun tak tahu Fiy ni dulu macam mana. Tengok sekarang elok je.
---
"Hoi Es batu!". Mengeluh Fiy bila namanya dipanggil salah seorang senior yang kebetulan berada di cafeteria.
"Ye- ye bang". Kalau tak disebabkan badan mereka sasa, memang lama dah Fiy belasah. Belasah sampai meningsoi pun tak apa. Bapak kaya. Apa susah? Money is everything kan?
"Abang ni lapar lah Fiy"
"Oh- kejap Fiy belika-". Bahunya digenggam kuat daripada belakang. Terketar-ketar lutut si Eskandar Lufiyaa dibuatnya. Ini kalau tak dilayan, mahu melayan wajah tampannya! Lari pula Bunga nanti.
"Abang ada satu tempat ni. Baru je buka. Alah tak jauh pun. Kita naik kereta Fiy. Boleh?". Terpaksa dia bersetuju dengan idea bang senior ni demi keselamatan dan kesejahteraan dirinya.
"Hah sini sini!". Nak tercabut jantung Fiy apabila kedai yang dimaksudkan abang senior tadi, kedai milik makciknya.
Kalau sampai ke telinga makcik nanti, malu! Sebab nanti dia report ke mama, mama report ke Bunga. Sudahla dia di jaga Bunga ketika mereka masih di sekolah yang sama. Kalau dah habis sekolah pun nak dijaga, malulah. Macam nak jaga Bunga kalau diri sendiri pun tak terjaga?
"Order". Kata pelayan dengan suara yang mendatar dan muka yang masam mencuka.
"Kau ni dik. Senyum lah sikit". Pelayan tadi masih dengan muka bekunya sementara Fiy masih cuba untuk menyorokkan muka disebalik menu.
"Bagilah ni apa ni". Jari ditunjuk pada gambar yang tertera pada menu. Dengan muka yang memang tak ada mood, si pelayan itu tulis aja pada nota kecilnya.
"Ha ni"
"Ni sekali"
"Ni ni"
Sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk Fiy risaukan duit poketnya tapi risau kalau kalau makciknya muncul secara tiba tiba. Biasalah. Cerita ni kan pasal tiba tiba.
"Yang menyorok belakang menu tu. Nak apa?"
"Oh dia? Biarkan aja". Menu yang dipegang Fiy terus ditarik kasar.
"Kau buat apa lagi? Blah la". Pelayan tadi masih berdiri tegak sambil tenung Fiy dengan lama. Fiy pula tenung dia balik tapi kaki dekat bawah meja tak habis habis menggeletar.
"Anything can call me. Ezhar"
"Hah dah blah ah. Aku lapar ni". Dan si Ezhar berlalu pergi dengan order mereka. Satu meja 4 orang. Order 3 orang. Makan macam 10 orang.
"Kau kenapa es batu? Rileks je. Kalau duit kau tak cukup, belakang tu mesti ada kerja"
Sumpah dia rasa nak larikan diri daripada kedai makan ini tapi kalau lari sekarang, esok kena tibai dengan senior. Sakit sekarang atau sakit kemudian. Memang sakit sekarang lah! Sekurang-kurangnya duit dia akan ditambah asalkan dia tak terserempak dengan makciknya!
"Table 4". Ezhar datang kembali dengan dulang ditangannya. Dulang kosong tanpa sebarang air mahupun makanan.
"Apahal? Makanan habis?"
"Oh tak. Cumanya tadi ada orang tolong bayarkan. Makanan semua dah siap dekat meja lain. Now please follow me, my dear customer". Kata Ezhar dengan penuh ramah. Mereka semua apa lagi, bersorak gembira lah! Makanan free, dapat makan pula dekat tempat first class. Tempat orang kayer katakan.
"Mana makanannya? Ini kan jalan belakang. Nak suruh makan dengan tikus ke?".
"Tak". Tak sempat senior senior tadi ingin mengadakan sesi soal jawab, kaki Ezhar sudah melayang terlebih dahulu. Menendang mereka bertiga yang berada didalam keadaan tidak bersedia.
"Hoi apa ni?!"
Sekali lagi bergetar lutut Fiy bila menyaksikan filem aksi secara langsung dihadapan matanya. Wah! Ini kalai rakam, mesti Ezhar terkenal dan disumbat masuk ke dalam penjara.
"Kau- kau! Aku report majikan kau!"
"Dipersilakan". Ezhar mencampakkan apron yang dipakainya ke tanah. Rambut yang basah dek kerana peluh yang menitik pula di flip ke belakang dengan penuh bergaya.
"Kerja dengan aku!". Kaki Ezhar dipeluk Fiy, menyebabkan dia melayang ke belakang sebab ditendang Ezhar. Terciduk member. Elok tak kena apa apa, dapat penyepak free.
"Sorry sorry"
"Kerja dengan aku!"
"Jadinya, betullah Fiy gay?"
Fiy yang sedang seronok bercerita tiba tiba mendiamkan diri. Semua pandang Seroja dengan muka yang tak puas hati.