8; Melur

282 7 0
                                    

"no one love me not even my birth mother. Kau siapa nak nasihatkan aku?"

"HAAAAA". Nak tercabut jantung aku bila bangun mengejut. Tadi tu, ingatan aku ke? So far aku tak pernah kemalangan lagi. Apatah lagi nak hilang ingatan.

"Mungkin sebab dah tua"

Aku ambil telefon yang memang terletak atas nightstand. Baru pukul 8.30 pagi. Harini pula hari Isnin. Hari yang biasanya aku tak pergi cafe. Sebab? Tak ada sebab. Aku lagi suka berguling guling atas katil sampai tengahari.

"Tak boleh!". Aku sarungkan hoodie lepas bangun daripada katil dan keluar daripada bilik. Harini nak kena pergi gym dekat bawah. Jadi orang yang produktif-

"Hoi!". Terkejut Melur yang tengah goreng telur dekat dapur. Ini apa masalah datang rumah aku? Lagi satu, mana dapat kunci?!

"Hehe. Sarapan kak"

Sarapan kejadah. Telur yang dia goreng tadi pun hangit. Roti pun tak nampak macam roti telur. Rentung. Aku tengok pula dua cawan kopi dekat atas meja. Macam seram je nak telan tu.

"Kau buat apa kat rumah aku ni?"

"Lari rumah". Katanya selamba badak. Lari rumah?!

"Eh gila apa kau ni?! Mama dengan ayah tahu tak?"

"Kalau tahu, tak adanya aku datang duduk sini. Ntah bangun lagi ke tidak"

Aku tepuk dahi sendiri. Ya Allah anak mana hasut adik aku lari rumah ni. Dah la lari rumah aku. Larilah rumah along!

"Kak tolonglah. Seminggu je"

"Kenapa seminggu?"

"Sebab. Aduh Melur tak ada sebab. Bagi je lah tumpang. Bukannya ada abang Ezhar pun". Mboi. Berabang dengan Ezhar nampak? Tahulah dia lagi tua daripada kau. Masalahnya dia tu tak jadi abang ipar kau lagi.

Ding dong

Hah! Tu mesti ayah nak datang ambil Melur. Alhamdulillah, awal ayah sedar anak kesayangan dia ni hilang daripada rumah. Aman sikit hidup aku-

"Hai!"

Aku tutup pintu tapi belum sempat tertutup penuh, dia sempat tahan guna kaki sendiri. Faham faham sendiri lah rasa dia macam mana. Padu.

"Aw aw aw aw!"

"Padan muka". Aku tutup pintu dan masuk ke dalam bilik. Ambil peti kecemasan.

"Eh kak siapa tadi tu-"

"Perompak". Aku buka pintu balik dan bersila dihadapan Ezhar.

"Buka"

"Hah?". Memerah muka Ezhar bila aku suruh buka kasut dia. Dia ingat aku bernafsu dekat kaki dia ke apa? Nak tangkap gambar, jual dekat onlyfans? Takde kerja aku

"Kasut tu"

"O-oh". Dia buka dan letakkan kasutnya ketepi. Uyoo lawa kasut. Nampak mahal.

Tak peliklah sebab sepanjang kami keluar berdua, dia memang selalu pakai baju yang berjenama. Aku je yang tak ambil kisah asalkan dia tak kerja jual dadah. Eh ye tak ye. Dia kerja apa eh?

"Kau kerja apa?"

"Tokan dadah-"

Pap!

Aku lempang dia guna alas kaki depan pintu rumah. Padan muka. Aku tanya elok elok, dia main main. Ke....

"Apa?". Dia pandang aku dengan muka tak bersalahnya lagi. Eh tak mungkinlah muka sesuci ni boleh jual dadah.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Nak ajak breakfast". Aku anggukan kepala sambil kemas dan susun semua ubat yang aku dah guna. Ceh padahal guna minyak dengan plaster je.

"Nak tak?"

Belum sempat aku balas, kepala Melur terjengah disebalik pintu dengan senyuman ngerinya.

"Hehe nak ikut!"

---

Orang yang keluar masuk kedai ini memandang kami dengan pandangan semacam. Apa? Tak pernah nampak orang sarapan kat mamak ke?

"Oi nak makan apa"

"Ish garangnya mak dia". Kata orang yang duduk bersebelahan meja kami.

Aku tahu Melur ni pendek orangnya. 145CM tapi takkan sebab tu depa ingat Melur ni anak aku dengan Ezhar pula?!

"Sayang nak makan apa?"

Oh gosh Ezhar. Tak kena lah nak bersayang sayang kat sini. Nak termuntah pakcik yang duduk dihadapan meja kami. Tak jadi dia nak sambung makan nasi lemak sambal udang dia.

"Roti canai telur 1. Teh oh ais 1". Jawab Melur tanpa segan dan silu. Dah la orang tak ajak dia. Sibuk kacau orang nak dating.

"Hah jadi kenapa kau lari rumah? Gaduh dengan Bunga ke?". Melur gelengkan kepala.

"Terima kasih". Kata Ezhar kepada pelayan yang hantar air kami. Laju.

"Gaduh dengan mama"

Aik? Dengan mama? Dah 28 tahun aku hidup, tak pernah lagi aku nampak mama naikkan suara dekat Melur. Ada lah sekali dua tapi tak sampai si Melur ni nak lari rumah. Kau ingat Seri Kembangan ke Kuala Lumpur ni dekat? Nak nak lagi Melur tak ada lesen kereta lagi. Apatah lagi motor. Datang naik apa?

"Mama tak bagi aku kahwin"

"Hoi!"

Tersedak Ezhar dengar suara jantan aku. Nasib baik dia sedut air pakai straw. Kalau dia togak biasa? Lemas anak orang.

"Uhuk-". Aku tepuk belakangnya dengan perlahan. Lama lama dia angkat tangan tanda dia dah stabil. Lmao kejadah stabil. Macamlah nazak sangat.

"Kau dah gila ke? Dah la semua orang tak tahu siapa boyfriend kau lepastu tiba tiba je nak kahwin. Boyfriend kau mana? Ada datang tunjuk muka dekat mama ayah ke? Kenapa kau yang nak kena bagitahu yang kau nak kahwin? Jantan tu mana?"

Panas eh panas. Entah apa dia rasuk adik aku ni suruh kahwin. Entah entah jantan gatal perut buncit ada anak 5. Eeeeeee. Dislike dislike. Bagus lagi Ezhar aku. Eh?

"Okay! Esok aku bawa dia jumpa mama ayah"

Ceh.

Pinang Where stories live. Discover now