"Seroja!". Terpaksa aku tahan Ezhar daripada tumbuk muka orang depan aku. Dah la terpaksa mengalah bagi tempat kosong dekat dia. Sekarang asyik panggil nama aku tanpa sebab. Tahulah nama aku sedap didengar!
"Kau boleh diam tak? ? Malu lah orang tengok daripada tadi". Terpaksa aku tundukkan muka sebab hampir satu kedai pandang kami tak puas hati. Dah macam bawa anak nakal pergi jalan jalan. Excited bebenor!
"By the way honey, tak nak kenalkan kawan awak dekat abang ke?"
Bro- abang? ABANG? AKU TUA DUA TAHUN TAHU TAK? DIA BAHASAKAN DIRI DIA ABANG? DEPAN KEVIN PULA TU
"Ehem. Ni Kevin. Kawan sek-"
"Ex boyfriend Seroja!". Tak pasal pasal dahi aku yang tak berdosa jadi mangsa pukulan sendiri. Geram aku dengan mamat ni! Apa kata dia pergi umum je satu mall ni yang dia ex boyfriend aku. Hah nak sangat perhatian kan?
"Kau siapa?". Tanya Kevin balik. Aku pandang Ezhar yang terjongket kening dan bibir dia. Mula dah dia ni.
"Aku Ezhar, suami- aaa aaarg!". Menggelupur badan Ezhar bila aku cubit belakang dia.
"Sakitlah sayang". Wow sayang. Tibah betul.
"Kejap honey. Kejap sayang. Banyak betul nama panggilan kau. Masa zaman kita dulu, kau tak bagi pun aku panggil kau macam tu"
"Sebab kau nak panggil aku baby girl. Cringe tahu?". Tergelak Ezhar bila aku buka buku lama. Bayangkan dia kejar aku satu sekolah sambil guna nama tu. Gila tak malu?!
"Dia bukan suami aku". Meleleh air yang baru diminum Kevin. Pengotor punya jantan nasib baik dah break!
"Eh sorry sorry". Dia ambil beberapa tisu dan lap mulut sendiri. Ezhar pula senyum macam tak ada apa. Dasar tak tahu malu.
"Baby boy!"
Dah. Aku dah boleh agak awek siapa kalau daripada jauh memekak panggil baby boy. Macam Kevin ni pekak pula tak boleh dengan dia diseru kekasih hati sendiri. Lagipun, siapa yang guna nama nama macam ni zaman sekarang? Kat public pula tu????
"Baby girl! Duduk duduk". Dia tolong tarikkan kerusi untuk perempuan yang baru sampai ala ala prince charming. Tolong. Nak termuntah.
"Baby boy dah order ke?"
"Sudah baby girl"
Aku hanya mampu gulingkan mata keatas. Tahu tahu aku dengar Ezhar ketawa walaupun perlahan.
"Eh baby boy siapa ni? Kenapa dia duduk dekat meja kita?"
Ezhar yang tengah seronok ketawakan aku tadi tiba tiba berubah jadi batu. Sejuk pandangannya terhadap kekasih hati Kevin. Muka macam nak telan orang pun ada.
"Err baby boy". Tak pasal pasal Kevin buat drama dengan perempuan ni dekat sini. Secara langsung depan kami berdua dan pelanggan yang lain. Nampak macam ramai dah beransur pergi sebab tak tahan dengan kami. Malu aku!
"Ini Seroja-"
"Oh that girl yang perasan dia cantik tu ke?!"
Kenapa eh kenapa? Cara percakapan tu macam waktu kecil dulu selalu kunyah mic. Kuat sungguh!
"Sorry ma'am but my wife is always pretty". Terkejut 'baby girl' Kevin bila Ezhar panggil dia dengan panggilan ma'am. HAHA.
"Eh so rude! I baru 27 okay?". Pft! Muda lagi Ezhar.
"Lagipun, you ni siapa? Dah la duduk dekat meja kami. Biadap pula tu". Kevin nampak macam gelabah bila 'baby girl' dia nak bergaduh mulut, bertikam lidah waktu ni. Aku pula hanya sedut air yang baru sahaja sampai tadi.
"May I ask you something ma'am?"
"Sure go on"
"How did you know that this is your table?"
Wah sedap air yang aku order ni. Eh tak bukan aku. Kevin yang order.
"Eh you buta ke? Baby boy I ada dekat sini so this is our table lah!". Penuh riak dan bangga dalam nada suaranya. Boleh tak nak beli confident dia? Limited edition betul.
"Baby girl-"
"Excuse me". Makanan pun sampai dipertengahan pergaduhan mereka berdua. Malas nak layan, aku makan je yang mana aku rasa aku punya.
"Eh you! Tak malunya makan makanan orang". Sumpah la perempuan ni. Potong mood siot nak makan. Aku dah la tengah kebulur sebab daripada pagi tak makan.
"Baby girl staph it"
"No! This is our food right? Later you the one who gonna pay for the food. Takkan you nak bayarkan makanan yang dia dah makan? Eh you. Tak malu ke act like pengemis? Mengemis makanan and duit dekat my baby boy?"
Ahhh. Aku abaikan kata kata dia dan habiskan makanan yang baru aku sentuh. Habis je, aku terus pergi basuh tangan dan ke kaunter. Nak bayar makanan yang aku dah makan.
"Ah suami puan dah bayarkan tadi". Aku terus cari Ezhar dekat meja tadi. Tak ada. Yang ada hanyalah Kevin dan awek dia tengah bergaduh mulut.
"Dah? Jom balik". Bahu aku ditepuk daripada belakang dan aku terkejut tengok tangan Ezhar penuh dengan beg makanan.
"Kenapa bayarkan?". Aku berjalan disebelah Ezhar sambil tenung muka dia. Aku yang makan, biar aku lah yang bayar.
"Jalan tengok depan"
Tak sempat aku nak tengok depan, aku hampir terlanggar tiang yang entah datang daripada mana. Cumanya tak rasa sakit. Sebab apa? Sebab dahi aku berlapik dengan tangan Ezhar.
"You know what, I starting to feel like I'm being your daddy right now not your husband"
Tahi.