Bab 24

6K 181 3
                                    

Zul meraup mukanya.
'Zul,Zafa macam mana?'Datin Fazilah tercungap-cungap semasa tiba di hospital private itu.Dia dari tadi tidak dapat berhenti menangis setelah Zul menelefon dirinya.
'Zul Zafa macam mana?'Datin Fazilah berdiri di hadapan Zul di tepi Puan Zamilah.
'Zul kenapa boleh jadi macam ni, nak?'ibu Zul puan Zamilah memegang bahu anaknya.Dilihat baju anaknya yang terkena banyak darah.
'Zul tak tahu.Dia lintas jalan tapi...'
Zul tidak dapat melanjutkan perkataannya.Dia menangis.Ini semua salahnya.Kerana egonya dia menyangkal bahawa dia mencintai Zafa.
Seorang doktor keluar.
'Mana suami Puan Zafa?'doktor yang memakai tanda nama Arif.
Zul bangun dengan segera.
'Saya,doktor'Zul mengesat air matanya.
'Isteri encik dalam keadaan kritikal tadi.Encik tahu tak dia tengah mengandung?'
'Mengandung?'semua menjerit perkara yang sama.
'Haa?Saya tak tahu, doktor'Zul seperti terkejut.
'Maknanya betullah dia pregnant'Zul terdetik di dalam hati.
'Dia dah mengandung 2 minggu.Tetapi maaf saya tak dapat tolong. Anak encik tak dapat diselamatkan kerana berlaku pendarahan yang banyak.Puan Zafa telah dipindahkan ke ruang VVIP.Kalau sesiapa nak melawat boleh tetapi tolong jangan buat bising ya sebab Puan Zafa baru sedar'Doktor Arif berlalu dari situ.
Zul terduduk di situ.
'Zul jangan macam ni.Kamu kena kuat.Memang bukan rezeki kamu berdua.Kamu berdua pun belum habis belajar lagi.'kata ayah Zul, Encik Nasir.
'Betul tu.You have to be strong.Mungkin kali ni memang bukan masa kamu lagi untuk jadi seorang ayah.'kata Dato'Azmi pula.
Zul mengangguk lemah.Bapa mertuanya dan bapanya mengangkat tubuh itu untuk duduk di atas kerusi. 'Zulllll!!!'Preti dan Adlin berlari ke arah Zul.
Zul berdiri.
'Dasar lelaki tak guna.Kau bukan ada berpuluh isteri.Sorang je pun.Itu pun tak pandai jaga ke? Bodoh.'Adlin marah.
'Kalau tak reti jaga kau beri kita orang jaga tak pun kau lepaskan jelah dia'Preti menambah.
'Aku minta maaf'Zul menundukkan muka.
'Kau jangan minta maaf dengan kami berdua.Aku nak kau minta maaf dengan Zafa.'Adlin memandang Zul dengan renungan yang tajam.
'Aku akan buat lebih dari tu.Aku takkan ulang kesilapan aku sekali lagi'Zul masih menundukkan muka.
'Baiklah kita orang nak tengok. Sorry aunty,uncle,mak cik and pak cik.Saya agak kurang ajar tapi ini melibatkan rakan baik kami.'Adlin meminta maaf.
'Tak pe.Kami faham.Memang silap Zul'Puan Zamilah tersenyum nipis.
'Kami minta diri dulu semua.Kami ada kerja sikit terpaksa diselesaikan dengan cepat.Lepas siap kerja tu kita orang datang balik'Preti dan Adlin menyalami Datin Fazilah dan Puan Zamilah.
'Baiklah.Hati-hati ya?'Datin Fazilah melihat mereka berlalu dari situ.Dia tahu rakan-rakan Zafa sangat memahami Zafa dan sayang padanya.
'Zul pergilah jenguk Zafa.Kami duduk sini dulu nanti kami masuk'Datin Fazilah membiarkan Zul pergi dulu menjenguk anak perempuannya.
'Baiklah mama.Zul masuk dulu ya semua'Zul masuk ke dalam bilik VVIP yang menempatkan Zafa.
Dilihat Zafa cuba untuk bangun sambil memegang perutnya.
Zul sepantas kilat ke arah Zafa dan cuba membantunya.
'Tepilah'Zafa menepis tangan Zul.
'Kenapa ni? Saya try tolong bangunkan awak je pun'Zul mengerut dahi.
'I can do it myself. Leave me alone.'Zafa menjerit.
'Sayang.Im sorry.Saya tahu saya salah.Tolonglah.Saya sayangkan awak.'
'Hahaha..hah.haha.hah.'Zafa ketawa sinis.
'Kau sayangkan aku? Ohhh.Sayangkan aku?Tapi kau tak sayangkan anak aku.Kau nak dia mati kan? Dia dah mati kau sukalah kan? Aku benci kau.Ceraikan aku!'Zafa menangis teresak esak.
'Saya sayangkan anak kita.Maafkan saya sebab saya tak pandai melindungi awak.Mungkin bukan rezeki kita dan cara awak mengandung adalah salah.'Zul memegang belakang Zafa.
'Ohhhh.Lepas kau dah buat,lepas aku dah gugur dah rasa sakit ni,kau nak cakap macam tu?Kau tak ada hati perut ke? Aku sakit lah.Sakit!Aku sakit masa kau buat aku pregnant,aku sakit masa aku dah gugur and aku paling sakit masa hati aku hancur sebab tengok kau dengan kekasih hati kau .It's not fair! It's not fair! Im your wife!Hati aku mungkin dah takde untuk kau.'Zafa meraung sambil memegang dadanya.
'Im so sorry.Saya janji takkan biarkan perkara ni berlaku lagi.Saya akan rebut hati awak tu balik.Please sayang.Give me a chance.'Zul mengesat air mata Zafa dengan hujung ibu jarinya dengan lembut.Dia duduk di sisi Zafa dan memegang tangan isterinya itu.
Dia mengelus lembut tangan Zafa.Zafa tidak melihat muka Zul tetapi dia membiarkan semua perilaku Zul lakukan terhadapnya pada ketika itu.Zul nangis teresak-esak di sisi Zafa.Sebenarnya, dia merindui Zul tapi perasaan benci yang membuak-buak datang.
Setelah lama Zafa berfikir dia menghadap muka Zul.Kesian pula pada suaminya itu.
'Baiklah saya bagi awak satu peluang. Buktikan semuanya.Rebut hati saya balik, boleh?'Zafa sudah mula memerlahankan suara.
'Terima kasih sayang.Saya takkan sia-siakan peluang ni'Zul mengucup tangan Zafa.
Zafa menarik tangannya perlahan.
Zul tahu isterinya masih marah.Dia berjanji akan merebut kembali hati Zafa.

Sayang kau Abang SadoWhere stories live. Discover now