Bab 7

6.5K 207 6
                                    

1 tahun kemudian...

Zafa masih mencuba untuk membalas dendam terhadap Zul tetapi tidak berhasil.Kehidupannya di universiti agak mengecewakan kerana ramai senior perempuan tidak berpuas hati dengan nya kerana Zafa terlalu cantik sampai dapat mengoda ramai lelaki di universiti itu.

'Zafa tolong akak pergi hantar barang yang Encik Aiman bagi ni dekat bilik rawatan boleh ?' Liyana yang sangat membenci Zafa dalam diam meminta tolong Zafa.Sebenarnya dia berpakat dengan seorang lelaki yang ditolak cintanya oleh Zafa untuk mengenakan Zafa.

'Okey je Kak Liyana'Zafa tersenyum manis.

'Thanks'Liyana memerhati Zafa menuju ke bilik rawatan di tingkat 3.Universiti ini sudah berapa kali digemparkan pasangan kekasih melakukan hubungan tidak baik di dalam bilik rawatan itu kerana sudah lama tidak digunakan.Liyana mengikuti jejak langkah Zafa.Zafa tidak sedar dia diikuti.

Setibanya di dalam bilik rawatan dia telah dikunci dari luar.Dia terkejut apabila dia melihat Zul juga berada di dalam bilik itu.

'Kau buat apa dalam ni Zul'Zafa agak marah.

'Aku kena simpan benda ni'

'Kau ambil kesempatan ke Zul'Zafa sudah mula menangis.

'Wei sekarang ni ada orang lain yang kunci kita dalam ni.Macam mana lah aku nak tahu.Sumpah aku tak buat.'

Zafa menangis teresak-esak lagi.

Selang beberpa jam kemudian, pintu bilik dibuka dari luar.Ramai pelajar memerhati dua susuk tubuh yang tidur beralaskan kepala masing-masing.

'Kau orang buat apa ni?'Pensyarah Aiman sudah menjerit.

Zafa dan Zul terkejut dari tidur.

'Zul kau ambil kesempatan ke?'tanya Zafa.

'Kau yang ambil kesempatan lah'

'Sudahlah.Kau orang ni dah kena tangkap basah.'kata Liyana dengan muka yang bengis.

'Betul tu betul tu'ramai siswa dan siswi yang berkata begitu.Ada yang mengambil gambar antaranya Liyana.

Zafa menangis teresak-esak.Zul hanya terdiam.

Mereka tidak tahu untuk berbuat apa lagi.

Sayang kau Abang SadoWhere stories live. Discover now