Bab 51

6.4K 165 5
                                    

'Haa.Hello.Kau nak apa call aku Preti?'sambil membuat kerja yang tertunggak semasa dia pergi ke Korea,Zafa bercakap dengan Preti yang menelefonnya.

'Uisshhhh.Garangnya.Kau sibuk ke?'bukan Preti tak tahu Zafa kalau tengah buat kerja memang dia akan buat dengan habis baik sebab dia nak yang paling perfect same as dia punya exam dulu pun selalu mesti kena duduk paling kurang pun top 5 dalam tingkatan.

'Aku sibuk jugak lah.Tapi takpe.Kau cakap je.Aku ada tangan satu lagi ni nak buat report ni'Zafa meneruskan meneliti setiap butiran dalam pc nya.

'Aku nak cakap ni.Kau jangan terkejut pulak'

'Apa dia? Cakaplah.Kau ni suka cakap lambat-lambat'

'Adlin...adlin...'Preti sudah terketar di talian.Mungkin akan dimarahi oleh Zafa.

'Adlin kenapa? Kau ni buat geram aku jelah.Kau nak suruh aku letak phone ni ke?' dahlah tengah busy boleh pulak kawan karibnya itu cakap tergagap-gagap.

'Janganlah.Aku nak cakaplah ni.Hmmmm...Adlin nak kahwin' lancar sekali perkataan itu.

'Whattttt?'Zafa terus berhenti membuat kerja sambil matanya membulat mentafsir kata-kata Preti tadi. teriakan Zafa tadi menyebabkan beberapa orang pekerja di luar menjenguk-jengukkan kepala mereka melihat bos mereka melalui tingkap bilik CEO tersebut.Zafa membuat tangan menyuruh mereka pergi.

'Janganlah menjerit.Pekak telinga kanan aku ni bangang'Preti memarahi Zafa kerana menjerit macam orang gila.

'Asal Adlin tak cakap dekat aku pun.Tup...tup nak kahwin.Lepastu dia cakap dekat kau dulu.Bukan aku or maybe she could announce it in front of both of us.Aku nak jadi jugak orang first sekali dengan kau' Preti dah tahu memang Zafa akan mengamuk jugak sebab dari dulu mereka menetapkan perjanjian kalau lah salah sorang daripada mereka nak kahwin kenalah umumkan di hadapan kedua-dua yang lain sekaligus.

'Dia terlepas cakap dekat aku.Aku pun terkejut jugak.Kau relaks lah.Kalau aku nak kahwin nanti aku akan cakap depan korang sekaligus.Okey?'Zafa mencebik mendengar ayat Preti.Sedih.Mungkin sebab dia terbawa emosi.

'Hmmmm yalah..yalah...habis tu dia nak kahwin dengan siapa? 'Zafa menunggu Preti yang senyap seketika di tepi talian.

'Kau nak tahu ke siapa ni? Tak nak surprise ke?'

'Tak nak.Just say the name babe'tak sabar lah katakan.

'S.Y.A.F.I.Q aka Shasha'terbuntang biji mata Zafa.

'What?Seriously?Hahahahhaha' Zafa ketawa terbahak-bahak sehinggakan terkeluar air mata.

'Kau ni apasal ketawakan bakal husband aku ah?'suara seseorang menyampuk.

'Kau ke Adlin?Lek ah der.Dahlah tetiba menyampuk dekat telefon Preti ni .Asal emo sangat? Aku ketawa sebab tak sangka jodoh kau dengan si Syafiq tu.I really want to meet you all tonight.Aku nak kau kongsi sikit pasal kau dengan dia sampai tetiba nak kahwin ni'Zafa masih ketawa.Tak sangka rakannya juga dapat berkahwin dengan lelaki yang pernah dicintai semasa sekolah menengah.

'Besok ah aku datang pejabat kau kita lepak-lepak kejap kat sana.Amacam?'

'Hmmm.Okey 10 a.m sharp okey?Bawak selalu si Syafiq tu.Aku nak tengok kehenseman dia tu'Zafa sangat gembira sebenarnya.Yalah kawan karibnya dah nak berkahwin.

'Yalah...yalah...jangun puji melebih.Hak aku tu'kedengaran suara Adlin seperti tidak puas hati.

'Ekeleh.Kau cemburu asal? Kau sedar sikit aku dah bersuami.Tak de masa nak layan lelaki lain.Dah lah aku nak sambung buat kerja.Ingat tau besok pukul 10 a.m sharp.Bye Syafiq's future wife'

Sayang kau Abang SadoWhere stories live. Discover now