Keadaan Zafa dan Zul makin dingin bukannya makin elok selepas pulang ke Malaysia dua hari lalu. Sebenarnya, Zafa tidak mahu pulang lagi kerana malas ingin menghadap muka Zul tapi dipaksa pulang oleh Tan Sri Azmi.
Malam itu mereka sedang asyik menjamu selera.Zafa hanya memasamkan mukanya.Tak lalu langsung dah lah kena duduk tepi Zul.
'Zafa kamu dah kenapa? Mama tengok muka kamu dari tadi macam asam jawa lepas tu pulak makan sikit aja'Puan Sri Fazilah memandang Zafa yang sudah mengangkat muka memandang mamanya.
'Tak de pape lah.Takde mood aja'Zafa meneruskan suapannya yang terhenti.
'Kamu pregnant ke?'Zafa membulatkan matanya apabila mendengar soalan daripada papanya.
'Takdelah.Tak muntah-muntah pun tak pening kepala pun.I'm really not in mood'Zafa menyuapkan nasi yang terakhir ke dalam mulutnya dan mengangkat pinggan berlalu dari situ.
'Sayang letak je nanti Bibik Siti ambilkan'Zul memegang tangan Zafa yang sudah ingin berlalu.
'Don't touch me'Zafa menengking Zul sehinggakan Zul dan yang lain terkedu.
'Zafa.Apa ni? Papa tak ajar kamu kurang ajar dengan orang apatah lagi suami kamu.Jangan nak biadap sangat'Tan Sri Azmi sudah menyinga.
'Apa papa ni?Asyik nak "backup" menantu papa aja'Tan Sri Azmi memicit dahinya.
'Zafa,papa bukan nak bela Zul.Tapi perangai kamu sejak balik dari Korea pun mama sedar dah lain.What do you want to show to us? A drama?Tak malu ke dengan kami ?'Puan Sri Fazilah juga sudah berbara.
'Arggghhh.Lantaklah mama dengan papa nak cakap apa.Zafa dah lah sakit hati lepas tu mama asyik bela dia aja'Zafa menunding jarinya ke sebelah kiri menunjuk ke arah Zul hampir terkena muka Zul.Puan Sri Fazilah yang geram terus mendekati Zafa.
Pangggg.Tamparan seorang ibu hinggap pada pipi puterinya.
Puan Sri Fazilah ingin mengangkat tangan lagi tapi dihalang oleh Zul dan Tan Sri Azmi.'Mama dah.Zul tak pape ma.Memang salah Zul kami bergaduh'Zul memegang tangan ibu mertuanya.
'Zafa ni dah keterlaluan.Mama dan papa dah bagi didikan agama dan kasih-sayang yang cukup tapi kenapa kamu jadi sebiadap ni Zafa.Kamu ingat mama tak tahu kamu jadi model.Kamu tak takut dosa ke tayang badan kamu depan orang walaupun tertutup belaka.Sama aja kamu dengan model seksi yang lain.Dahlah mama malas layan kamu selagi kamu tak minta maaf pada Zul' Puan Sri Fazilah mengangkat kakinya dan berlalu ke atas.Zafa sudah terkedu dengan kata-kata sindiran mamanya kepada pekerjaan "sambilannya" itu.
'Puas hati kamu Zafa dah sakitkan hati mama kamu? Papa tak sangka anak papa yang papa sayang berperangai macam ni.So selfish and arrogant.Berhenti jadi model atau pangkat CEO tu papa tarik bagi dekat orang lain'Tan Sri Azmi juga berlalu ke tingkat atas kerana seleranya sudah tiada lagi untuk makan bersama Zafa.
Zafa yang hanya berdiam diri akibat tamparan mamanya dan kata-kata Tan Sri Azmi dan Puan Sri Fazilah tadi, tiba-tiba menangis teresak-esak dan terkulai jatuh di tepi meja.
'Zafa janganlah nangis.Abang minta maaf sebab abang tahu ni semua punca abang'Zul duduk melutut dan cuba memujuk Zafa.Dia mengangkat Zafa untuk berdiri semula.
Tanpa sebarang kata, Zafa berlalu ke biliknya di atas.Meninggalkan Zul seorang diri di ruang makan villa itu.
'Bibik tolong kemaskan.Saya naik dulu'Zul berlalu tanpa menunggu bibik Siti muncul di ruang makan.
***
Tok..tok...tok...
Zul mengetuk pintu bilik mereka.Dilihat Zafa sedang solat Isyak.Zul berlalu untuk mecari baju tidur di walk-in wardrobe bilik itu.Selepas menukar baju Zul masuk ke tandas nak mengambil wudhu.
Apabila Zul keluar dilihat Zafa sedang melipat kain sembahyang.Zul hanya mendiamkan diri.
Setelah itu dia solat tetapi hatinya tidak khusyuk kerana memikirkan Zafa.Zafa mula memakai losyen pada tangan dan mukanya di hadapan meja solek.Matanya masih berair menahan sedih.
'Zafa.Abang minta maaf sekali lagi'Zafa memandang Zul tajam.
'Berapa puluh kali awak nak minta maaf.Saya dah naik BOSAN lah.Awak ni dari saya masuk sekolah menengah tak pernah berhenti sakitkan hati saya kan?Awak memang sengaja kan nak berpeluk-peluk dengan perempuan tu?Saya benci awak.Saya benci awak'ego yang menggunung pada Zafa telah menghalangnya memaafkan Zul.
'Takkkk.Saya bukan buat semua tu sebab sengaja.Tolonglah percayakan saya.Saya dah batalkan projek tu dengan dia.Julia pun dah pergi ke luar negara'Zul menghampiri Zafa dan memegang bahu isterinya tetapi ditepis kuat.
'No touching when we're in discussion'Zafa menjeling tajam ke arah Zul.
'Okey fine.But please forgive me sayang.You must trust me.You're the only one in my heart'Zul sudah melutut di tepi meja solek memandang mata hazel Zafa yang di tengelami air mata.
Selepas seminit berdiam di situ Zafa bangun.
' Dah.Bangunlah.Saya tak suka tanggung dosa sebab membiarkan suami saya merayu meminta maaf pada saya'Zul tersenyum dan mula bangun.
'Thanks sayang.Sebab maafkan saya'
'Siapa kata saya dah maafkan.We will see in a few days.Adakah hati saya masih terluka atau tak?'Zafa mencebik dan berlalu naik ke atas katil.Zafa terus tidur meninggalkan Zul yang hanya senyap di depan meja solek.Mungkin mencari idea untuk mendapat kemaafan daripada Zafa.
'Ya Allah bagilah aku ketabahan menempuh dugaan rumah tangga aku dan Zafa'hanya itu yang dia mampu lakukan saat ini.Meminta pertolongan maha Esa.
((So sorry for the late update my beloved readers.Saya terlalu busy untuk siapkan bilik saya utk Pt3 tahun 2016 ni.Kena berkemas satu bilik.Hmmm.Cerita ni pun dah nak dekat penghujung dah ni dalam beberapa bab lagi.Lepas ni saya akan buat novel baru tapi saya tak janji sebab takut busy dengan sekolah and tuition.Sesiapa nak suruh sy buat novel lain bolehlah comment atau msg sy.Kalau tak sy pun rasa malas nk buat sbb takde support utk novel baru.Sesiapa yang vote tu thanks a lot tapi sesiapa yang tak vote tu tak pelah maybe novel saya ni membosankan dan menyebabkan anda hanya mampu mebaca:'( .Ok jangan layan saya yang sedih sngt2 ni :p .Ok bye))
Sincerely
Fazariyah Azmi
1.1.2016
YOU ARE READING
Sayang kau Abang Sado
RomanceHighest rank-No1 in #romance Zulhilmi-Nama yang sering meniti di mulut Zafa.Senior kepada Zafa.Seorang yang digilai ramai perempuan kerana badannya dan mukanya yang kacak.Penghina Zafa yang paling tidak boleh Zafa lupakan sejak kejadian di sekolah m...