Bab 56

4.7K 125 8
                                    

'Sodaqallahhulazim' yassin ditutup dan doa dibacakan sebelum Zul bangun dan melipat tikar yang digunakan untuk mengalas punggungnya di tanah kubur itu.

Air mata menitis lagi dan dia terus berlalu dari tanah perkuburan ke rumah ibu bapa mertuanya.

'Zul dari mana nak?'Zul yang baru sampai di ruang tamu villa hampir terkejut dengan sapaan daripada Tan Sri Azmi.

'Zul dari tanah perkuburan tadi.Kenapa pa?'

'Tak.Mama kamu cari tadi.Ummi dengan abah kamu ada dekat dapur.Zafriyan ada dengan dia orang.Asyik menangis aja' Zafrian merupakan anak sulung Zul bersama Zafa.Penceria hati paling penting bagi Zul.

'Ooh.Kalau macam tu Zul pergi tengok dia orang dulu eakk?'
Zul meminta diri dan berlalu ke ruang dapur.Dilihat ibu mertua dan ibubapanya sedang berbual-bual dan Zafriyan dilihat sudah berhenti menangis.Anak sulungnya mengikut muka Zul manakala kulit putih melepak mengikut Zafa.

Zul dengan malasnya terus berlalu ke atas kerana malas mengacau orang tuanya itu.
Baik dia mandi dan pakai baju Melayu yang baru.

Baju melayu yang dipakai ke kubur tadi ditanggalkan dan dicampak ke dalam bakul pakaian kotor.Zul duduk sebentar di atas katilnya dan terus berbaring sambil memandang ke arah gambar yang terlekat di dinding.Zul tersenyum memandang gambar Zafa semasa memperagakan pakaian di Korea Fashion Show Festival.Sungguh cantik Zafa ketika itu.Ingatan Zul kembali kepada setahun yang lepas.

'Don't tell me...'Zul menekup mulutnya.Dia tidak mampu mendengar kata-kata doktor itu.Mungkin kata hatinya benar.Air matanya gugur dengan banyak.

'Encik Zul actually I want to say that Puan Zafa kehilangan terlalu banyak darah dan akan menyebabkan dia tak akan sedar untuk beberapa hari.Dan ini berpunca kerana kegugurannya dahulu.And plus if she is not strong enough maybe a few months and kalau dia tak sedar juga I'm sorry to say pihak hospital can't do anything.Tapi Encik Zul jangan risau.We will try our best.She will be fine after we transfer some blood into her body.InsyaAllah' Zul mula memenangkan hatinya.Apa yang dia fikirkan tadi semoga tidak akan berlaku.Dia tidak sanggup kehilangan orang yang paling dia sayang itu.

'But please doctor do everything that you can.No matter how much the bill is just make her conscious.I don't care what the cost will be.So please help her survive' Zul mengelap air matanya.Dia tidak kisah menangis di hadapan doktor itu kerana ini melibatkan orang yang dia amat sayang, Zafa.Isterinya harus diselamatkan walaubagaimana sekalipun.

'InsyaAllah Encik Zul.I will try my best.Encik Zul jangan risau dia akan selamat.InsyaAllah.Encik Zul sila tunggu di luar ya?I have to do my task now ' Zul hanya mengangguk dan terus keluar dari bilik bersalin.Memberi laluan kepada doktor untuk melakukan tugasnya menyelamatkan nyawa Zafa.Dilihat ahli keluarganya serta keluarga mertuanya menunggu dengan muka yang amat gelisah.Kesemua mereka sanggup meninggalkan kerja untuk menunggu Zafa melahirkan.

Zul meraup mukanya dengan kasar.Semua mata memandangnya dan terus menghampiri.Pakaian lutsinar yang dipakainya untuk masuk ke bilik pembedahan dibuang kasar.Zul duduk di atas kerusi dengan malas.

'Zul macam mana Zafa?'semua orang menunjukkan muka dengan harapan.Harapan agar isteri dan anaknya selamat.Zul mengeluh berat.

'Baby dah selamat tapi Zafa dalam keadaan tak sedarkan diri sekarang ni,doktor kata they will try hard but...but...' Zul menundukkan kepalanya.Tidak sanggup dia meneruskan apa yang harus diluahkan sekarang ini.

'But apa Zul?But apa nak?'tanya Puan Sri Fazilah.Belum sempat dia meneruskan kata sebuah suara lelaki yang termengah-mengah mencelah.

'Za...Zafa macam mana?Zafa...macam mana Zul?' Dihampiri Zul dan matanya seperti memberi harapan yang tinggi agar Zafa tidak apa-apa.Semua mata memandang ke arah lelaki itu.

Sayang kau Abang SadoWhere stories live. Discover now