Bab 48

5.8K 177 11
                                    

'Zul apa ni? Sakitlah'Zafa memang sudah tidak tahan lagi sejak acara tamat tadi kerana Zul mencengkam tangannya kuat.Zafa yang sudah bertukar baju dipandang Zul.

'Masuk jelah kereta.Banyak cakap pulak'Zul menolak Zafa ke dalam mata.Mata Zafa sudah mula berair.

'You duduk mana kat sini?'Zul bertanya keras kepada Zafa.

'Duduk dekat hotel Harrislah' Zul yang memandu kereta BMW yang disewanya sementara berada di Korea terus memandang Zafa.

'Kau duduk sebilik dengan dia ke?'terkejut Zafa dibuatnya dengan ayat kasar Zul.

'Eh jaga sikit mulut awak tu ehhh'Zafa sudah mula mengesat air matanya yang mengalir.

'Iyalah tu.Aku tak percaya'Zafa hanya mendiamkan diri dan memandang ke luar tingkap kereta.

'Kenapa diam?Dah tak de modal nak jawab ke?'Zafa mencerlung tajam ke arah Zul.

'Senyaplah.Sampai hotel saya cakap'Zul hanya mengangkat keningnya dan mencebik bibir.

***

'Hah.Dah sampai dalam bilik hotel dah ni.Tak nak cakap lagi ke?'Zul sudah duduk di atas katil king hotel itu.

'Nak cakap apa lagi?'Zafa sudah mula serabut dengan perangai Zul.Asyik-asyik bergaduh.Dia dahlah tak de mood sebab suami dia curang dekat belakang.

'Awak lari sampai sini buat apa? Nak ikut jantan tu ke? Lepas tu nak tunjuk body awak dekat depan semua mata.Awak tak takut dosa ke?'Zafa mula tersenyum sinis dan mendengus geram.

'Ooohhh pandai cakap saya macam-macam ya Encik Zulhilmi.For your information, I went here because of you.Mula-mula saya nak juga tanya permission awak dulu beberapa hari sebelum datang sini boleh tak nak terlibat dalam modelling Korea Fashion Show Festival ni.Tapi saya tak sangka saya ternampak apa yang tak sepatutnya' senyuman sinis masih tidak lekang dari bibir Zafa.

'A..a..apa ya..yang aw...awak nampak?'Zul sudah tergagap.Nampak benar kerisauan di muka.

'Saya nampak Encik Zulhilmi berpeluk sakan bersama model Julia Bella binti Dato'Hashim.Hahahha.Terasa lawak pulak masa tu.Sebab bukan saya orang pertama yang nampak tapi adik bongsu Encik Zulhilmi dulu yang nampak.And one more thing si Julia tu basah habis seluar dengan baju dia tu adalah sebab saya.Saya yang kenakan dia selepas nampak awak bermesraan dekat restoran tu. 'Zafa tergelak sinis.

'Padan muka.Patutnya aku bagi tahu aja umi dengan abah, biar padan muka'ketawa jahat Zafa dalam hati.

'Za..za...ra pun tahu?Awak dengan dia ada beritahu abah umi dengan mama papa dah ke?'cuak muka Zul ketika itu.
Zafa ketawa sinis.

'Coming soon dear'Zafa mengangkat kakinya untuk beredar namun terhenti apabila tangannya digenggam lembut.

'Zafa I'm trully sorry.Can I explain something? 'Zafa hanya mendiamkan dirinya.Melihatkan Zafa seperti itu Zul mula bercakap.

'Saya pura-pura rapat dengan dia.Saya tak cintakan dia walaupun sekumit pun.I just really love you.Saya buat semua ni sebab saya takut syarikat kita kerugian 80 juta.Kita terpaksa bekerjasama dengan dia sekarang ni untuk projek 80 juta itu.Saya terpaksa menanggung dosa sebab Julia selalu peluk saya.Tapi awak ada nampak ke hari tu saya risau pada dia selepas dia keluar dari Ladies tu lepas tu menggadu dekat saya?Tak Zafa.Saya tak buat semua tu.Saya tetap nak bersabar sampailah projek tu habis walaupun si Julia tu menggedik dengan saya.Dia tahu saya dah beristeri dan dia ugut akan tarik balik projek tu kalau saya tak layan dia'Zafa mendengar dengan teliti apa yang dikatakan Zul.

'Saya tak kisah dengan projek tu.Batalkan atau ceraikan saya'Zafa sudah mula menangis.

'Tak saya takkan ceraikan awak.Tapi awak tak takut ke kita kehilangan 80 juta macam tu aja'

'Awak ingat rezeki ajal maut tu ada dekat tangan minah tu dengan bapak dia ke?Just cancel this project.Setakat 80 juta apalah sangat.And saya dengar bapak dia dah nak bankrap, so boleh ke dia tu bayar 80 juta? So lepas ni siasat dulu latar belakang syarikat yang berurusan dengan kita sebelum bekerjasama' Zafa berlalu dari situ dan terus menuju ke bilik mandi meninggalkan Zul yang terkesima dengan ayat Zafa.

***
Zul memerhati Zafa yang bertuala paras lutut bersama tuala diikat dikepala kerana rambutnya yang basah.

'Zafa tak elok mandi tengah-tengah malam macam ni' Zul menegur Zafa yang sibuk mencari pakaian tidur di dalam beg.Dah pukul 12.30 dah pun tetap nak mandi juga si Zafa ni.

'Awak tak payah cara lah pasal saya.Saya tak nak cakap dengan awak faham?'Zafa mencapai sehelai baju jersey besar bersaiz xxl dan disarungkan ke tubuhnya. Memang tak payah pakai seluar dah sebab baju tu dah lah besar lepas tu pulak panjang sampai atas lutut.

Zul menelan air liur.Dilihat tubuh isterinya dari atas ke bawah.Betis Zafa yang putih melepak di pandang lama.

'Ishhh tak boleh Zul.Sabar Zul sabar.Dia tengah marah tu.Jangan kacau dia malam ni'Zul memerhati Zafa yang sudah berbaring membelakanginya dan terlelap.Buntu Zul mahu memujuk Zafa dengan cara apa lagi.

Zul berlalu dan mengambil wudhu.Dia ingin menunaikan solat sunat hajat tengah malam itu.
Seusai solat, Zul berdoa memohon kepada Ilahi agar dapat menolongnya.

'Ya Allah Ya Tuhanku.Kau ampunilah dosa aku yang melampaui batas sebagai seorang lelaki kepada seorang perempuan serta dosa isteriku kerana dia bercakap kasar dengan ku tadi Ya Allah.Aku maafkan dia Ya Allah.Ya Allah bagilah petunjuk dan pertolongan kepada hamba mu ini untuk terus berusaha mendapatkan kemaafan daripada Zafa Ya Allah.Amin'doa Zul yang berteleku di atas tikar sejadah meminta pertolongan dari Allah itu dapat Zafa dengari.Dia tidak tidur pun sebenarnya.Air mata Zafa menitis lagi dengan doa Zul tadi.

'Ya Allah ampunkan aku Ya Allah. Aku masih sakit hati dengan perangainya Ya Allah.Ampunkan aku.Aku tidak mahu menjadi isteri derhaka'Zafa menutup matanya seusai berdoa di dalam hati.

Zul pula melipat sejadah dan terus berbaring di tepi Zafa. Dirapatkan badannya dan memeluk pinggang Zafa yang membelakanginya.Lalu dia menghadiahkan Zafa sebuah ciuman di ubun-ubun isterinya yang sudah tidur itu.

'Selamat malam sayang'Zul pun terridur selepas itu di samping isteri tercinta.

Sayang kau Abang SadoWhere stories live. Discover now