Hari demi hari berlalu dengan cepat tanpa disedari.Kandungan Zafa sudah mencecah 8 bulan 25 hari.Sepanjang kehamilan Zafa, tidak sekalipun Zul menyakiti hati isterinya itu.Walaupun Zafa merajuk atau berkeras, Zul tetap bersabar.
'Abang, Zafa bosan ah duduk rumah sorang-sorang.Hari ni ajak Zafa pergi pejabat boleh?'Zafa memaut tangan Zul manja yang sedang menonton televisyen namun Zul hanya buat tidak tahu.Sejurus itu Zafa merungkaikan pautan tangannya pada tangan Zul.
'Kenapa abang tak nak layan ni? Abang jahat.Abang tak sayang Zafa dah.Abang ada perempuan lain ke?'Zafa memukul-mukul bahu Zul sekuat hatinya.Zul mengerang kesakitan dan terus menangkap tangan Zafa.
'Sayang ku.Abang tak nak ajak bukan sebab ada perempuan lain.Sayang sedar tak perut tu dah berapa bulan? Tunggu masa je tau.Sebab abang sayanglah abang buat macam ni.Tolonglah faham'Zul memandang tepat ke dalam anak mata Zafa.Memohon agar isterinya memahami.Dia memang tak nak isterinya banyak bergerak ke sini ke sana.Walaupun dia tahu Zafa bukannya jenis yang suka goyang kaki.
'Alahhhh rileks lah abang.Abang tahu kan rumah ni sunyi.Kita berdua je.Tak pun ada orang gaji tu.Bosanlah menghadap muka dia aja.Zafa nak juga hadap muka abang tak pun mama and papa'Zafa meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya pada pipi Zul.Dia masih tidak mahu mengalah dengan Zul.Zul menghela nafas panjang.Tangan isterinya diambil dan dikucup lama.
'Ok macam ni.Kita tidur rumah mama dua tiga hari.Amacam? Nak tak?Lagipun sayang dah nak bersalin dalam masa seminggu ni 'Zul memberikan cadangan yang agak bernas yang membuatkan Zafa ingin meloncat gembira.
'Nakkkk.Abang jomlah siap.Dah nak maghrib dah ni.Kita sampai rumah mama kita solat kat sana.Okey?'Zafa terus bangun apabila Zul mengangguk dan tersenyum manis ke arahnya.Ditarik tangan Zul sekuat hati kerana Zul terlalu berat baginya walaupun berat badannya dah mencapai 70 kg.
Namun belum sempat Zul berdiri, Zafa tiba-tiba terasa sakit di bahagian bawah perutnya.'Abang sakitttt.Ahhhh.Abangggg' terkejut Zul apabila melihat isterinya memegang perut sambil tangan terketar-ketar.Dilihat jubah mengandung yang dipakai Zafa telah basah di bahagian bawah.Hampir terjatuh Zafa tapi sempat disambut oleh Zul.
'Sayang dah nak beranak ni.Sabar sabar.Abang pergi start kereta kejap.Kejap je' dengan tergopoh-gapah Zul berlari mendapatkan kunci kereta dan menghidupkan BMWnya.Tidak sampai 1 minit dia kembali mendapatkan Zafa di ruang tamu.
'Jom sayang jom.Abang dukung ya? Jap.1,2,3, upppp'Zul berhati-hati mengangkat Zafa menuju ke arah kereta mereka.Diletakkan Zafa di seat belakang supaya dapat memberikan keselesaan kepada wanita itu.Hospital suasta yang sama ketika Zafa keguguran beberapa tahun yang lalu menjadi arah tuju.Dengan kelajuan yang maksimum,Zul memandu keretanya.Sesekali matanya melihat Zafa melalui cermin pandang belakang dan menyuruh isterinya itu bersabar.
***
'Puan Zafa.Relax.Okey tarik nafas...turun.Push...'beberapa kali doktor bersalin itu menyuruh Zafa melakukan apa yang disuruhnya.Zul ditepi turut memberikan semangat.
'Sayang...push sayang push sikit lagi'Zul mengusap-usap dahi Zafa yang keluar peluh itu.Kesian atas kesusahan isterinya untuk melahirkan anak sulung mereka.Mulutnya tidak lekang membaca zikir supaya memberikan ketenangan kepada isterinya itu.
'Erkkmmm...abang sakit....'tangan Zafa erat memegang tangan Zul.Sekalipun tidak dilepaskannya dari tadi.Kekuatannya pada saat itu hanya Zul kerana mama dan papanya semua ada di luar bilik bersalin untuk menunggunya bersalin.
'Ok Puan Zafa kepala dia dah keluar.Sikit lagi push'Zafa menggunakan sisa-sisa tenaganya yang tinggal.Selepas itu,suara tangisan bayi kedengaran.
'Tahniah.Your baby boy is here Encik Zul'doktor pakar tersebut menghulurkan bayi lelaki itu kepada Zul.Zul mengambil anak sulungnya dengan berhati-hati.Hatinya sangat gembira ketika itu.Mulutnya juga tidak lepas mengucapkan syukur kepada Allah.Zul terus memperdengarkan azan ke telinga anaknya.
'Ok Encik Zul I nak bagi nurse cuci dulu baby you.Nanti I bagi balik dekat you'
'Ok doktor.Be careful with my baby'setelah memberi anakmya itu terus Zul merapati Zafa semula.
'Sayang.Thanks for giving me a handsome boy'Zul mengusap kepala Rafa.Mata Rafa masih tertutup dan langsung tiada sebarang respon.Kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Zul memanggil lagi nama isterinya.Namun tiada tindak balas dan muka Zafa kelihatan makin lama semakin pucat.
'Sayang, wake up.Ya Allah.Doktor...help my wife.What is going on?'Zul separuh menjerit memanggil doktor yang sedang sibuk menolong jururawat membersihkan anak mereka.
'Wait.Ya Allah.Kejap saya check'dengan cemasnya doktor perempuan tersebut memerikasa keadaan Zafa yang mukanya pucat seperti tidak bernyawa.
Selang dua hingga tiga minit, doktor tersebut menghampiri Zul dengan muka yang amat mengecewakan.
'Don't tell me...'Zul menekup mulutnya.Dia tidak mampu mendengar kata-kata doktor itu.Mungkin kata hatinya benar.Air matanya gugur dengan banyak.Adakah ini suratan takdir untuk dirinya yang hanya akan hidup bersama anak sulungnya itu sahaja?
YOU ARE READING
Sayang kau Abang Sado
RomanceHighest rank-No1 in #romance Zulhilmi-Nama yang sering meniti di mulut Zafa.Senior kepada Zafa.Seorang yang digilai ramai perempuan kerana badannya dan mukanya yang kacak.Penghina Zafa yang paling tidak boleh Zafa lupakan sejak kejadian di sekolah m...