Semua mata memandang sesusuk tubuh yang kelihatan seperti model dan wajah seperti artis korea.Zafa masuk bersama dua orang rakan baiknya.Semua mata memandang.Senior-senior lelaki memandang Zafa sambil menelan air liur manakala senior perempuan seperti tidak mampu menutup mata melihat gadis cantik itu .Beberapa orang lelaki yang kelihatan seperti sebuah kumpulan masih bercakap-cakap tanpa melihat ke hadapan.
'Please introduce yourselves girls'
Kata seorang pensyarah lelaki yang kelihatan segak bergaya dan masih muda.
'Hai my name is Preti Kaur and I am from Terengganu' kumpulan lelaki itu masih tidak mengangkat muka mereka.
'Hello.My name is Adlin Natasha and I'm also from Terengganu'masih bercakap-cakap lagi kumpulan itu.
'Assalamualaikum and a very good morning.My name is Wan Nur Rabiatul Zafariyah binti Dato' Wan Mohd Azmi. I'm also from Terengganu.'
Mata semua ahli kumpulan lelaki itu memandang ke hadapan.Mata yang sudah lama Zafa ingin lihat iaitu mata Zul.Zul seperti terpaku dengan nama yang disebut tadi.Dia dan yang lain menggosok mata mereka berkali kali.
'Ok thanks.Please have your seat dear'kata pensyarah itu lagi.
'Thanks'ucap Zafa sambil tersenyum manis.
'Zafa duk sini tepi abang'seorang senior lelaki yang kelihatan gatal itu memanggil Zafa.
'Tak pe saya cari tempat lain'ramai yang tergelak.
Zafa berjalan sambil diikuti rakan baiknya.Zafa mengambil tempat betul-betul di hadapan Zul.Adlin dan Preti Kaur duduk ditepi kanan dan kiri Zafa.
Zafa buat selamba badak dia apabila lelaki-lelaki di belakangnya berdeham-deham.
'Ada masalah ke, Zul?'Zafa senyum sinis.
'Tak de pape'Zul masih tidak percaya dengan kehadiran junior yang dulunya gemuk yang pernah dia hina dan sekarang ini seperti seorang model yang bertudung.
'Lawa kau kan Zafa sekarang'Iskandar membodek Zafa.
'Dia memang lawa pun dari dulu'Adlin mencelah.
'Tak guna menyesal sekarang lepas apa yang kau orang buat'kata Preti Kaur dengan muka yang angkuh.Mereka terus telan air liur pahit kerana terlalu sentap dengan ayat itu.
'Guys sekarang ni kita akan start kita punya pembelajaran hari ini'kata pensyarah muda yang bernama Aiman itu.Dia juga sebenarnya tergoda dengan Zafa.Tapi ditutupnya perasaan itu.
Mereka semua pandang ke hadapan tetapi Zul masih tidak senang duduk.Dia masih lagi buntu dengan kehadiran Zafa.
YOU ARE READING
Sayang kau Abang Sado
RomanceHighest rank-No1 in #romance Zulhilmi-Nama yang sering meniti di mulut Zafa.Senior kepada Zafa.Seorang yang digilai ramai perempuan kerana badannya dan mukanya yang kacak.Penghina Zafa yang paling tidak boleh Zafa lupakan sejak kejadian di sekolah m...