"Saya tinggal dengan keluarga saya. Tak ada lah menyusahkan awak pula lepasni."
Arjuna hanya diam merenungku. Kening sebelahnya terangkat.
"Baru sehari kau tinggal dengan aku. Aku tak complain apa-apa pun." Balasnya.
"Tapi-"
Belum sempat aku mengeluarkan kata-kata, bibir Arjuna lantas menindih bibirku. Aku terkejut dengan aksinya. Tangan kasar Arjuna dibawa melingkari pinggangku. Tangan kiriku pula disatukan erat dengan tangan kanan Arjuna. Mataku terbuntang luas, tidak mampu untuk berkata gara-gara bibir Arjuna yang menindih bibirku ganas.
Aduh!!
Kepala diusap perlahan untuk menghilangkan rasa sakit. Mata juga turut dibuka perlahan-lahan. Aku memegang pipi yang sedang meruap kemerahan. Keluhan kecil dilepaskan. Mimpi rupanya. Sedar tak sedar, aku sudah terbaring di atas lantai.
Pintu bilikku tiba-tiba dikuak luas. "Laila, kenap-"
Aku memandang Arjuna keliru. Kenapa dia pusingkan kepala dia ke tempat lain? Aku meraba-raba seluruh tubuh badan. Sampai sahaja tanganku ke kepala, aku tersedar yang aku tidak menutup rambutku dengan apa-apa.
Lantas aku mengambil selimut tebal yang berada di sebelah kananku sebagai pengganti untuk menutup rambut. Kalau dia tahu aku ini isteri dia, tak perlulah aku susah payah tutup-tutup depan dia. Aku menggumam perlahan.
"Awak boleh pusing." Tegurku.
Segera kepala Arjuna memandang ke arahku. Wajahnya beriak kerisauan. "Apa jadi? Aku dengar bunyi gedebuk tadi. Kau jatuh ke? Pipi kau pula, kenapa merah-merah? Kau demam ke? Jom kita pergi hospital." Bertalu-talu soalan Arjuna menyembur kepadaku.
Aku hanya menggeleng. "Tak, saya tak demam. Biasalah, tidur lasak. Jatuh katil lah jawabnya." Jelasku. Tiba-tiba cecair jernih mengalir dari lubang hidung. Aku segera mengelapnya.
Arjuna menghela nafas berat. "Siap sekarang. Aku bawa kau pergi hospital."
"Tak perlu kut. Ni semua sebab aircond. Nanti saya tutup, okay lah." Balasku lagi. Gila ke nak pergi hospital pukul 3.00 pagi? Memang tidaklah.
"Degil," Arjuna menjawab sepatah. Pintu bilikku lantas ditutupnya.
Aku menghela nafas lega. Kalau aku bagitahu mimpi aku fasal Arjuna, silap hari bulan, kena halau lah aku dibuatnya.
Aku meraba-raba meja di belakangku untuk mengambil iPhone. Lantas iPhoneku dibuka. Mataku membulat besar apabila melihat 20 panggilan tidak terjawab daripada Serena.
Otak diperah seketika. Setelah beberapa saat berfikir, baru aku teringat yang Serena perlu pulang ke tempat asalnya iaitu Itali. Aku sudah berjanji dengannya bahawa aku akan menyambut dia sebelum bertolak pada pukul 3.00 pagi.
Lantas anak tudung disarung manakala tudung shawl hitam dililit ke leher. Cardigan tebal dipakaikan ke badan. Sebelum bertolak menuju ke airport, aku sempat mencari stokin. Keluar, keluar juga, aurat mesti jaga.
Pintu bilik dibuka pantas. Laju aku berlari menuju ke tangga.
"Kau nak pergi ma-" aku meletakkan jari telunjuk dibibir memberi makna supaya Arjuna berhenti bercakap.
Belum sempat aku membuka pintu utama, tiba-tiba pergelangan tanganku ditarik lembut oleh Arjuna. Aku memandangnya.
"Malam-malam buta ni kau nak pergi mana?" Soal Arjuna.
"Tak payah sibuklah. Saya dah lambat ni. Sekejap aje nanti saya balik lah semula." Ujarku. Tak ada masa aku nak bertemu duga dengan Arjuna sekarang ini.
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...