BAB 9

4.8K 325 17
                                    

Aku meregangkan otot-ototku ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang. Pandangan dibawa ke sebelahku. Arjuna sudah tiada. Ini mesti sudah pergi kerja. Dahi pula disentuh dengan telapak tangan.

Alhamdulilah, dah sihat.

Lantas aku bangun untuk mengemas katil lalu turun ke bawah untuk sarapan pagi.

"Abang Arkan!" Aku menyapa abang Arkan yang baru sahaja membuka pintu utama untuk masuk ke rumah. Nasiblah aku memang sudah sarungkan tudung hitam dikepala.

Abang Arkan tersenyum melihatku. Tangannya dilambai kepadaku. Segera aku mengorak langkah menuju ke arahnya.

"Macam mana dengan shooting? Abang Arkan mesti penat kan? Abang Arkan shooting dekat mana?"

Abang Arkan tersenyum dulu sebelum mula menjawab persoalan tak berapa cerdikku itu.

"Penat tu biasalah. Abang Arkan shooting tak jauh pun dari rumah. Dekat Melaka aje." Mudah abang Arkan menjawab. Tak jauh? Tapi kenapa aku rasa jauh? Melaka kut. Jauh juga dari KL. Ah, lantaklah. Yang penting abang Arkan selamat sampai ke rumah sekarang ini.

"Tadi Arjuna baru keluar rumah. Kenapa masam aje muka dia?" Soal abang Arkan tiba-tiba.

Err.. mana aku tahu. Aku ada buat salah ke?

Aku menjongket bahu sekali. "Ni, abang Arkan dah tahu ke yang.."

"Dah,"

Mataku menjegil pada abang Arkan yang berada di hadapanku. Dia seolah-olah sudah tahu persoalan aku. Bila difikirkan balik, sudah tentulah dia dah tahu fasal Arjuna. Kembar dia kut. Kembar tidak seiras.

"Laila dah makan ke belum?" Abang Arkan bertanya. Aku hanya menggelengkan kepala.

Abang Arkan menggaru kepalanya. Aku memerhati gerak-gerinya yang sedari tadi kelihatan agak janggal denganku. Kening sebelah diangkat. Riak wajah abang Arkan seperti ingin bercerita sesuatu denganku tapi teragak-agak untuk memulakan cerita.

"Abang Arkan ada tea tak?" Soalku.

Tangan abang Arkan yang menggaru tiba-tiba terhenti. Iris matanya bergerak ke arahku. Kedua-dua keningnya diangkat seperti inginkan aku ulang semula soalan itu.

Aku menyilangkan tangan di dada. Kedua-dua kening pula diangkat beberapa kali seraya tersenyum kepadanya.

Bebola mata abang Arkan mula bergerak tidak tentu arah. Tidak tahu ingin memandang ke mana. Sudahnya, dia menggosok belakang leher sambil memandangku. Kepalanya ditundukkan sedikit.

"A..ad..ada..." Teragak-agak abang Arkan memberitahuku. Aku mengukir senyuman manis.

"Cerita lah,"

  "Cerita lah,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now