Diam. Aku dan Lucas masing-masing selesa diam sambil mendengar lagu Starboy by The Weeknd yang dipasang oleh Lucas.
"Arjuna suruh makan dulu. Dia kata kalau tak makan, nanti kau rengek macam bayi tiga tahun." Lucas tiba-tiba bersuara. Aku mencebik. Tapi kalau nak diikutkan, dalam hati sudah berbunga-bunga.
Yalah, mana tak berbunganya kalau dah husband sendiri caring fasal kita walaupun tengah busy?
Sampai sahaja di restoran, Lucas terus mengajakku untuk mencari tempat yang agak jauh daripada orang ramai. Aku hanya mengikut.
"Sini okay?" Soal Lucas.
"Okay. Saya tak suka sangat tempat yang crowded macam tadi. Nasib lah ada tempat yang tertutup sikit dekat restoran ni." Balasku jujur.
Lucas tersenyum. Dia lega mendengar jawapan positif daripada mulutku. "Aku pergi ambil order dulu." Katanya.
Lantas dia bangun dari tempat duduknya. Aku hanya mengikut pergerakannya melalui ekoran mata.
Hilang sahaja kelibat Lucas, aku terus memandang sekeliling. Cantik. Terdapat tingkap besar di sebelah meja makan kami. Sambil makan, boleh lah aku menikmati pemandangan di luar.
Tangan dimasukkan ke dalam beg tangan milikku. Mahu berswafoto alang-alang sudah sampai dekat restoran mahal ini. Lagipun, ini kali pertama aku datang ke restoran ini. Aku tak pernah tahu pula ada restoran secantik ini di Kuala Lumpur.
Buka sahaja kamera iPhoneku. Terlihat ada susuk tubuh seorang lelaki berumur lebih kurang 30-an di dalam kamera. Ini filter ke? Aku menggoyang-goyangkan iPhoneku.
"What are you doing, little girl?" Suara garau itu memasuki gegendang telinga membuatkan aku terkaku.
Pantas aku meletakkan iPhone di atas meja. Kepala diangkat sedikit untuk memandang ke hadapan. Eek! Sejak bila dia duduk depan aku? Dia nak tumpang duduk ke?
Aku meneliti setiap inci wajah lelaki itu. Wajahnya ala-ala sugar daddy. Kelihatan agak tua tetapi masih kacak. Jambangnya kelihatan rapi. Mungkin dia memang selalu jaga. Pakaiannya juga kemas. Dia memakai kemeja putih berserta suit biru gelap. Gayanya betul-betul maskulin. Tapi bila diteliti semula, wajahnya tak nampak langsung seperti orang Melayu. Dia pelancong ke?
"Er... Do I know you?" Soalku.
Lelaki itu secara spontannya tergelak kecil. Cara gelak pun memang seratus peratus gaya lelaki maskulin.
Dia merenung lembut seraya tersenyum manis kepadaku. Kedua-dua tangannya menongkat dagu. Bebola mataku dibawa ke kiri dan ke kanan. Janggal. Dia ini memang suka tenung orang ke?
"You don't know me, tesoro. You know Lucas." Tutur katanya seolah-olah memberi kenyataan dan bukan menyoal. Aku angguk perlahan. Macam mana dia boleh kenal Lucas pula ini?
Senyuman lelaki itu semakin melebar. Dia kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku. Aku hanya memandang lama tangannya itu. Tak kuasa aku nak bersalaman dengan lelaki bukan mahram. Aku tak murah okay.
"Oh, sorry! You're a muslim right? My bad." Ujarnya sinis. Aku senyum terpaksa kepadanya. Keadaan sekarang terasa agak canggung. Siapa mamat ini? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba datang duduk depan aku.
"I'm Lorenzo Cattaneo. Just call me Lorenzo. I'm Lucas's stepfather." Akhirnya lelaki itu perkenalkan diri. Seolah-olah membaca mindaku yang sedang bercelaru.
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...