BAB 29

1.8K 180 10
                                    

Rasa mual

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rasa mual. Lepas saja naik rollercoaster nightmare tu, badan aku terus rasa tak sedap. Terkadang rasa nak pitam pun ada. Secara jujurnya, aku tak suka bila benda ni berlaku. Dan semua ini berpunca daripada Abang Han. Semua salah Abang Han.

"Laila tunggu sini kejap ya. Abang Han pergi belikan air." Ujar Abang Han. Belum sempat Abang Han bangun dari kerusi, aku terlebih dahulu menarik lengan baju Abang Han.

"Kenapa Laila?" Tanya Abang Han laju.

"Kalau Laila muntah dekat Abang Han boleh?"

Terus laju Abang Han menepis tanganku. "Mana boleh! Kalau terkena baju nanti bahaya. Baju yang Abang Han pakai ni mahal tahu."

Aku mencebik. Tahu pun takut. Tadi punyalah yakin sangat yang aku takkan muntah lepas naik rollercoaster ni. Sekarang siapa yang salah? Sudah tentulah Abang Han!

"Abang Han, kalau kita balik terus tak boleh ke? Laila dah tak tahan dah ni. Kesian baby dalam perut ni nanti." Kataku. Sungguh aku idamkan rumah sekarang ni. Aku nak balik. Kalau tak balik rumah akupun, paling paling rumah ibu.

Riak wajah Abang Han terus berubah seratus lapan puluh darjah. Lantas dia bawa telinganya mendekati perutku yang masih lagi belum kembung seperti ibu yang sedang sarat mengandung.

"Abang Han kenapa?" Tanyaku.

"Baby dalam perut Laila masih bernyawa kan?" Soal Abang Han pula. Terus saja aku mengangguk. Aku yakin dan aku dapat rasakan. Selagi mamanya masih kuat, babynya pun harus kuat untuk kekal hidup.

Abang Han terus menghela nafas lega.

"Laila, tolong stay sini kejap. Sekejap je tak lama. Abang Han pergi beli air. Lepastu kita balik, okey?" Aku angguk. Susuk tubuh Abang Han langsung hilang selepas itu.

Hampir beberapa minit juga aku menunggu. Namun, kelibat seorang abang sulungku masih lagi tidak kelihatan. Mungkin beratur panjang menjadi asbab utama Abang Han lambat sampai. Jadi, aku faham.

Rasanya kalau berjalan-jalan sekejap mesti dapat hilangkan kebosanan menunggu. Jadi, aku mengambil keputusan untuk berjalan sekejap. Aku harap Abang Han tak marah. Kalau dia pergi lama, aku pergi sekejap aje. Kira okeylah kan?

Baru saja aku keluar dari kedai, tiba-tiba tubuhku terasa hilang imbangan. Terus berpusing tiga ratus enam puluh darjah aku jadinya. Punggungku langsung saja mencium tanah. Sakit!

Aku dongak kepala pandang susuk tubuh yang tidak sengaja melanggar tubuh kecilku. Daripada bentuk tubuhnya, aku dapat tahu bahawa dia merupakan seorang lelaki.

"Lady! Are you okay?" Tanya lelaki itu cemas. Lantas dia meneliti setiap inci tubuhku untuk memastikan supaya aku tidak apa-apa.

"I'm okay. Nothing to worry." Balasku.

"There must be something wrong with my eyes. I can't take them off you." Tiba-tiba lelaki itu bersuara. Automatik bola mata aku merenung wajah lelaki itu. Dia sudah pandang aku terlebih dahulu nampaknya.

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now