BAB 30

1.3K 147 6
                                    

Hari ini sudah masuk tiga bulan aku tinggal bersama dengan kedua orang abangku dan sebulan juga hidup tanpa seorang suami di sisi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini sudah masuk tiga bulan aku tinggal bersama dengan kedua orang abangku dan sebulan juga hidup tanpa seorang suami di sisi. Semakin lama ketiadaan Arjuna, hati aku jadi semakin rindu dengannya. Bukan benci malah rindu.

Sihatkah dia? Hidup lagikah dia? Beribu tanda tanya tentang dia sentiasa menyelubungi benakku. Tetapi usahaku hanyalah dengan doa kerana aku tahu, kalau aku pergi mencari dia sekalipun, dua orang lelaki yang selalu ada dengan aku pasti akan menghalang perbuatan aku.

Siapa lagi kalau bukan Abang Han dan Abang Qaarin?

"Laila! Apa yang lembab sangat kau bersiap? Nanti abang tua kau tu terlepas flight baru tahu." Mendatar tutur kata Abang Qaarin. Huh, susah betul nak hilangkan sikap dingin dia tu.

"Sikit lagi nak siap, nanti Laila turun la." Balasku seraya mata dijuling ke atas.

Selesai sahaja aku jarumkan tudung, terus aku mengambil tas beg di atas meja untuk turun ke bawah. Hari ini merupakan hari terakhir Abang Han berada di Itali. Dia perlu pulang ke Malaysia untuk sambung belajar.

"Siap pun kau. Ingatkan malam nanti baru siap." Sindir Abang Qaarin sedas. Malas mahu layan, aku terus bergerak ke pintu utama untuk menolong Abang Han.

"Abang Han nak Laila tolong apa-apa ke?" Soalku sebelum langkahku terhenti apabila melihat susuk tubuh mamat rempit di hadapan pintu.

Rupa-rupanya Si Eshan pun sama perangai dengan Abang Han. Dua-dua rempit.

Terus lebar senyuman Eshan apabila memandangku. Aku hanya menghadiahkan senyuman tipis padanya.

"Alang-alang Laila ada dekat sini, tolong layan Si Shan ni jap. Abang Han nak naik atas." Balas Abang Han pula.

Aku hanya angguk lemah. Kalau ikutkan hati, memang tak nak aku layan Si Shan ni. Nasib dia tetamu aje.

Abang Han terus mengorak langkah masuk ke dalam rumah, meninggalkan aku dan Eshan di luar rumah.

"Dengar tu. Abang awak suruh awak layan saya." Eshan mengajuk. Terus aku pandang dia dengan renungan maut. Dia ingat aku ni pekak ke?

"Saya layan acuh tak acuh je. Lagipun, awak bukannya budak sampai nak kena layan sentiasa." Aku membidas, membuatkan Eshan tergelak kecil dengan jawapanku.

"Laila, awak ada kawan perempuan yang single tak?" Soal Eshan tiba-tiba.

"Hm, ada je. Kenapa?"

Senyuman Eshan yang tadinya lebar terus bertukar sinis selepas aku bertanya balik padanya. Hah! Entah-entah dia nak...

"Saya nak mengorat la. Apa lagi?"

Sudah kuduga itu jawapan dia! Tanpa segan silu dia membalas jawapan aku. Seratus peratus direct! Memang sahlah, Eshan ini boleh dikatakan spesies lelaki yang jarang sekali aku jumpa.

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now