SEORANG LAGI PELAJAR PEREMPUAN MATI DIBUNUH DENGAN KEJAM BERHAMPIRAN KEDIAMAN MEWAH
- UTUSAN HARI INIAku datang ke sekolah dengan perasaan yang membuak untuk menyekeh kepala Keysha yang lupa janji temu dia ngan aku! Eyyy budak nih, siap lah.
Baru 2 tapak aku memasuki perkarangan sekolah, aku lihat ramai pelajar berpusu-pusu mengerumuni aku. Whatttt?! Is it because im too cute?
"Pembunuh!" Seorang pelajar lelaki menjerit ke arahku dan melempar kasutnya. Syukur kerana aku sempat mengelak.
And now what is going on? Apahal diorang nak sesuka hati je panggil aku pembunuh? I didn't do anything!
Semakin ramai orang mengerumuni aku sehinggakan aku tidak nampak jalan keluar untuk pergi. Semuanya memandang aku seperti ingin menglahap-lahap daging ini.
Tiba-tiba Rahimi datang bersama payung untuk membawa aku keluar. Fungsi payung tu seperti senjata lah. Kalau ada orang nak kacau, dia cucuk.
Nasib baik lah si Rahimi ni tak pegang-pegang aku, kalau tak mau aku lesing muka dia pepagi hari ni.
Selepas aku selamat berada jauh dari mereka-mereka yang mengerumuni aku, Rahimi membawa aku jauh ke belakang sekolah. Takut juga lah perasaan aku ni. Yelah, dia ni lelaki dan aku ni perempuan. Kalau berdua macam ni, memang syaitan lah orang ketiganya. Aku lantas membuka bicara.
"So now can u explain to me what's goin on with our school? And the reason why did they called me a murderer? " aku tanya pada Rahimi yang sewaktu itu sedang terjenguk-jenguk memantau kawasan sekeliling.
"You won't believe me" jawab Rahimi ringkas.
"Then try to tell me"
"Keysha died"
Jawapan yang cukup ringkas dan padat. Tapi sudah cukup untuk aku mengalirkan air mata. Tak mungkin. Ini semua mesti prank diorang semata-mata.
"You had been kidding me" balas aku sambil ketawa paksa.
"Look at me, and do u think i am lying to u? What will i get by lying to u? "
Aku terus meraup tangan aku ke muka. Aku nangis dengan sepuas hatinya. Sahabat baik aku sudah tiada. Siapa lagi yang akan mendengar kisah-kisah hambar aku? Siapa yang akan ada untuk aku waktu aku sedih? Tapi semalam Keysha nampak sangat ok. Macam mana ni semua boleh terjadi kat dia? Kenapa diorang semua panggil aku pembunuh? Kenapa aku nak bunuh Keysha? Aku sayang Keysha. Aku sayang dia. Aku sayang dia. Walau aku pernah gaduh besar ngan dia pun, aku tetap sayang dia. Aku TETAP SAYANG DIA. NI SEMUA TIPU!
Rahimi menghulurkan tisunya kepada aku. Aku lantas mengambilnya dan mengelap air mata yang jatuh berguguran.
"Why do they call me a murderer? " tanya aku selepas kembali tenang."Because Keysha was killed behind your house. And the police assumed you are the murderer. " Rahimi membalas soalan aku tanpa memandang ke arahku.
Apa hina sangat ke aku ni. Sampai nak pandang muka aku pun kau tak sanggup dah. Namun segala ketidakpuasan hati, aku pendam dahulu.
"I need a vivid explanation" balas aku tegas
"Haih.. this morning polis rondaan yang selalu meronda dekat kawasan rumah u terjumpa mayat kat belakang rumah u. Betul-betul kat belakang rumah u. And the only reason why Keysha went there was because of u. "
"SubhanAllah. Ujian apakah ini ya Allah?"
Keadaan kembali riuh kerana mereka sudah mengetahui tempat kami bersembunyi. Aku tiada pilihan lain melainkan memanjat dinding sekolah untuk melarikan diri aku daripada mereka semua. Luckily i wore my PJ outfit today . Easier for me to climb off the wall and to run rapidly.
Aku berhenti berlari di rumah usang yang berada berhampiran kawasan perkampungan Melayu. Yes, aku lari jauh gila. Aku boleh menang marathon kot kalau macam ni. But, thats not the point. Aku melihat kawasan sekeliling dan tiada siapa yang mengekori aku. Mana mungkin diorang dapat kejar juara Merentas Desa ni.
Aku masuk ke dalam rumah usang itu dan menyandarkan badan ke dinding sambil menyelongkar beg 'penyiasat' aku untuk mengambil air. Syukur kerana beg 'penyiasat' aku ni penuh dengan barang-barang penyiasat dan untuk pertahanan diri aku.
Hari semakin gelap dan aku dah decide untuk bermalam di sini. Aku sudah tiada pilihan lain. Kalau aku balik ke rumah pastinya aku akan ditangkap untuk siasatan selanjutnya dan aku takkan biarkan perkara itu terjadi.
Aku membentangkan selimut kecil yang sentiasa aku bawa ke mana sahaja kerana sifat aku yang tidak sukakan kedinginan yang melampau, di atas lantai batu itu. Sejuk betul. Menggigil - gigil aku dibuatnya.
"Meow.... meowww" seekor kucing datang menggesel-gesel kepala aku menyebabkan aku terbangun dari tidur. Alhamdulillah. Aku berjaya melalui hari semalam seorang diri.
Di rumah usang itu di belakangnya terdapat tandas kecil. Rupanya sudah tidak elok dan amat kotor namun aku tiada pilihan lain melainkan menggunakannya. Itulah satu-satunya tandas yang ada.
Kehidupan sekarang ini, adakah aku akan berakhir di sini?
YOU ARE READING
HINGGA KE AKHIRNYA
Misterio / SuspensoAku sendiri buntu dengan kehidupan aku. Hingga ke akhirnya kah akan begini? Terseksa minda dan fikiran. Tanpa arah dan tujuan yang kukuh aku teruskan perjuangan. Aku tahu aku akan jatuh akhirnya. Namun, jatuh aku itu tanda kebangkitan aku. - SABRIN...