BAB 8

289 17 0
                                    

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MATI DIBUNUH DENGAN KEJAM. - Utusan hari ini

       Aku tak pasti apa yang aku lihat. Memang dia yang aku nampak. Dia yang pegang pisau tu. Tapi apa motif dia. Bukankah yang dibunuh tu pelajar dia. Kenapa dia buat macam tuh?

        Setibanya aku di rumah, aku terus meletakkan barang-barang ke dalam bilik. Sewaktu itu, aku lihat ibu sedang sibuk memasak. Aku toleh pada ibu dan ibu tersenyum melihat aku.

        Ok. Dan itu sangatlah pelik bin hairan. Selepas ketiadaan abah di rumah, ibu jarang senyum pada aku. Mungkin abah sudah pulang..? Baiklah. Aku pun membalas senyuman ibu dengan rasa yang hairan di minda.

          Keesokan harinya di sekolah, kawan-kawan sekolah aku sibuk bercakap dan bergosip tentang kematian pelajar itu. Ramai juga yang datang kepada aku dan bertanyakan tentang hal itu. Sama juga kepada Keysha. Semuanya menyerbu kami berdua. Memanglah aku dan Keysha ada di tempat kejadian tapi tak semestinya kami berdua tahu tentang kejadian yang berlaku. Apa yang aku tahu pun tak cukup sahih lagi. Pihak polis masih menjalankan penyiasatan.

       Aku berjalan dengan Keysha ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru kelas kami. Sewaktu dalam perjalanan, aku terfikir untuk menjalankan penyiasatan di tempat kejadian pembunuh itu membunuh.

      " Keysha, kau nak ikut aku tak pergi buat siasatan? " tanya aku sedikit ragu- ragu

      " Kau dah gila ke apa Sab? Kau tak takut ke kalau kita berdua pulak yang jadi mangsa? Bukan apa, sebab kita berdua nih kenal dengan mangsanya. Dan aku tahu yang kau tahu siapa pembunuhnya kan? "

       Aku sedikit tersentak dengan soalan Keysha. Ya, memang aku tahu pembunuhnya siapa tapi aku nak dapatkan kepastian kenapa dia perlu bunuh pelajar dia sendiri.

      " Aku hanya nak kan kepastian"

      " Kalau macam tu, aku akan ikut kau buat siasatan. Bila kau nak gerak?"

      " Malam ni pukul 10 kau tunggu belakang rumah aku"

       Terlalu banyak plan yang sudah dirancang dalam kepala aku untuk aku lakukan. Selepas kejadian itu, Zack ada follow aku di Instagram. Ini lebih memudahkan aku untuk aku menyiasat tentang diri dia dengan lebih lanjut.

       Hari yang sangat pack di sekolah dan aku berharap agar ibu di rumah tidak moody seperti sebelumnya! InshaAllah!

      "Assalammualaikum" tegur aku sambil membuka pintu rumah.

      "Waalaikummussalam" ibu tersenyum melihat aku.

       " Mely, cepat salin baju, kita pergi ke KLIA nak jemput abah"

       What?! Lama gila abah kat Australia. Buat apa kat sana pun aku tak tahulah.
Aku terus bergegas mandi dan bersiap. Ok done! Now, its time to go yeay!

       " Hey darling! " abah terus memeluk ibu setibanya abah di lapangan terbang.

         Tahulah lama tak jumpa tapi janganlah nak peluk sakan kat sini. Ramai orang tengok kot. Grrr.. abah nih bukannya nak peluk anak perempuan dia nih.

          Kami bergerak menuju ke restoran yang berhampiran. Sambil itu aku lihat banyak betul barang yang dibawa oleh abah. Aku lihat ada kira-kira 5 bag yang bersaiz besar. Seingat aku, abah hanya bawak 1 beg bersaiz sederhana ketika berada di sana. Macam mana pulak boleh beranak banyak begnya nih? Aduhai abah..

         "Abah, can i ask u sumthing? Actually, what did you do at Australia for weeks? " aku tanya abah yang sedang sibuk makan spaghetti bolognaise.

          " Well, abah ada urusan kerja. One day you will know"

           Apahal perlu ada perkataan 'one day' tuh, macam bahaya sangat je apa yang abah buat nih. Abah ni pun satu, nak berahsia jugak ngan aku. Eyyy.

            Setelah selesai makan, aku dan ibu menolong abah memasukkan beg ke dalam kereta. Nasib baik lah kereta besar, kalau tak memang tak muat lah barang abah yang banyak gila nih. Kalau pakai kereta BMW X6, memang bonetnya besar, so agak puas lah kalau letak barang banyak-banyak. Pastu dahlah laju gila woo hahaa..

         Selepas itu, abah membawa kami pergi ke rumah Uncle Simon. Such a long time no see.

HINGGA KE AKHIRNYAWhere stories live. Discover now