BAB 4

336 22 0
                                        

       "Ikut jelah mana saya pergi " jawab aku acuh tak acuh pada Rahimi.

       Bukannya aku benci dia ke apa, tapi disebabkan perangai dia yang meluat tu aku menyampah. Aku tak suka. Aku tahu ini Rahimi yang sering menghantar surat dan mesej pada aku.

        Sampai di kelas aku terus duduk dan mengarahkan Rahimi untuk berjumpa Cikgu Liza.

         Waktu pembelajaran Biologi pada hari ini ialah 1 jam setengah dan aku lihat Cikgu Liza dan Rahimi masih bercakap lagi dan sudah lebih kurang 1 jam. Perkara apa pun aku tidak pasti cuma mungkin berkaitan Duit Biasiswa! Eh, tapi kenapa Rahimi eh..? Aku ingat dia orang kaya sebab pakaian dia kat luar sekolah semuanya branded dan mahal-mahal. Hurm.. ada lah tu halnya ngan cikgu. Cuma sesekali aku nampak Rahimi meraup mukanya seolah-olah sedang sedih dan kecewa.

            Ahh! Buat apa aku nak heran. Aku kena ingat pesan abah. Jaga IKHTILAT!

            Yes, berada di sekolah harian biasa sememangnya satu cabaran yang amat besar buat aku, tambahan lagi dengan percampuran pelajar iaitu pelajar lelaki dan perempuan. Sememangnya buat aku rimas! Padahal aku pernah menyatakan ketidakpuasan hati untuk bersekolah di sini pada abah. Tapi abah membalas bahawa sekolah ini merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia. Hurm.. baiklah abah.

            Abah masih di Australia. Hari ini sudah hari yang kedua dan aku masih ingat lagi sewaktu aku ingin bersalam dengan abah, aku dapat rasakan abah seperti lain dari yang lain. Kebisuan abah pada waktu itu amat mengerikan kerana tidak pernah abah diam membisu pada aku. Sememangnya aku tidak pasti mengapa. Ibu pula tidak mahu bercakap apa-apa mengenai hal ini dan ini menyebabkan kerisauan aku pada ibu dan abah bertambah-tambah lagi.

         Sekolah tamat seperti biasa. Buat budak sekolah macam aku, kalau balik lambat tuh dikira dalam kategori pandai + Nerd sebab sanggup dok sekolah untuk belajar sampai balik lambat. Tapi apa aku heran..? Sebab nanti yang dapat manfaatnya, aku jugak!

           Hari ini aku tekad untuk bertanya mengenai abah pada ibu. Aku nak tahu dan korek jugak rahsia yang cuba disembunyikan oleh ibu dan abah.

            "Momma, can i ask u sumthing..? What's happen on the day when we went to Uncle Simon house.?" Aku terus tanya pada ibu setelah duduk di meja makan yang kebetulannya ibu juga sedang makan.

            Diam. Sunyi sepi je rumah tuh. Dapat didengar bunyi kipas di ruang tamu. Setelah 10 minit berlaku, ibu masih diam.

             "Mommy..? Can u please answer me..? Onegaishimasu!(please!) " sampai terkeluar bahasa jepun aku bila tanya ibu yang masih tidak memberi sebarang respons.

         "Mommy! Onegaishimasu!(please!) , Tasukete moraemasu ka? (Can u help me?)" Dah banyak dah bahasa Jepun aku keluar tapi ibu masih tidak menjawab apa-apa.

         Ibu menghabiskan makanannya dan bergerak menuju ke bilik. Aku berlari mendapatkan ibu dan tekad untuk bertanya sekali lagi.

          "Ibu, kenapa ibu nak buat Mely macam ni..? Ibu tak sayang Mely ke..? Kalau Mely ada buat salah pada ibu dan abah, ibu cakaplah pada Mely! Biar Mely tahu dan dapat perbaiki. Mely tak suka perasaan berdosa macam nih.. rasa macam Mely nih anak derhaka sampai ibu pun tak nak jawab segala persoalan yang Mely tanya. Mely minta maaf kalau Mely terluka kan hati ibu dan abah. Tapi jangan biarkan Mely terus dibiar tanpa jawapan. Ibu, please.. " aku tak sanggup meneruskan percakapan aku apabila air mata sudah mula menitik.

         Aku rasa teramat sedih, rasa seperti dipinggirkan, disisihkan dan tidak dihargai. Ya Allah, apa sebenarnya yang berlaku ini.

          Aku lihat ibu menundukkan pandangannya dari melihat wajah aku dan terus diam membisu. Ibu tidak mampu berkata apa-apa dan terus masuk ke dalam bilik dan sekali lagi membiarkan aku terus diburu tanda tanya.

       

HINGGA KE AKHIRNYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang