Malamnya itu, kami bertiga pergi menjejaki rumah Zack yang berada di sekitar Bangi. Laju sungguh Rahimi membawa kereta. Dalam masa 30 minit kami sudah sampai di kawasan rumah Zack.
Nasib baik juga Abang Yin mengetahui tempat tinggal Zack. Lebih mudah untuk kami menjejakinya.
Kawasan rumah Zack yang besar itu kami perhatikan kerana Rahimi awal-awal sudah membawa 6 ke 10 Spy CCTV yang akan dipasang.
"Okey, i will begin with setting up all the cameras and you guys are going to cover me and inform to me every 10 minutes. Yin, you will follow me and Sab, u stay in the car. Here, use this walkie talkie and the laser gun. Call me if anything happen. " ujar Rahimi dan terus bersiap sedia untuk memasuki kawasan rumah Zack.
Aku memerhatikan langkah mereka berdua pergi. Walkie talkie di tangan aku pegang erat. Khuatir jika apa-apa berlaku. Laser gun yang diberikan aku sisipkan di tepi poket seluar.
RAHIMI P.O.V
"Yin, kau ok tak?" Tanya aku apabila melihat Yin sedikit runsing.
"Aku ok, Mi. Cuma aku risau. Sebab entahlah, aku tak rasa yang Zack buat semua ni. Mungkin kebetulan je yang Zack ada gamba Mely. " balas Yin tulus.
"Ish, apahal kau cakap macam tu pulak. Dah dah, kita setelkan dulu pasang Spy Cameras ni. And then, we talk bout it. Kau ambik kamera ni pastu kau panjat belakang rumah Zack and then pasang dekat-dekat ngan tingkap" arah aku pantas.
"Eh, kang kalau dia perasan macam mana?"
"Kau ni kan Yin, macam tak kenal pulak aku en. Kau tau tak yang spy Cameras ni transparent dan tahan lama. Kalau ribut petir ke apa akan keep steady je. And aku akan connect kan kamera ni kat fon aku so senang aku nak perhatikan Zack ni"
Aku mengambil gambar di setiap sudut rumah Zack untuk mengira koordinatnya. Walkie talkie di tangan masih senyap, bermakna mungkin tiada apa yang sedang berlaku kepada Sabrina.
Aku lihat Yin tekun melakukan apa yang aku suruh. Walaupun jarak beza umur aku dan Yin adalah 4 tahun, tak pernah aku mendengar Yin memanggil aku 'abang'. Well, lelaki steady je kalau berkawan yang lebih tua. Tak payah ber'abang'. Kitaorg steady yo.
Aku pantas memasang beberapa spy cameras dan hexo iaitu alat merakam suara jarak jauh dan dekat. Aku memasangnya di depan rumah, tepi pintu rumah dan beberapa hexo di sekitar pasu. Rumah Zack ini berbentuk barat, oleh itu senang untuk kami semua menyelinap masuk oleh kerana tiada pagar. Rumah yang berkonsepkan terbuka.
"Mi, aku dah settle kan semua. Jom, chiao" pelawa Yin
"Ouh okay. Sekejap, aku nak guna masa ni nak cakap ngan kau" aku menahan Yin daripada masuk ke kereta dahulu.
"Haa.. apa dia. Cepat lah. Ppali.. ppali..!"
"Haa kau, gedik eh nak berkorea bagai. Aku hempuk jugak kau kang. Macam ni, tadi sebelum kita pergi sini, aku kan memang dah set up semua camera kat rumah aku kan, so theres one camera lah kat bilik Sab, pastu aku nampak ada like something creepy lah. Bulu roma aku naik setiap kali aku pandang muka dia" ujar aku sedikit seram apabila teringat klip video rakaman CCTV.
"Kau tengok dia " Yin tersenyum nakal.
"Kau ni kan. Ke situ pulak kau fikir. Baik aku tunjuk je rakaman tu. Eyy kau ni pun." Telefon iphone aku keluarkan dan aku tunjukkan rakaman CCTV di bilik Sab.
"Oh my God. This is so creepy! Kau dah buat aku takut nak tidur. Macam mana ni?" balas Yin dalam keadaan ketakutan setelah habis melihat klip video tersebut.
Dalam klip video tersebut, Sabrina membuka tudungnya dan memandang ke cermin. Selepas itu, pisau yang ada di dalam begnya dikeluarkan dan dia cuba menggores tangannya and its like a suicide attempts. Tersenyum-senyum Sabrina memandang dirinya di cermin. Ketawa girang seperti baru habis menonton cerita kelakar. Kemudian tiba-tiba emosi Sabrina bertukar marah. Bantal di katil dicucuk-cucuk dengan pisau. Sabrina tersenyum lagi. Selepas itu, kelakuannya berakhir dengan tangisan. Tangisan yang kuat. Waktu video tersebut adalah pada pukul 19.16 pm. Itu waktu maghrib! Dan selepas waktu itu Sabrina call aku.
" Yin, apa kita nak buat ngan Sab ni? " tanya aku yang takut Sabrina akan berkelakuan luar jangkaan.
"Kita cuba buat-buat kita tak tahu apa-apa. Jangan nampak ketara sangat yang kita tahu pasal video tuh. Dan aku cadangkan kau untuk pasang spy camera kau dengan hexo kau tu kat bilik dia. Nanti aku akan distract dia untuk pergi somewhere. Ouh ya, aku akan bawak dia pergi jumpa parents dia." Yin mengutarakan cadangannya.
"Hurm... ok nice one. Dan aku akan list kan dia sebagai suspek. Aku tahu tu cousin kau and im sorry" balas aku walaupun sebenarnya Yin tak pernah bercakap tentang cousinnya.
"Macam mana kau..."
"Aku ada camera aku everywhere kat rumah tu. Jadi, aku terdengar dan terlihat perbualan korang kat clip video CCTV. Sorry, tak bermaksud nak kacau privasi korang ke apa" pintas aku sebelum Yin menghabiskan bicaranya.
"Its okay lah bro! Takdehal. Takpelah, senangkan kerja aku gak. Takyah explain kat kau siapa dia and kenapa kitaorang nampak rapat" balas Yin tulus.
"Oklah Yin. Jom masuk. But do remember to act like nothing happen and you don't know nothing. " ujar aku sebelum melangkah menuju ke kereta.
SABRINA P.O.V
Haih... lamanya mamat-mamat ni pergi. Dah kematu dah punggung aku nih. Setengah jam dah ni haih. Aku lapar ni.
Haa.. nampak pun batang hidung. Isyh mamat berdua ni, dahlah jalan macam hero. Aisehh.. boleh melt aku kat dalam kereta ni.
"Aik, lama korang buat kerja" tanya aku apabila mereka berdua masuk ke dalam kereta.
"Urmm.. complicated sikit nak set up semua tuh. Awak lapar ke ?" tanya Rahimi kepada aku.
"Totally! Tapi saya nak minum darah je. Boleh tak?"
"What?!"
"Apa saya cakap tadi?" tanya aku apabila melihat reaksi terkejut pada muka Rahimi dan Abang Yin.
"Nothing lah. Kat rumah nanti awak makan lah ye. Dah nak pukul 1.30 pagi dah ni. Jarang ada kedai yang bukak kat sekitar kawasan ni" balas Rahimi sambil pandangannya mengalih ke hadapan jalan untuk memulakan perjalanan.
Amende lah diorang dua nih. Tetiba nak terkejut dengan aku. Haha. Selama ni mana pernah macam tuh.

ANDA SEDANG MEMBACA
HINGGA KE AKHIRNYA
Mystery / ThrillerAku sendiri buntu dengan kehidupan aku. Hingga ke akhirnya kah akan begini? Terseksa minda dan fikiran. Tanpa arah dan tujuan yang kukuh aku teruskan perjuangan. Aku tahu aku akan jatuh akhirnya. Namun, jatuh aku itu tanda kebangkitan aku. - SABRIN...